UMUM

29-MAY-2025

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2025


AA    


Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh Syariah yang terkini pada bulan Mei dan November setiap tahun. Yang terbaru, kemas kini status Syariah telah dikeluarkan oleh SC pada 30 Mei 2025. Ada yang bertukar daripada tak Syariah kepada Syariah dan sebaliknya, mengikut tanda aras dan penilaian yang teliti. 

Bagi pelabur yang melabur dalam saham patuh Syariah, anda mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh Syariah. Jadi, kami masukkan dalam senarai sektor kami bagi saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan tidak patuh Syariah untuk memudahkan anda membuat kajian.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah:  

http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh Syariah: 

http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai di atas dan tanda aras yang digunakan:

https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=e9995517-12ed-44aa-94aa-e5a54412b006

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak Syariah: 

https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

 

IPO Baru Tersenarai Patuh Syariah

 

 

 Antara IPO yang baru dan patuh Syariah disenaraikan sejak November 2024 adalah:

 

  1. Oasis Home Holding Bhd
  2. Eco-Shop Marketing Bhd
  3. PEOPLElogy Bhd
  4. West River Bhd
  5. Reach Ten Holdings Bhd
  6. WTEC Group Bhd
  7. MSB Global Group Bhd
  8. Sumisaujana Group Bhd
  9. HI Mobility Bhd
  10. Chemlite Innovation Bhd
  11. Wawasan Dengkil Holdings Bhd
  12. ES Sunlogy Bhd
  13. TechStore Bhd
  14. RichTech Digital Bhd
  15. Colform Group Bhd
  16. Northern Solar Holdings Bhd
  17. Pantech Global Bhd
  18. CBH Engineering Holding Bhd
  19. Winstar Capital Bhd
  20. Vanzo Holdings Bhd
  21. TMK Chemical Bhd
  22. Cropmate Bhd
  23. Swift Energy Technology Bhd

 

ORIENTAL KOPI, IOIPG, HARBOUR, dan PLS kini patuh Syariah

 

 

Secara keseluruhan, sebanyak 41 syarikat termasuk dalam senarai saham patuh Syariah yang baru. Ini termasuk 23 IPO yang disenaraikan di atas. Sementara itu, saham Oriental Kopi yang pada mulanya disenaraikan dengan status tidak patuh Syariah, kini telah berjaya menukar status tersebut kepada patuh Syariah. Antara saham yang bukan IPO yang baru bertukar status ke patuh Syariah ialah PLS, CJ Century, IOI Properties, AIMFLEX. Untuk melihat saham-saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah, boleh rujuk di sini.

 

VTC, SCABLE, MAG, VSOLAR memasuki senarai tidak patuh Syariah

 

 

Sejumlah 9 saham telah disahkan berstatus tidak patuh Syariah. Antaranya termasuklah Sarawak Cable, Guoco, Vetece dan beberapa yang lain. Jumlah ini termasuk 1 IPO yang disahkan tidak patuh Syariah sebelum disenaraikan lagi iaitu SALIRAN. Untuk senarai penuh, anda boleh merujuk di sini. 

Mungkin ada dalam kalangan pelabur yang giat mendagangkan kaunter-kaunter tersebut dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk senarai terkini bagi mengelakkan daripada berdagang saham-saham yang kini tidak lagi patuh Syariah.

Sekiranya anda ada memegang saham-saham tersebut, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status kepada tidak patuh Syariah. Langkah ini penting untuk memastikan portfolio pelaburan saham anda kekal patuh Syariah.


< kembali ke laman blog utama