ASAS

04-AUG-2021

Memahami Margin Call dan Kesannya pada Harga Saham


 


margin-call

Ketika isu audit Serba Dinamik menjadi perbualan hangat para pelabur pada akhir Mei tahun ini, berita tentang Pengarah Urusan Serba Dinamik, Datuk Awang Daud yang menjual sebahagian pegangan saham beliau turut menjadi tumpuan.

Isu ini dijernihkan apabila beliau menyatakan penjualan saham itu disebabkan faktor teknikal pegangan margin pasaran saham beliau atau panggilan margin (margin call) untuk akaun beliau dan bukannya sebagai satu langkah untuk melupuskan saham. Justeru itu, timbul persoalan, apakah itu margin call?

Awang-Daud

Apakah itu margin call?

Margin call merupakan istilah yang jarang didengar kerana ianya hanya melibatkan kepada pengguna akaun margin sahaja. Secara umumnya terdapat 3 jenis akaun pelabur iaitu akaun tunai (cash upfront), akaun cagaran (colleteral account) dan akaun margin (margin account).

Pemilik akaun margin mendapat kemudahan untuk menambah belian saham yang dimiliki dengan membuat pinjaman modal daripada broker tetapi dengan jumlah margin yang ditetapkan atau juga dikenali sebagai maintenance margin.

Sekiranya harga saham yang dipegang tersebut jatuh di bawah margin yang dibenarkan, maka margin call akan berlaku. Broker akan memberi pilihan kepada pelabur untuk menjual beberapa unit pegangan saham tersebut atau menambah ekuiti ke dalam akaun mereka. Sekiranya tiada tindakan, broker berhak membuat jualan paksa (force selling) kepada saham tersebut.

Bagaimana margin call berlaku?

Margin call berlaku apabila nilai ekuiti pelabur tersebut jatuh di bawah jumlah maintenance margin yang dibenarkan oleh broker. Maintenance margin ini dikira berdasarkan nilai ekuiti pemilikan modal pelabur dalam sesuatu pembelian saham.

Nilai ekuiti pelabur dikira berdasarkan formula di bawah:

formula-peratus-ekuiti-pelabur

Sebagai contoh, pelabur A memiliki saham sebuah syarikat B dengan jumlah RM 20,000. RM 10,000 dari modal sendiri dan RM 10,000 yang lain dari broker. Maintenance margin syarikat broker adalah sebanyak 40%.

Sekiranya nilai saham jatuh pada harga RM 15,000, maka margin call akan berlaku. Ini kerana jumlah ekuiti pelabur A lebih rendah dari maintenance margin yang ditetapkan berdasarkan formula di atas : (RM 15,000 - RM 10,000) / RM 15,000 = 0.33% < 40%.

Oleh itu, pelabur A mempunyai dua pilihan iaitu:

Ringkasan boleh dilihat pada gambar rajah di bawah.

contoh-margin-call

Apakah kesan margin call dan force sell?

Mungkin untuk pelabur runcit yang memiliki pegangan saham yang kecil, margin call kurang memberi kesan yang kuat kepada harga saham. Tetapi jika melibatkan melibatkan seorang pelabur yang terpaksa menjual pegangan beliau berjumlah jutaan ringgit iaitu volume yang besar pasti memberi kesan yang kuat pada harga saham.

Contoh yang terdekat adalah awal bulan Jun 2021 pada saham syarikat Serba Dinamik. Datuk Awang Daud iaitu Pengarah Urusan dan juga merupakan pemegang saham ketiga terbesar Serba Dinamik menjual sebanyak 4.3 juta pegangan beliau dari pemilikan beliau pada 11 Jun 2021.

Kesannya, pada hari tersebut harga saham Serba Dinamik jatuh sebanyak 5% seperti gambar di bawah.

graf-cart-serba-dinamik
Graf Serba Dinamik.
transaksi-jual-beli-saham-pengarah
Transaksi jual beli saham ahli-ahli lembaga sesebuah syarikat yang boleh dilihat di platform iSaham.

Contoh lain yang boleh kita pelajari adalah ketika pasaran di Bursa Malaysia menjunam jatuh pada Mac 2020. Antara faktor kejatuhan index FBM KLCI ketika itu adalah margin call dan force selling oleh para pelabur. Pelabur yang tidak mampu menambah ekuiti sebagai cagaran terpaksa menjual pegangan mereka atau syarikat broker membuat force selling.

Selepas penjualan saham oleh ramai pelabur, harga saham pun jatuh. Kemudian mengakibatkan margin call dan force selling berlaku sekali lagi tetapi kepada pelabur-pelabur lain pula. Situasi force selling yang tidak putus-putus ini bersama dengan volume kumulatif yang besar ibarat domino effect pada harga saham dan memberi tekanan jualan yang kuat pada pasaran dan kesannya index FBM KLCI jatuh menjunam.

Atas faktor cabaran dan ketidaktentuan pasaran seperti tadi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil beberapa inisiatif untuk membantu pelabur dan peserta pasaran. Antara inisiatif SC adalah:

Inisiatif ini membantu pasaran supaya lebih stabil dan dapat menangani kejatuhan index bursa secara mendadak dengan mengurangkan aktiviti margin call dan force selling.

klci-index-11-year-low
Pada 19 Mac 2020, index FBM KLCI ditutup pada 1219.72, terendah sejak 7 October 2009. Sumber: The Star

Apa yang boleh dipelajari?

Akaun margin adalah satu fasiliti akaun dalam pelaburan saham di mana pengguna dapat meningkatkan kuasa beli dengan meminjam modal dari broker. Namun begitu, kemudahan ini juga boleh di ibaratkan sebagai pisau bermata dua. Pelabur ada peluang untuk untung berganda dan juga ada risiko untuk rugi berganda.

Untuk pelabur yang mengunakan akaun cash upfront, iaitu kuasa membeli mereka terhad kepada modal yang dideposit sahaja, mereka juga boleh mengambil pengajaran tentang pentingnya mengurus risiko sekiranya nilai saham yang dimiliki jatuh. Margin call berlaku kerana broker cuba mengelakkan kerugian pada pihak mereka.

Oleh kerana kita melabur dengan duit sendiri, kita sepatutnya lebih berjaga-jaga dan ada exit plan jika strategi tidak menjadi. Mempunyai exit plan penting kerana dapat meminimumkan kerugian kita dan mengelak kerugian yang lebih banyak sekiranya harga saham yang dipegang semakin turun. Menggunakan teknik harapan boleh membuatkan kita terjebak dalam Sunk Cost Fallacy.


< kembali ke laman blog utama