ASAS

17-JUL-2020

Membuat Catatan Jurnal Pelaburan Saham - Bahagian 1


 


Antara kesilapan yang kita boleh buat dalam melabur ialah dengan tidak merekod prestasi pelaburan. Sepanjang setahun, anda mungkin bertukar-tukar pegangan saham. Ada yang di antara pegangan ini akan memberikan keuntungan, dan ada juga yang menyebabkan portfolio anda terjejas. Akhir sekali, anda pun tak tahu di mana kedudukan pelaburan sama ada untung atau rugi. Di sinilah pentingnya untuk menyimpan jurnal pelaburan - untuk mengukur prestasi pelaburan kita.

Ada macam-macam cara yang anda boleh ikut untuk merekod jurnal pelaburan. Ada yang lebih ringkas, tapi hanya berikan maklumat asas. Ada pula yang sangat detail, tapi agak leceh untuk dicatat. Anda boleh ikut mana-mana cara yang anda suka, asalkan yang penting sekali, kedudukan pelaburan dapat dikenalpasti dengan prestasi untung rugi.

blank journal and pen

Aspek yang boleh diukur dalam jurnal pelaburan

1. Modal masuk / keluar

Modal adalah aspek yang penting dalam pelaburan. Ia mungkin datang dari poket anda sendiri, atau mungkin sebuah pinjaman yang anda perlu pulangkan semula. Matlamat pelaburan sudah tentu untuk menggandakan modal ini kepada nilai yang lebih besar, namun kerugian juga adalah satu risiko yang anda mungkin hadapi.

Dari segi penilaian pelaburan, lebih cepat masa diambil untuk berikan anda pulangan, lebih baiklah pelaburan yang dibuat. Maka masa juga adalah satu aspek yang anda ingin sekalikan dengan modal yang dimasukkan tadi.

Anda boleh lihat sejarah deposit pada Payment > Status. Dari data ini, pindahkan pada tool yang anda biasa guna untuk pengiraan, contohnya Excel atau Google Sheets.

2. Nilai pelaburan

Nilai pelaburan ini boleh juga disebut sebagai nilai portfolio. Mungkin ada yang terfikir nilai pelaburan ini adalah sama dengan modal yang dimasukkan tadi. Tak semestinya. Modal yang kita dimasukkan dalam CDS tadi belum tentu digunakan sepenuhnya. Contohnya kalau modal anda RM 3000, saham RM 0.99 sebanyak 3000 unit membolehkan pegangan sebanyak RM 2970, tak termasuk caj broker.

Seterusnya, nilai pelaburan boleh berubah walaupun tiada perubahan pada modal. Sekiranya pelaburan pertama anda mencatatkan keuntungan, anda mempunyai modal yang lebih untuk membuat pelaburan kedua. Modal asal yang dimasukkan dalam CDS masih sama.

Anda boleh kemas kini catatan untuk nilai pelaburan ini setiap kali menukar portfolio. Atau sekiranya anda lebih suka untuk menilai secara bulanan atau mingguan, boleh catat nilai pelaburan pada setiap kitaran bulan atau minggu. Sekiranya nilai ini berkembang, maka anda membuat semakin banyak keuntungan. Jadi, anda boleh nilai prestasi untung rugi mengikut kitaran jurnal anda.

Nilai pelaburan boleh didapati pada Portfolio > Total Portfolio Value.

mplus portfolio value

3. Maklumat transaksi

Bahagian transaksi merupakan aspek maklumat yang lebih terperinci. Dengan maklumat ini, anda boleh semak semula sejarah jual beli yang telah dibuat. Sekiranya anda seorang pelabur aktif, mencatat kesemua transaksi yang dilakukan memerlukan disiplin yang tinggi.

Ada banyak perkara yang boleh berlaku di sini. Antara maklumat yang boleh dicatat:

Kalau anda mampu pantau secara mikro kesemua aspek ini, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk catatkan maklumat transaksi ini. Dari sini, anda boleh nilai mana-mana aspek yang yang memberikan anda pulangan yang baik. Aspek ini boleh jadi saham pegangan, strategi yang bagus, jangka masa pegangan dan sebagainya.

Sekiranya melabur secara aktif, mungkin maklumat ini akan jadi agak banyak untuk anda catatkan. Kalau rasa tak mampu untuk pantau kesemua transaksi, cukup sekadar pantau dana utama anda. Jika tak mampu juga, sekurang-kurangnya pantau aspek yang dah dibincangkan dalam poin 1 dan 2 tadi.

Dalam platform trading, anda boleh dapatkan maklumat transaksi ini dalam Order Status untuk jual beli harian. Kalau nak lihat pada transaksi yang pernah dibuat, boleh pergi ke My Account > Daily Business Done.


< kembali ke laman blog utama