UMUM

07-DEC-2020

Pengiraan Average Price dalam Portfolio M+


 


Dalam platform M+ Online, banyak info yang kita boleh dapat, antaranya nama saham, harga terkini, kuantiti pegangan, harga belian, prestasi pulangan dan sebagainya. Info ini sudah lazim dijadikan sebagai rujukan pelabur untuk lihat prestasi pulangan. Namun, ada cara tertentu harga belian dalam portfolio ini dikira. Harga belian dalam portfolio boleh jadi tak sama seperti yang mereka beli. Dalam post kali ini, anda akan memahami lebih dalam tentang pengiraan ini. Anda juga boleh gunakan kalkulator yang disediakan oleh iSaham untuk pengiraan ini di sini.

Pengiraan purata belian

Apabila anda membuat belian saham pada suatu harga maka sistem akan catatkan harga tersebut sebagai harga belian. Katakan anda buat belian tambahan apabila harga telah naik. Maka sekarang ini anda telah beli saham ini dengan beberapa harga berbeza. Dalam M+, beberapa belian ini akan dirumuskan sebagai sebuah purata. Secara ringkasnya, rumusan ini adalah seperti berikut:

formula harga purata belian mplus

Secara ringkasnya, pengiraan purata ini akan mengira setiap belian sebanyak berapa lot, dan dibahagikan dengan jumlah lot pegangan.

Weighted Average Portfolio

Sebelum 5 Disember 2020, M+ menggunakan sistem portfolio First In First Out (FIFO). Ia membuatkan pengiraan menjadi rumit setiap kali tambahan dan jualan sebahagian pegangan saham. Kini, M+ menggunakan sistem Weighted Average Portfolio. Dalam sistem ini, harga purata hanya dikira selepas pembelian lot yang baru. Pengiraan ini adalah perlu kerana untuk setiap kali tambahan pegangan saham, harga belian mungkin berbeza.

Kita andaikan situasi di bawah:

  1. Belian pada harga RM 1.00, 20 lot
  2. Belian pada harga RM 1.50, 30 lot

Mengikut formula di atas tadi, purata akan dikira berdasarkan lot dan harga belian.

Purata harga = (RM 1.00 x 20 lot) + (RM 1.50 x 30 lot) / 50 lot
= RM 1.30
weighted average portfolio

Jika dikirakan, setakat ini purata belian ialah RM 1.30 dengan jumlah pegangan 50 lot.

Katakan sekarang kita nak take profit, jadi kita pun jual pegangan sebanyak 25 lot. Berapa pula purata harga belian?

Mungkin kita boleh fikir sejenak dan buat pengiraan.


.


.


.


Ya, tiada apa yang perlu dikira. Purata belian masih RM 1.30 kerana anda tidak menambah apa-apa belian baru. Ini adalah berbeza dengan sistem lama FIFO yang akan memberikan angka RM 1.50 dan menimbulkan banyak persoalan. Sekarang, bagaimana pula kalau kita tambah pegangan baru?

Jawapannya, M+ akan kirakan semula purata harga belian berdasarkan purata lot sedia ada (RM 1.30) ditambahkan dengan harga belian baru.

Diharapkan dengan pengiraan baru ini tidak akan membuatkan anda keliru lagi.

Purata harga sifar

Dalam beberapa kes, boleh jadi harga purata menunjukkan harga rendah yang tak masuk akal. Untuk kes seperti ini, kita perlu fikir di luar situasi jual beli biasa. Dua kes yang boleh dikenalpasti ialah IPO dan Bonus Issue.

purata harga sistem untuk bonus issue dan IPO

Kes 1: IPO

Mungkin saham itu adalah IPO, yang mana sistem akan daftarkan sebagai sifar untuk lot yang dibeli. Jika ini yang berlaku, anda boleh ubah harga pada portfolio. Caranya adalah tekan pada nama saham dan kemudian harga yang terpapar pada angka sifar. Tukarkan kepada harga belian IPO.

Kes 2: Bonus Issue

Sekiranya anda menerima bonus issue, anda akan menerima unit saham percuma. Bermakna saham yang diterima itu adalah RM 0, dan ia akan menggangu pengiraan purata yang sepatutnya. Satu contoh yang kita boleh lihat ialah Supermax yang menawarkan bonus issue dengan satu unit saham bagi setiap unit pegangan. Kita boleh lihat contoh yang berlaku di bawah:

  1. Belian pada RM 20, 10 unit
  2. Bonus issue 10 unit

Asalnya, purata belian boleh diambil terus dari harga yang dibeli iaitu RM 20. Namun kini anda menerima 10 unit saham secara percuma iaitu RM 0. Jika kita masukkan dalam pengiraan:

[(RM 20 x 10 lot) + (RM0 x 10 lot)] / 20 lot
= RM 10

Purata belian anda kini adalah RM 10. Namun disebabkan saham Supermax itu sendiri dikenakan bonus issue, harga saham akan diselaraskan dengan dibahagikan dengan 2, berdasarkan bonus issue 1 unit setiap 1 pegangan.

Harga saham (diselaraskan) Pegangan
RM 10 10 lot
RM 0 10 lot

Purata harga selepas bonus issue: RM 5 untuk pegangan 20 lot.

purata harga selepas bonus issue

Jadi anda tak perlu terkejut dengan merasakan harga purata menjadi terlalu rendah. Ianya sudah pun diselaraskan dengan tambahan unit percuma ke dalam portfolio anda.


< kembali ke laman blog utama