Pengiraan Average Price Portfolio & Contract Note


Bermula 5 Disember 2020, M+ sudah mula menggunakan mekanisma baru pengiraan purata harga (Average Price) untuk portfolio. Sebelum ini M+ menggunakan First In First Out dan telah ditukarkan kepada Weighted Average Price (WAP). Bacaan lanjut boleh rujuk blog kami di sini.

Sila ambil maklum bahawa dengan perubahan ini, tidak ada untung tambahan atau kerugian kepada pegangan anda. Untung dan rugi saham dikira berdasarkan nilai beli dan jual; boleh lihat jumlah nilai pada Contract Note atau Daily Business Done di akaun M+ anda.


Kesimpulannya, perkara yang anda perlu tahu adalah:

  1. Tiada untung atau rugi tambahan walaupun harga purata berubah jika anda memegang saham yang sama sebelum dan selepas 5 Disember 2020.
  2. Selepas 5 Disember 2020, harga purata yang tertera pada Portfolio tidak berubah walaupun anda menjual sebahagian kuantiti saham tersebut.
  3. Jika anda ingin membeli semula saham yang sama (masih pegang sebahagian kuantiti), purata harga akan dikira semula berdasarkan harga purata kuantiti sedia ada.

Berlaku kekeliruan apabila average price yang tertera di Contract Note dan Portfolio anda adalah berbeza. Untuk makluman, average price di Portfolio adalah berdasarkan keseluruhan kuantiti pegangan anda manakala Contract Note akan memaparkan Average Price jual/beli dalam 1 hari saja (Daily Average Price). Anda boleh kira menggunakan Calculator Average Price yang kami sediakan di bawah untuk mendapatkan kepastian.

Portfolio Average Price (Semua transaksi saham yang sama)

  1. Harga Belian 1 - Lot Belian 1
  2. Harga Belian 2 - Lot Belian 2

Purata Harga dan Jumlah Kuantiti


Pengiraan Average Price Calculator

Price

No of lot