UMUM

12-JUN-2020

Melabur Secara Pasif dengan Wahed Invest


 


Nak melabur ni kita perlukan usaha. Contohnya kumpul modal, cari saham berpotensi, fikir sama ada untuk kekalkan pegangan saham, dan sebagainya. Pelaburan ini dianggap proses yang aktif kerana melibatkan pelbagai penekanan usaha. Kini, anda perlu tahu kewujudan Wahed Invest yang memudahkan pelaburan dengan cara pasif.

wahed invest frontpage

Apakah Wahed Invest?

Wahed Invest adalah platform pelaburan syariah yang diuruskan oleh robo-investor. Ia adalah satu saluran pelaburan yang anda boleh gunakan sebagai alternatif kepada pelaburan secara langsung dalam pasaran saham. Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan lesen Wahed Invest sebagai sebuah syarikat Digital Investment Management. Secara ringkasnya, Wahed Invest adalah sebuah saluran pelaburan yang sah dan patuh syariah.

Dengan memasukkan modal ke dalam akaun, anda menyerahkan dana untuk diuruskan oleh pihak Wahed Invest berdasarkan strategi portfolio yang dipilih. Dengan portfolio tertentu, anda akan melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti emas, sukuk, saham Malaysia dan saham Amerika. Risiko pelaburan dengan Wahed Invest pula adalah dikira rendah, namun dapat memberi pulangan yang baik jika dibandingkan dengan prestasi pulangan pelaburan berisiko rendah yang lain.

Melabur dengan Wahed Invest

Mudah sahaja untuk melabur dengan Wahed Invest ini. Tak perlu masuk apa-apa skim untuk turut serta. Tak perlu berdaftar melalui pihak ketiga di luar sana yang cuba untuk scam anda. Anda boleh uruskan pendaftaran sendiri. Muat turun sahaja aplikasi Wahed Invest dan ikut langkah-langkah pendaftaran seperti mengisi maklumat peribadi dan gambar IC. Setelah berjaya berdaftar, anda boleh mula masukkan dana ke dalam akaun anda.

Jangan lupa masukkan kod rujukan (referral code) untuk dapatkan RM 10 daripada Wahed Invest apabila anda masukkan modal nanti.

wahed invest portfolio growth
Anggaran pertumbuhan portfolio dengan Wahed Invest

Modal boleh dimasukkan bila-bila sahaja serendah RM100 untuk setiap transaksi. Anda juga boleh jadualkan deposit berkala sama ada setiap minggu atau setiap bulan. Dah masuk modal, anda tak perlu fikir nak beli saham apa seperti di pasaran saham. Modal akan diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest dengan bayaran 0.79% setahun.

Pelaburan secara pasif

Seperti yang disebut tadi, modal diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest. Maksudnya anda tak perlu pening kepala memilih saham apa untuk dibeli. Inilah yang dimaksudkan dengan pelaburan secara pasif. Ia dapat berikan anda pulangan tanpa memerlukan tindakan yang aktif seperti membuat kajian saham, mencari paras harga yang bagus dan sebagainya.

Pelaburan yang telus

Melabur dengan Wahed Invest juga adalah proses yang telus, di mana anda boleh lihat ke mana modal anda dilaburkan. Portfolio yang lebih agresif akan mempunyai lebih banyak pegangan dalam saham Amerika. Portfolio yang konservatif pula akan mempunyai lebih banyak pegangan emas.

wahed portfolio aggressive
Contoh portfolio dalam Wahed Invest

Antara dana yang dipilih oleh Wahed Invest:

Risiko rendah

Pegangan saham ini lebih tepatnya dipegang dalam bentuk ETF. Anda boleh baca tentang ETF di sini. ETF itu sendiri sudah pun dikira sebagai pelaburan yang berisiko rendah. Namun, ada ETF boleh dikatakan lebih agresif secara relatif berbanding ETF yang lain. Maka, cara untuk melabur boleh juga disesuaikan dengan cara melabur dalam ETF, iaitu dengan memastikan harga ETF tak terlalu mahal berbanding Net Asset Value.


< kembali ke laman blog utama