ASAS

17-APR-2020

Apa itu Screener Saham?


 


Dalam pelaburan saham ni, ada banyak cara pemilihan saham. Ada yang pilih saham berdasarkan harga uptrend. Ada yang tengok financial ratio ok ke tak ok. Ada juga yang ikut teori-teori yang mereka belajar dalam pemilihan saham. Sebenarnya semua strategi ini boleh dikuantifikasikan sebagai kriteria pemilihan saham. Mengikut kriteria yang tertentu, suatu saham itu dipilih sebagai medium pelaburan. Kriteria inilah yang diformulasikan sebagai screener.

coding algorithm

Ada banyak kriteria yang boleh dimasukkan dalam screener saham. Ianya boleh disamakan dengan memilih kereta. Nak enjin berapa HP, berapa kelajuan maksimum, harga berpatutan dan sebagainya. Kalau dalam saham, kita mungkin nak cari saham yang ada revenue dan profit, uptrend, P/E ratio pun ok, ada dividend dan sebagainya.

Screener apa nak guna?


Kadang-kadang kita main guna saja screener ni. Tahu-tahu je ada list saham yang entah mana datangnya. Masuk screener lain, lain pula list dia. Masuk dalam iSaham pula, lagilah banyak screener, ada free dan ada yang premium. Nak guna yang mana satu pun dah tak tahu. Kalau anda dah berpengalaman melabur, ada join kelas iSaham atau mana-mana kelas saham pun mungkin dah tahu macam mana nak pilih screener. Di sini, kami akan senaraikan beberapa screener yang anda boleh mula tengok.

  1. Overall Score - Pemarkahan saham berdasarkan kekuatan fundamental dan teknikal. Cari yang bahagian Total Score hijau untuk lebih yakin dengan kekuatan saham yang dibeli.
  2. High Dividend Yield Screener - Kalau anda nak peram sampai dapat dividend, screener ini mungkin untuk anda, cuma disamping dividen yang tinggi, cari saham yang dividen boleh bertahan (sustainable)
  3. Simple Uptrend Screener - Berdasarkan trend peningkatan harga dalam tempoh beberapa minggu ke beberapa bulan
  4. Simple Uptrend Screener+ (Premium) - Sama seperti screener tadi, ditambah dengan kriteria Entry Price (EP) dan katalis (catalyst) saham
  5. Beginner’s Stocks - Saham yang mudah difahami dan menunjukkan prestasi 10 tahun yang mantap
  6. Rounding Bottom Screener (Premium) - Berpandukan kaedah chart pattern analysis, screener ini mencari saham yang membuat pattern rounding bottom, cup & handle dan saucers.
  7. FCON Screener (Premium) - Saham yang mempunyai fundamental yang konsisten
  8. iScanner - Screener DIY yang anda boleh customize mengikut citarasa sendiri. Boleh baca post berkaitan iScanner untuk ketahui lebih lanjut.

Ini adalah antara screener yang anda boleh mula tengok. Kalau anda inginkan pilihan yang lebih banyak, boleh pergi ke senarai penuh screener iSaham. Kami telah pun kumpulkan screener ini mengikut kategori, antaranya Moving Average, Indicator, Candlestick, Volume Screener dan sebagainya.

Sekiranya anda nak gunakan screener premium, boleh buka akaun CDS dengan remisier iSaham. Selain itu, anda boleh juga langgan screener kami dengan bayaran setahun atau setengah tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai iSaham Premium, boleh pergi ke link ini .

i-BURSA


< kembali ke laman blog utama