TEKNIKAL

16-AUG-2018

Sektor Eksport Bermula Trend Menaik


 


Permulaan Eksport2

Kita pernah bincangkan dalam post yang lepas, sektor yang kuat merupakan faktor yang lebih perlu diberi perhatian berbanding keadaan market yang baik. Contohnya, penanda aras market malaysia, FBMKLCI jatuh dengan kuat pada hujung 2014 sehingga tahun 2016, tetapi saham dalam kategori eksport naik melebihi 100% dan ada yang menjangkaui 500%.

Melihat pada keadaan semasa, dengan teknologi iSaham Sector Analysis, kita dapat melihat sektor Wooden Products dan Exports telah pun berada di antara tangga-tangga teratas dalam Mid Term Section menunjukkan mereka sudah pun masuk ke fasa permulaan uptrend

Permulaan Eksport2

Satu cara lain untuk mendapat kepastian ialah merujuk kepada US Dollar Index (gambar diatas) dan carta USD/MYR di mana kita dapat lihat carta-carta ini sudah menunjukkan permulaan uptrend dengan pattern Kepala & Bahu (K&B) Terbalik. Volume yang besar juga dapat dilihat pada saham-saham eksport sejajar dengan kenaikan ini dan signal telah diberikan pada channel telegram iSaham sejak Isnin lagi.

Permulaan Eksport2
Kenapa sektor kayu naik lebih banyak berbanding eksport yang lain?

Sektor kayu merupakan sektor yang sensitif dengan kenaikan USD dan penurunan ringgit, dan kadar growth syarikat lebih rendah berbanding dengan sektor glove dan lain-lain. Jadi, sektor ini mempunyai kenaikan yang lebih banyak sekiranya USD menaik, tetapi harus diingat, sekiranya USD jatuh sektor ini juga sangat sensitif dan turun dengan sangat banyak sekali.

Pada masa market jatuh hari ini, kita dapat lihat saham-saham eksport berada dalam keadaan menaik seperti SYF, EVERGRN dan LIIHEN. Untuk fast in fast out, boleh cuba saham-saham tengah naik. Untuk short dan mid term, boleh tengok saham yang sedang retrace dan bertahan pada paras sokongan (support).


< kembali ke laman blog utama