UMUM

28-NOV-2025

Saham Terkini Patuh Syariah November 2025


AA    


Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh Syariah yang terkini pada bulan Mei dan November setiap tahun. Yang terbaru, kemas kini status Syariah telah dikeluarkan oleh SC pada 28 November 2025. Ada yang bertukar daripada tak Syariah kepada Syariah dan sebaliknya, mengikut tanda aras dan penilaian yang teliti.

Bagi pelabur yang melabur dalam saham patuh Syariah, anda mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh Syariah. Jadi, kami masukkan dalam senarai sektor kami bagi saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan tidak patuh Syariah untuk memudahkan anda membuat kajian.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah:

http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh Syariah:

http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai di atas dan tanda aras yang digunakan:

https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/list-of-shariah-compliant-securities

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak Syariah:

https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

 

Senarai Saham Diklasifikasikan Patuh Syariah

 

1. A1 A.K. Koh Group Bhd 25. Milux Corporation Bhd
2. Aquawalk Group Bhd 26. MyAxis Group Bhd
3. ASM Automation Group Bhd 27. Oxford Innotech Bhd
4. Autoris Group Holdings Bhd 28. Pan Merchant Bhd
5. BEDI Bhd 29. Pansar Bhd
6. CC International Bhd 30. Ping Edge Technology Bhd
7. Cheeding Holdings Bhd 31. PMCK Bhd
8. CUCKOO International (MAL) Bhd 32. PMW International Bhd
9. DC Healthcare Holdings Bhd 33. Polymer Link Holdings Bhd
10. DPI Holdings Bhd 34. Powertechnic Group Bhd
11. Efficient E-Solutions Bhd 35. Powerwell Holdings Bhd
12. Enproserve Group Bhd 36. Sanichi Technology Bhd
13. Express Powerr Solutions (M) Bhd 37. Securemetric Bhd
14. Farmiera Bhd 38. Signature Alliance Group Bhd
15. FSBM Holdings Bhd 39. Skygate Solutions Bhd
16. Gopeng Bhd 40. SL Innovation Capital Bhd
17. Hartanah Kenyalang Bhd 41. Teck Guan Perdana Bhd
18. Harvest Miracle Capital Bhd 42. THMY Holdings Bhd
19. Icents Group Holdings Bhd 43. TP Tec Holding Bhd
20. Insights Analytics Bhd 44. Tri-Mode System (M) Bhd
21. JS Solar Holding Bhd 45. Verdant Solar Holdings Bhd
22. Lien Hoe Corporation Bhd 46. VETECE Holdings Bhd
23. LPC Group Bhd 47. Wang-Zheng Bhd
24. Luxchem Corporation Bhd 48. Warisan TC Holdings Bhd

 

 

VETECE, Powerwell, dan Signature Alliance kini patuh Syariah

 

 

Secara keseluruhan, sebanyak 48 syarikat termasuk dalam senarai saham patuh Syariah yang baru.

Antara sorotan utama kali ini ialah saham VETECE Holdings Bhd yang berjaya memasuki semula status patuh Syariah. Selain itu, syarikat Powerwell Holdings Bhd dan Signature Alliance Group Bhd juga telah berjaya menukar status mereka daripada tidak patuh Syariah kepada patuh Syariah.

Perkembangan ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pelabur untuk menyusun semula portfolio dengan kaunter-kaunter yang kembali mematuhi prinsip Syariah. Untuk melihat saham-saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah, boleh rujuk senarai di atas.

 

3REN, Northern Solar, Malayan Flour dan Azam Jaya memasuki senarai tidak patuh Syariah

 

 

Sejumlah 36 saham telah disahkan berstatus tidak patuh Syariah.

Perhatian khusus perlu diberikan kepada 3REN Bhd dan Azam Jaya Bhd yang merupakan saham IPO yang baru disenaraikan, namun kini telah bertukar status kepada tidak patuh Syariah. Turut tersenarai dalam kategori ini adalah Northern Solar Holdings Bhd dan juga syarikat barangan pengguna yang dikenali ramai, Malayan Flour Mills Bhd.

Berikut adalah senarai penuh saham yang kini diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah:

 

1. 3REN Bhd 19. Kim Hin Joo (Malaysia) Bhd
2. Alcom Group Bhd 20. Leon Fuat Bhd
3. Ayer Holdings Bhd 21. LKL International Bhd
4. Azam Jaya Bhd 22. Lotte Chemical Titan Holding Bhd
5. Boustead Heavy Industries Corporation Bhd 23. LYC Healthcare Bhd
6. Camaroe Bhd 24. Malayan Flour Mills Bhd
7. Cosmos Technology International Bhd 25. N2N Connect Bhd
8. DKSH Holdings (Malaysia) Bhd 26. Northern Solar Holdings Bhd
9. Eastern & Oriental Bhd 27. Nova Pharma Solutions Bhd
10. Ecoscience International Bhd 28. NuEnergy Holdings Bhd
11. Equitiestracker Holdings Bhd 29. Ocean Vantage Holdings Bhd
12. Eurospan Holdings Bhd 30. Public Packages Holdings Bhd
13. Go Innovate Asia Bhd 31. Star Media Group Bhd
14. Greater Bay Holdings Bhd 32. Thriven Global Bhd
15. Hengyuan Refining Company Bhd 33. Tiong Nam Logistics Holdings Bhd
16. Hextar Retail Bhd 34. UCrest Bhd
17. InNature Bhd 35. Watta Holding Bhd
18. KHPT Holdings Bhd 36. Winstar Capital Bhd

 

Mungkin ada dalam kalangan pelabur yang giat mendagangkan kaunter-kaunter tersebut dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk senarai terkini bagi mengelakkan daripada berdagang saham-saham yang kini tidak lagi patuh Syariah.

Sekiranya anda ada memegang saham-saham tersebut, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status kepada tidak patuh Syariah. Langkah ini penting untuk memastikan portfolio pelaburan saham anda kekal patuh Syariah.


< kembali ke laman blog utama