ASAS

20-JAN-2022

Memahami Intraday Short-selling (IDSS)


 


Pada 1 Januari 2021 yang lalu, Regulated Short Selling (RSS) telah kembali dibenarkan setelah disekat pada tahun 2020 akibat penularan COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia dan telah memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi. Pembukaan semula sekatan RSS telah meningkatkan kecairan kepada pasaran tempatan.

Baru-baru ini, terdapat dua lagi jenis short selling telah kembali dibenarkan setelah hampir 2 tahun disekat; iaitu intraday short-selling (IDSS) dan intraday short-selling by proprietary day traders (PDT short sale).

Aktiviti short selling

Short selling atau jualan singkat adalah suatu proses di mana keuntungan diperoleh dengan kejatuhan harga saham. Secara ringkasnya, anda akan menjual saham yang dipinjam dari broker atau Central Lending Agency (CLA) pada harga yang tinggi, dan kemudian membelinya semula pada harga yang rendah.

Penjualan dilakukan pada harga tinggi, dan pembelian semula dilakukan pada harga yang rendah.

Terdapat empat jenis aktiviti short selling yang boleh dilakukan di Bursa Malaysia, iaitu Regulated Short Selling (RSS), Intraday Short Selling (IDSS), Intraday Short Selling by Proprietary Day Traders (PDT) dan juga Permitted Short Selling (PSS).

Kami telah pun menjelaskan tentang RSS pada blog yang lepas. Jadi, blog kali ini akan lebih bertumpu kepada IDSS yang penggantungan sementaranya telah dibatalkan bermula 1 Januari 2022.

Intraday short-selling (IDSS)

Anda mungkin pernah melihat simbol ^ pada kaunter saham tertentu. Simbol ini melambangkan bahawa saham tersebut dibenarkan untuk aktiviti IDSS.

Contoh saham yang dibenarkan untuk IDSS.

IDSS atau jualan singkat intra hari adalah salah satu daripada jenis dagangan penjualan singkat yang dijalankan dalam hari yang sama. Aktiviti IDSS ini boleh dilakukan oleh kesemua pedagang Bursa Malaysia, tidak kira lah sama ada pedagang runcit, mahupun institusi.

IDSS membenarkan pelabur menjual sekuriti yang bukan milik mereka, dan kemudian membeli semula sekuriti yang sama. Semua posisi jual mesti ditutup dengan posisi beli dalam hari dagangan yang sama.

Perbezaan IDSS dan PDT

Intraday short-selling by proprietary day traders (PDT short sale) atau jualan singkat oleh Pedagang Harian Proprietari juga adalah aktiviti jualan singkat yang dilakukan dalam hari dagangan yang sama. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaannya dengan IDSS, iaitu:

  IDSS PDT
Peserta Kesemua pedagang runcit dan institusi Individu yang mewakili sesuatu organisasi seperti Kenanga, Affin Hwang, dan lain-lain.
Kelayakan Terbuka kepada semua pedagang yang menepati syarat yang ditetapkan. Individu berlesen dan berdaftar di bawah organisasi, serta mempunyai 5 tahun pengalaman sebagai Investment Account Trader (IVT).
Saham untuk jualan singkat Sekuriti yang diluluskan Sekuriti yang diluluskan di Pasaran Utama (sekuriti layak dagangan harian)

Cara Bursa Malaysia mengawal aktiviti short selling

Untuk melakukan aktiviti short selling, terdapat peraturan dan limitasi yang ditetapkan bagi mengelakkan pasaran menjadi huru-hara. Seperti RSS, IDSS juga mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Antaranya ialah:

1. Syarikat yang dibenarkan untuk short selling

Aktiviti jualan singkat hanya boleh dilakukan terhadap syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Approved Securities sahaja. Senarai ini akan disemak dan dikemas-kini pada setiap enam bulan oleh Bursa Malaysia.

2. Peraturan at-tick

Pada mulanya, hanya RSS sahaja yang perlu mengikut 'peraturan at-tick' ini. Namun, pada 17 Mac 2020, Bursa Malaysia telah memaklumkan bahawa IDSS dan PDT juga perlu mematuhi peraturan tersebut.

'Peraturan at-tick' membawa maksud setiap pesanan haruslah dibuat pada harga permintaan atau jualan terbaik pada waktu itu, ataupun pada harga yang lebih tinggi.

3. Penggantungan short selling untuk sesuatu saham

Terdapat masa-masa yang tertentu di mana sesuatu saham akan digantung dari short selling, iaitu apabila:

Kesimpulan

Penarikan kembali penggantungan sementara short selling menambah kecairan serta votality pasaran Bursa Malaysia. Selain itu, kebenaran untuk berdagang dua hala juga boleh menarik pelabur luar untuk melabur dalam pasaran tempatan.

Namun begitu, short selling adalah berisiko tinggi dan hanya pedagang yang berpengalaman serta mempunyai dana yang besar sahaja digalakkan untuk melakukan aktiviti ini.

Tambahan lagi, walaupun terdapat pengecualian untuk RSS, short selling secara keseluruhannya adalah tidak patuh syariah. Oleh itu, penganut agama Islam haruslah mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti ini.


< kembali ke laman blog utama