IPO

15-JUN-2023

Jati Tinggi - Penyedia Penyelesaian Kejuruteraan Utiliti


 


1. Butiran IPO syarikat Jati Tinggi

2. Latar belakang perniagaan syarikat

Jati Tinggi merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan penyelesaian kejuruteraan infrastruktur yang merangkumi penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah dan atas tanah. Selain itu, ia juga terlibat dalam perkhidmatan lain seperti perkhidmatan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) stesen, perdagangan peralatan untuk stesen dan perkhidmatan pencahayaan jalan.

Syarikat ini terlibat dalam tiga jenis kontrak iaitu kontrak tunggal, kontrak pukal dan kontrak EPCC yang banyak melibatkan projek berkaitan bekalan elektrik.

3. Sebanyak 13 projek telah berjaya disiapkan

Sejak permulaan perniagaan pada tahun 2003, syarikat ini mempunyai rekod prestasi selama lebih daripada 15 tahun dalam perkhidmatan kejuruteraan utiliti. Prestasi ini disokong dengan penyelesaian 13 projek utama berkaitan bekalan eletrik dengan nilai setiap projek melebihi RM 5 juta. 

4. Sebanyak 42 projek yang sedang dijalankan

Mereka juga sedang dalam proses untuk menyelesaikan 42 projek yang sedang berjalan dengan nilai setiap projek melebihi RM 5 juta yang dijangka akan selesai pada tahun 2024. 

Antara projek tersebut ialah projek Danga Bay, pembinaan terowong kabel bagi laluan ke stesen Price Court dan projek Farlim yang masing-masing mempunyai nilai kontrak melebihi RM 50 juta. 

5. Prestasi kewangan Jati Tinggi

Secara keseluruhan, pendapatan dan keuntungan bagi syarikat ini membuat kenaikan konsisten daripada tahun kewangan 2019 hingga 2021. 

Kontrak tunggal merupakan pendapatan utama syarikat yang menyumbang sehingga 91.48% pada tahun 2019 dan 74.20% pada tahun 2021.

6. Pelanggan utama syarikat

Sumbangan pendapatan daripada pelanggan syarikat adalah berbeza mengikut sifat perniagaan yang dinyatakan dalam kontrak projek. Berdasarkan sumbangan pendapatan daripada pelanggan-pelanggan utama syarikat, dua pelanggan utama mereka adalah Worktime Engineering dan CD Electrical, yang terdiri daripada kontraktor utama yang dilantik oleh TNB.

Dua pelanggan ini masing-masing menyumbang antara 84.67% hingga 90.86% kepada pendapatan syarikat sejak tahun 2019.

7. Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja untuk penyiapan projek dan lain-lain. 

8. Rakan persaingan 

Berikut merupakan senarai syarikat tempatan yang terlibat dalam industri sama dan pesaing kepada Jati Tinggi. Syarikat Rohas Tecnic Berhad, MN Holdings Berhad dan Pestech International Berhad merupakan tiga syarikat pesaing yang telah disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia. 

9. Strategi perniagaan dan rancangan masa hadapan

Salah satu perancangan Jati Tinggi adalah terlibat dalam projek-projek berskala besar untuk mengukuhkan lagi rekod prestasi mereka sebagai penyedia perkhidmatan utiliti. Selain itu, mereka juga ingin mengembangkan potensi melalui peluasan perkhidmatan utiliti di Malaysia Timur terutamanya dalam industri bekalan tenaga elektrik.

10. Berhadapan dengan risiko kebergantungan pelanggan

Jati Tinggi bergantung kepada dua pelanggan utama mereka dalam aktiviti perniagaan kejuruteraan utiliti. Kehilangan perniagaan dengan dua pelanggan ini mungkin mempunyai kesan yang ketara kepada prestasi kewangan syarikat.

Sehingga tarikh perlaksanaan, Jati Tinggi mempunyai nilai buku pesanan yang belum tertunai sebanyak RM 77.43 juta daripada Worktime Engineering dan RM 139.62 juta daripada CD Electrical.

11. Perbincangan

Secara umumnya, syarikat Jati Tinggi menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2021. Selain itu, syarikat ini juga telah berkembang untuk menjalankan projek-projek yang lebih besar dan lebih kompleks, bermula dengan projek-projek utiliti bawah tanah berkaitan penghantaran voltan sebanyak 11kV dan 33kV kepada 132kV dan 275kV. 


< kembali ke laman blog utama