UMUM

11-JUN-2021

Negara Pengeluar Utama Minyak Mentah Dunia


 


Industri Petroleum merupakan nadi ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan bagi sesebuah negara yang kaya dengan pengeluaran minyak mentah. Namun apabila berlakunya krisis isu semasa terutamanya melibatkan negara pengeluar minyak mentah seperti peperangan, perang dagang yang melibatkan kuasa besar dalam dunia ekonomi, dan isu politik. Secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pasaran dan harga minyak mentah.

Hal ini menyebabkan munculnya Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang bertanggungjawab dalam mengawal pengeluaran dan menstabilkan pasaran minyak mentah dunia. Industri minyak mentah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu upstream, midstream dan downstream. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa buah negara yang merupakan pengeluar utama minyak mentah dunia.

1. Amerika Syarikat

Pada tahun 2017, negara Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar terbesar di dunia selepas mengatasi Arab Saudi. Kedudukan ini terus kekal sehingga kini. Antara tahun 2018 dan 2019 pengeluaran minyak di USA telah meningkat sebanyak 9%. Bukan itu sahaja, Amerika merupakan pengguna minyak terbesar dengan anggaran 7.47 bilion tong minyak pada tahun 2019.

teknologi penggerudian fracking
Salah satu teknologi pengerudian fracking yang digunakan di Texas. Gambar: theverge.com

Pengeluaran ini meningkat disebabkan proses penggerudian fracking (iaitu menyuntik cecair pada tekanan tinggi ke dalam batuan bawah tanah). Fracking adalah satu proses yang melibatkan penggerudian ke dalam tanah bumi dengan menyuntikkan campuran air, pasir dan agen penebat yang bertekanan tinggi. Amerika merupakan negara pertama yang menggunakan teknologi dan kaedah penggerudian ini. Kesannya, negara USA telah menjadi pengeksport bersih minyak tertinggi (eksport melebihi import) semenjak tahun 2011.

Pada tahun 2019, sebanyak 69% pengeluaran minyak mentah di Amerika Syarikat terhasil daripada 5 buah negeri iaitu Texas, North Dakota, New Mexico, Oklahoma dan Colorado. Negara Uncle Sam ini juga merupakan negara pengeluar gas asli utama di dunia sebanyak 921 bilion cm2 mengatasi negara Rusia yang berada di tempat kedua.

Peningkatan ini didorong oleh beberapa syarikat pengeluar minyak:

2. Arab Saudi (OPEC)

Arab Saudi merupakan pengeluar utama dalam kalangan negara yang menganggotai OPEC. Negara ini telah memperoleh sebanyak 11.81 juta bpd yang mewakili 12% daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dunia. Negara ini merupakan pengeksport kedua minyak mentah ke negara Amerika Syarikat selepas Kanada.

Pengeluaran minyak utama di Arab Saudi terletak di Ghawar, Safaniya, Khurais, Manifa, Shahybah dan lain-lain. Apa yang menariknya, ladang minyak di Ghawar merupakan ladang minyak on shore terbesar di dunia. Ia terletak di Al Hasa, Eastern Province yang mempunyai panjang anggaran 280 km dan lebar 40 km. Ia mampu menyimpan rizab minyak sebanyak 96 bilion tong.

ladang minyak di shawar
Gambar: arabnews.pk

3. Rusia

Rusia merupakan sebuah negara yang rentas benua yang terletak di Asia Timur dan Eropah Timur. Ia merupakan negara terbesar di dunia yang berkeluasan 17,125,200 kilometer persegi. Pada tahun 2019, Rusia telah menghasilkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 11.49 juta bpd meliputi 12% minyak dunia.

Industri minyak di Rusia telah diswastakan setelah kejatuhan Kesatuan Soviet. Namun selepas beberapa tahun syarikat tersebut telah dikembalikan di bawah kawalan pihak pemerintah negara. Syarikat yang terlibat dalam pengeluaran minyak mentah di Russia:

pelantar minyak di benua artik
Prirazlomnoye field merupakan pelantar minyak pertama yang tahan ais di Benua Artik. Gambar: gazprom-neft.com

4. Kanada

Kanada merupakan sebuah negara yang mempunyai sepuluh buah negeri dan tiga buah wilayah. Negara ini terletak di bahagian benua Amerika Utara dan negara kedua paling luas di dunia selepas Rusia. Kanada kaya dengan pelbagai sumber tenaga seperti gas asli, hidroelektrik, dan minyak mentah. Negara ini merupakan pengeluar minyak mentah keempat di dunia dengan anggaran 5.5 juta bpd. Pengeluaran ini meliputi 5% daripada pengeluaran global minyak mentah.

kaedah oil sands di kanada
Salah satu tapak pengeluaran minyak mentah yang menggunakan kaedah oil sands di Kanada. Gambar: bloomberg.com

Pada Januari 2019, negara ini memiliki simpanan rizab minyak sebanyak 167 bilion tong yang berada di kedudukan ketiga selepas Venezuela dan Arab Saudi. Kanada adalah sumber terbesar import minyak mentah bagi negara Amerika Syarikat. Ia telah menyumbang sebanyak 48% daripada jumlah import minyak mentah Amerika Syarikat dengan purata 3.7 juta bpd. Hampir keseluruhan pengeluaran minyak mentah di Kanada telah dieksport ke negara Amerika Syarikat. Negara ini menggunakan kaedah oil sands yang sebahagian besar pengeluaran ini terletak di Alberta.

5. China

China merupakan sebuah negara yang bersempadan dengan negara Korea Selatan, Mongolia dan lain-lain. Negara ini mempunyai ramai penduduk serta perkembangan ekonomi yang semakin pesat saban tahun. Faktor inilah telah mendorong negara China memerlukan bekalan tenaga yang banyak. Tidak hairanlah, negara ini merupakan negara kedua dalam kategori pengguna minyak tertinggi sebanyak (14% pengeluaran minyak dunia) selepas negara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2020, keluaran minyak tahunan China sebanyak 4.89 juta bpd. Bukan itu sahaja China telah muncul sebagai juara negara pengimport minyak pada tahun 2017 selepas mengatasi Amerika Syarikat yang kini berada di tempat kedua. China juga pengeluar utama minyak di rantau Asia dan 55 peratus importnya datangnya dari negara-negara OPEC.

Syarikat utama yang menguasai minyak di China:

6. Iraq (OPEC)

Iraq merupakan sebuah negara yang terletak di timur tengah tanah Arab yang bersempadan dengan Syria, Jordan, Kuwait, Arab Saudi dan Iran. Walaupun dalam negara ini sering berlakunya pergolakan yang melibatkan isu semasa, Iraq muncul sebagai negara keenam pengeluar utama minyak dunia dengan anggaran 4.74 juta bpd. Iraq juga adalah pengeluar minyak mentah kedua terbesar dalam OPEC selepas Arab Saudi.

rumalia oilfield di iraq
Rumaila Oilfield menghasilkan 1.35 juta bpd yang meliputi 40% daripada pengeluaran minyak mentah di Iraq. Gambar: nsenergybusiness.com

Negara ini menyimpan rizab minyak mentah kelima terbesar di dunia sebanyak 145 billion tong. Ia meliputi 17% rizab simpanan di Timur Tengah dan 8% sebagai rizab minyak dunia. Sebahagian besar kawasan pengeluaran minyak mentah terletak di darat yang kebanyakan terletak di padang pasir. Ekonomi Iraq sangat bergantung kepada pendapatan eksport minyak mentah. Pada tahun 2018, Iraq memperolehi pendapatan eksport minyak mentah bersih sebanyak USD 87 bilion yang menyumbang sekitar 91% jumlah pendapatan kerajaan Iraq.

Antara negara di Tanah Arab yang merupakan pengeluar minyak mentah dunia:

Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Singapura, Thailand dan Indonesia. Dalam rantau ini, Malaysia berada di tempat kedua sebagai pengeluar minyak mentah dan gas asli selepas negara Indonesia yang mengeluarkan 945,637 bpd.

Dari segi pasaran dunia, negara Malaysia berada di tempat ke-27 yang mengeluarkan 661,000 bpd. Apa yang menariknya, Malaysia mempunyai simpanan rizab minyak sebanyak 3.6 bilion yang merupakan negara keempat tertinggi di Asia di belakang negara China, India dan Indonesia.

Jumlah pengeluaran minyak mentah pada tahun 2017 di Malaysia:

malaysia minyak mentah
Gambar: eia.gov

Rujukan


< kembali ke laman blog utama