ASAS

20-JUN-2020

Melakukan Pembelian Pertama Selepas Pendaftaran CDS


 


Pertama kali nak mulakan melabur mungkin susah bagi sesiapa pun. Kali ni, anda akan baca garis panduan untuk memulakan pembelian atau dagangan yang pertama di platform dagangan M+ Online. Bacaan ini sesuai untuk pelabur yang dah terima akaun M+ Online dan ingin melakukan dagangan pertama.

Anda ada modal

Pertama sekali, anda perlu ada modal. Perlu diingat, dalam pelaburan pertama ni anda belum tentu dapat membuat keuntungan. Orang kata, “semua orang ada garis bermula”. Jadi tak perlu terus mula dengan modal besar. Modal ini kita cuba niatkan untuk dapatkan pengalaman dulu.

Lagi satu, dengan mulakan belian, anda dapat akses kepada lebih banyak screener di iSaham. Jadi mungkin anda boleh tumpukan lebih banyak modal selepas dapat akses kepada screener-screener yang lebih canggih.

Masukkan modal ke dalam akaun CDS

Modal anda tadi pula perlu dimasukkan dalam akaun CDS untuk digunakan dalam platform dagangan. Maka boleh login ke akaun M+ atau platform dagangan anda. Boleh ikut panduan ini untuk butiran lebih lanjut.

mplus deposit manual fpx

Dari M+ Online, anda boleh masukkan modal menggunakan FPX atau manual transfer iaitu online banking. Deposit melalui kaedah FPX adalah lebih cepat tetapi memerlukan transaksi sebanyak RM 1000 ke atas. Kalau anda nak cepat tapi nak masukkan sikit saja, boleh masukkan RM 1000 dan keluarkan sedikit selepas deposit berjaya. Namun, pengeluaran duit mungkin akan mengambil masa lagi satu atau dua hari pula.

Memilih saham

Dalam Bursa Malaysia ada banyak saham yang tersenarai. Kalau anda baru nak mula, mungkin anda cuma kenal saham-saham besar yang terkenal sahaja. Saham-saham terkenal ni pun sudah baik untuk dijadikan saham permulaan. Bermakna saham ini cukup hebat untuk dikenali ramai.

Kalau anda nak teroka lebih banyak saham, boleh juga mula dengan screener iSaham yang percuma. Ada banyak juga screener yang anda boleh gunakan untuk bermula. Antaranya seperti berikut:

Berdagang dari platform dagangan

Gunakan butiran akaun yang telah diterima untuk log in ke M+ Online. Selepas berjaya log in, cari saham yang dipilih tadi dengan menulis nama saham di kotak search seperti dalam gambar, dan tekan enter.

mplus interface search

Senarai hasil carian akan dipaparkan. Anda cuma perlu tekan sekali untuk highlight saham pilihan. Apabila anda tekan butang Buy di bahagian atas skrin (berwarna hijau), kotak input belian akan keluar untuk saham dalam highlight.

Kalau anda nak tengok lebih banyak info, tekan saham dua kali (double click). Anda boleh tengok info queue saham dan senarai transaksi yang berlaku. Untuk butiran lanjut, boleh baca di sini.

Tekan Buy untuk teruskan belian. Pilih harga dan lot belian dan tekan confirm. Anda akan diminta untuk masukkan Trading Pin. Ini adalah sama dengan password akaun anda untuk log in tadi.

Untuk mengetahui sekiranya pesanan belian tadi berjaya, boleh lihat di Order Status dan semak sama ada status pesanan tadi dikemas kini kepada All Matched.


< kembali ke laman blog utama