UMUM

03-AUG-2021

Laluan Perdagangan Maritim Utama di Dunia


 


Sejak berkurun lamanya, laluan maritim menjadi nadi hub perdagangan sehingga munculnya beberapa pelabuhan entrepot ke serata dunia. Laluan maritim ini mempunyai pelbagai jalur pelayaran utama yang memainkan peranan penting dalam perdagangan global. Saban tahun sekitar 11 bilion tan muatan yang melalui laluan maritim di beberapa Selat atau Terusan yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada semua barangan yang diperdagangkan di peringkat global.

Selat Melaka

Zaman terdahulu sehinggalah era moden kini, laluan maritim di Selat Melaka semakin sibuk dengan pelbagai jenis kapal perdagangan yang melibatkan beberapa buah negara. Umumnya, Selat Melaka diambil nama sempena sebuah pelabuhan Melaka yang begitu mashyur sebagai pusat entrepot perdagangan pada abad ke-16 dan 17 di Kepulauan Nusantara. Ia merupakan selat yang tersibuk di dunia yang menghubungkan laluan Timur ke Barat yang melalui Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan (Lautan Pasifik).

Selat Melaka
Gambar: Laluan maritim di Selat Melaka

Selat ini berhampiran antara 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tidak hairanlah, faktor ini menyebabkan berlakunya persaingan pelabuhan di beberapa buah pelabuhan di sepanjang laluan Selat Melaka. Berdasarkan laporan Seatrade Maritime News trafik laluan ini dijangka akan meningkat secara konsisten dan permintaan akan melebihi 100 juta TEU. Ia bermaksud ukuran bagi sesebuah kapal yang diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU). Selat Melaka merupakan laluan terpenting bagi menghubungkan Eropah dan Asia Timur.

Nilai Dagangan
  • Laluan terpenting bagi negara China
  • 25 peratus minyak dari Timur Tengah melalui Selat Melaka
Panjang
  • Sepanjang 930 km
  • Lebar 38 km
  • Purata kedalaman sebanyak 25 meter

Sektor

Jalur perkapalan di Selat Melaka memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelbagai sektor ekonomi dagangan di Malaysia, India, China, Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, dan Taiwan. Setiap tahun dianggarkan sekitar 83,000 kapal yang menggunakan Selat Melaka untuk menghantar dan mengangkut kargo ke destinasi yang ditetapkan. Jika dilihat Selat Melaka dikenali sebagai "choke point" yang penting bagi industri minyak mentah, minyak sawit, arang batu, gas asli dan kopi bagi negara Indonesia.

Kepentingan selat ini telah menyebabkan wujudnya beberapa pelabuhan terkemuka dan tersibuk di dunia:

Gambar: eia.gov

Selat Hormuz

Selat Hormuz merupakan sebuah selat yang berbentuk V yang menghubungkan Teluk Parsi ke Lautan Hindi. Ia bersempadan dengan Iran di utara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Oman di bahagian selatan. Panjangnya sebanyak 161 kilometer dan lebar 33.7 kilometer.

Selat sempit ini adalah titik pertemuan utama yang paling penting untuk bekalan minyak mentah dunia. Sejumlah satu per tiga minyak dunia dan satu perempat gas asli cecair global (LNG) yang diangkut melalui Selat Hormuz. Sepanjang hari sekitar 14 kapal tangki minyak akan melalui Selat Hormuz dengan anggaran 21 juta tong minyak. Kemudian muatan minyak ini akan dihantar ke beberapa buah negara antaranya India, China, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

Nilai Dagangan
  • Sebanyak 21 juta tong minyak yang bernilai USD 1.2 bilion yang melalui selat ini setiap hari
  • Bersamaan 21% daripada penggunaan petroleum global
Geografi
  • Berhampiran dengan negara-negara OPEC
Panjang
  • Satu-satunya laluan ke laut terbuka sepanjang 39 kilometer.
Terusan Hormuz
Gambar : globalnews

Sektor

Jika dapat dilihat selat ini dikellilingi dengan beberapa buah negara Tanah Arab yang kaya dengan sumber minyak mentah.

Gambar: eia.gov

Terusan Panama

Panama merupakan sebuah negara yang menghubungkan dua benua Amerika Utara dan Amerika Selatan. Negara ini bersempadan dengan negara Costa Rica di bahagian barat dan Colombia di bahagian timur. Negara ni terdapat sebuah laluan perdagangan perkapalan yang dikenali sebagai Terusan Panama. Terusan ini menghubungkan antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Terusan Panama

Terusan buatan ini dibuka secara rasmi pada 12 Julai 1920 dan menelan perbelanjaan sebanyak USD 336,650,000. Ia dapat mengurangkan perjalanan 8,000 batu nautika (15,000km) dari Atlantik ke Pasifik. Sekiranya kelajuan kapal berlayar dengan kelajuan anggaran 15 knot tanpa melalui terusan ini, ia akan belayar selama 22 hari. Namun, melalui terusan ini hanya memerlukan 8 sehingga 10 jam serta mampu menjimatkan masa dan mengurangkan kadar pelepasan karbon kapal.

Nilai Dagangan
  • Ketibaan 13.548 kapal dan mencatatkan 403.8 juta tan kargo (2017)
Kadar Tol
  • Jumlah tertinggi dibayar sebanyak USD 376,000 oleh kapal persiaran Norwegian Pearl
  • Tol paling murah dikenakan sebanyak 36 sen oleh Richard Halliburton yang berenang merentasi terusan pada tahun 1928
Panjang
  • 82 kilometer

Sektor

Secara keseluruhannya laluan ini menawarkan perkhidmatan kepada 29 kapal kargo utama, kebanyakkannya laluan perdagangan dari Pantai Timur Amerika Syarikat ke negara di Asia. Perbandingan jumlah kargo pada tahun 2020 mengikut negara yang menggunakan Terusan Panama:

Gambar : pancanal.com

Terusan Suez

Pada bulan Mac yang lalu terdapat sebuah kapal kontena bernama Ever Given telah menghalang laluan Terusan Suez disebabkan faktor angin kencang. Halangan ini telah menyebabkan berlakunya kerugian sehingga USD 400 juta sejam dan kesesakan perjalanan sepanjang laluan perdagangan. Apakah sebenarnya fungsi terusan Suez?

Terusan Suez mula dibuka pada tahun 1869 yang merupakan salah satu jalur laluan perkapalan terpenting di dunia. Terusan ini adalah buatan manusia yang menghubungkan Lautan Hindi ke Lautan Atlantik. Seandainya Terusan Suez tidak diwujudkan, kapal-kapal kargo perlu mengelilingi Cape of Good Hope yang terletak di Afrika Selatan.

Perjalanan ini akan memerlukan pihak kapal menambahkan tempoh masa selama 24 hari yang bersamaan 3,700 batu. Ia akan mengakibatkan berlakunya kelewatan tempoh penghantaran kargo.

Terusan Suez
Gambar: news.yahoo.com

Terusan Suez berupaya menjimatkan masa dan hanya memerlukan sekitar 16 jam untuk melalui dari awal sehingga akhir terusan. Dianggarkan sebanyak 100 kapal yang melalui pada setiap hari. Terusan ini tiada lorong dua hala, sebaliknya kapal akan melalui dua arah dari selatan dan satu arah dari utara pada waktu yang ditetapkan setiap hari.

Nilai Dagangan
  • USD 5.61 bilion setahun (2020)
Kadar Tol
  • Bayaran Tol melebihi USD 100,000 (RM414,650) mengikut saiz dan berat kargo kapal.
Panjang
  • 193 km dan kedalaman 24 meter (78 kaki)

Sektor

Terusan Suez dianggap sebagai laluan terpantas bagi pengangkutan industri minyak. Terusan ini merupakan laluan maritim kedua terpenting selepas Selat Hormuz bagi bekalan minyak dan gas asli cecair. Secara keseluruhannya, terusan ini menguruskan sebanyak 10 peratus daripada perdagangan global bersamaan 35 peratus daripada jumlah trafik harian kontena.

Kargo utama ke utara iaitu Eropah dan Amerika Utara terdiri daripada minyak mentah, petroleum, arang batu, ores and metal, fabricated metals, wood, oilseeds and oilseed cakes, cereal. Manakala, perjalanan ke selatan terdiri daripada simen, baja, logam buatan, bijirin dan kapal tangki minyak kosong.

Gambar: suezcanal.gov

< kembali ke laman blog utama