UMUM

6-MAY-2020

Kelebihan Guna Stock Screener


 


Cabaran dalam membeli saham ni banyak terletak pada pemilihan saham yang bagus. Saham bagus ni terpulang pada penilaian pelabur sama ada untuk memberikan pulangan jangka pendek, sederhana atau panjang. Sebuah peralatan ataupun tool yang membolehkan anda memilih saham yang bagus ialah stock screener.

Dengan stock screener, seorang pelabur boleh menapis saham-saham bagus dari beratus-ratus saham yang kita tak mungkin cari satu per satu. Ianya membolehkan anda menjimatkan masa, mengurangkan faktor emosi dalam pemilihan saham, dan mengenali saham yang mungkin tersembunyi di sebalik timbunan saham-saham di dalam pasaran.

Menjimatkan masa

Sesebuah stock screener biasanya adalah sebuah tool berasaskan web ataupun perisian. Ia berkebolehan menggunakan fungsi tapisan data berdasarkan kriteria dan ukuran yang ditetapkan dengan pantas. Sekiranya anda menapis beratus-ratus saham di Bursa Malaysia secara manual, ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan fungsi tapisan stock screener ini.

time mug coffee

Anda boleh menapis pelbagai kriteria yang menjadi keutamaan anda. Antaranya mungkin margin keuntungan, P/E ratio, LTS, FCON dan sebagainya. Sekiranya anda tak tahu kriteria apa yang nak ditapis, mungkin anda perlu ikut kelas dulu. Tapi ada banyak screener yang telah pun tersedia di iSaham dengan pelbagai kriteria yang dapat menapis saham-saham yang bagus.

Mengurangkan faktor emosi

Berdasarkan fungsi tapisan tadi sahaja anda dapat lihat bahawa tapisan saham dalam stock screener itu berdasarkan data semata-mata. Ini bermakna faktor emosi telah disingkirkan dari pemilihan saham. Sekiranya anda jenis pelabur emosi pula, mungkin screener dapat menyelamatkan anda dari pelaburan yang berpotensi untuk lebur.

man think rationally

Anda boleh tetapkan sebuah screener untuk mengeluarkan saham yang berprestasi tinggi sahaja sebagai pemilihan. Sekiranya saham yang anda suka tak melepasi piawai yang ditetapkan, mungkin bukan masanya untuk beli saham yang anda rasa bias dengan emosi anda.

Mengenali saham tersembunyi

Sekiranya anda mengimbas senarai saham dalam pasaran satu per satu, ada kemungkinan anda akan terjumpa saham yang tak pernah dikenali sebelum ini. Ini adalah disebabkan terdapat beratus-ratus saham yang tersenarai, dan mungkin ada saham-saham yang selama ini sedang tidur atau tak banyak didagangkan. Oleh itu, saham-saham ini jarang dijumpai dan di antaranya mungkin berada di bawah nilai sebenar.

tulip hidden gem

Dengan stock screener, sesebuah saham yang kurang dikenali boleh muncul sekiranya bertemu kriteria yang dicari. Screener ini boleh jadi berlandaskan kriteria P/E ratio yang rendah, atau apa-apa kriteria potensi pertumbuhan yang tertentu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan stock screener dapat membantu memudahkan urusan kita untuk membuat pemilihan saham. Pemilihan secara manual memerlukan masa yang lebih panjang. Ia juga hanya bergantung kepada saham yang kita kenali sahaja. Dengan stock screener, seluruh saham dalam pasaran dapat ditapis mengikut kriteria kehendak kita. Dengan ini, anda tidak tercicir dengan peluang yang mungkin boleh diperoleh melalui saham-saham yang tersembunyi atau secara mudahnya, yang belum dikenali.

Di iSaham, kami sediakan screener-screener yang anda boleh gunakan untuk membantu anda memilih dan mengkaji saham berpotensi. Ada screener percuma dan premium. Sekiranya anda berminat menggunakan screener premium secara percuma, boleh hubungi team kami.


< kembali ke laman blog utama