AGM

15-AUG-2019

Favco dan Potensi IoT dengan Pembelian Exact Group


 


Sejarah dan rangkaian bisnes Favco

Favelle Favco (atau Favco) pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah syarikat di Australia. Syarikat ini mula membina kren bermula tahun 1962, dan berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 1968 untuk pembinaan World Trade Centre, New York. Pada tahun 1995, Favco dibeli oleh Muhibbah Engineering Berhad dengan pegangan 59.28% sebagai bahagian bisnes kren. Dua tahun kemudian, Favco memperoleh 100% Krøll Cranes A/S yang berasal dari Sweden.

Favco WTC Project
Kren Favco di WTC, New York

Favco mempunyai reputasi yang bagus di mata dunia dengan portfolio pembinaan 8 daripada 10 bangunan tertinggi dunia yang pernah dibina. Ia mempunyai 7 fasiliti yang beroperasi dari negara Malaysia, Australia, Denmark, Amerika, China, Singapura dan UAE. Jejak global ini membolehkan Favco membina kren muatan berat berdekatan dengan titik penghantaran serata dunia.

Pemerolehan Exact Group

Pemerolehan terbaru syarikat ini adalah pembelian 70% Exact Group pada Julai 2018 sebagai bahagian Automasi Pintar (Intelligent Automation). Exact Group terlibat dengan penyelenggaraan, kejuruteraan dan reka bentuk untuk perkhidmatan automasi. Pemerolehan ini dilihat sebagai pelaburan ke hadapan apabila melihatkan dunia yang bergerak ke arah Industry Revolution 4.0.

Buat masa ini, Favco sedang memberikan tumpuan untuk memahami bisnes Exact Group yang berpotensi memberikan sinergi kepada bisnes kren mereka. Mereka sudah pun melengkapkan kren dengan teknologi internet. CEO juga ada mengatakan bahawa mereka boleh mengawal kren di TRX dari pejabat kalau nak, cuma mereka tak berbuat begitu.

Favco TRX

Produk dan servis yang ditawarkan

Jualan dan sewaan kren

Antara produk yang disediakan Favco adalah kren Offshore, kren menara dan kren pelabuhan. Produk ini ditawarkan dalam bentuk jualan, sewaan dan servis penyelenggaraan. Kebanyakan pelanggan mereka berada dalam sektor pembinaan, oil & gas dan perkapalan. Dalam laporan kewangan terbaru, Favco mencatatkan RM 457.7 juta revenue dalam bisnes kren. Sebanyak 36.8% adalah hasil jualan tempatan dan selebihnya di luar negara.

Favco menyatakan bahawa pasaran sewaan semakin besar berbanding jualan kren baru. Jadi ini merupakan strategi mereka ke hadapan. Selain itu, Favco juga ingin memasuki pasaran kren bersaiz lebih kecil. Setakat ini mereka mendapat hasil yang menggalakkan dengan jualan model baru mereka sebanyak 11 unit terjual kepada satu klien.

Automasi Pintar

Automation for oil & gas

Pembelian Exact Group membolehkan Favco menyediakan perkhidmatan dalam bahagian automasi secara umum sama ada untuk oil & gas, pembinaan, pengeluaran, automotif dan sebagainya. Exact Group kini memegang lebih daripada 20 kontrak penyelenggaraan dengan kebanyakan syarikat oil & gas utama di Malaysia. Mereka juga sedang menjalankan perkhidmatan gas monitoring untuk Gas Malaysia.

Persaingan antarabangsa

Favco adalah pemain industri antarabangsa dalam industri kren. Persaingan bisnes adalah dengan syarikat German, Perancis dan New York. Kren Favco dibuat di Senawang menggunakan teknologi mereka sendiri. Operasi Favco di rantau Asia juga membolehkan penghantaran dibuat dengan lebih cepat. Dari segi persaingan, Favco mendapat kelebihan dari segi kos pembuatan yang lebih murah dan lokasi yang lebih strategik.

Sekilas pandang ke pasaran dan kewangan

Prestasi kewangan Favco semakin bagus walaupun pasaran yang agak perlahan pada 9 bulan pertama 2018. Walaupun aktiviti oil & gas semakin banyak berbanding beberapa tahun terkini, namun   belum mencapai tahap yang memuaskan. 3 bulan terakhir 2018 pula memberikan pulangan yang baik pada jumlah kerja yang wajar.

Revenue pada tahun 2018 dicatatkan pada RM 531 juta iaitu hampir sama dengan tahun sebelumnya pada RM 526 juta. Revenue ini terdiri dari bisnes kren sebanyak RM 458 dan Exact Group sebanyak RM 73 juta. Ia menunjukkan bahawa bisnes kren mencatatkan revenue yang lebih rendah, namun CEO menjangka angka untuk kren akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan dengan tamatnya krisis oil & gas buat Favco.

Favco Financial Summary
Rumusan Laporan Kewangan Favco

Potensi lebih baik di masa depan

Dalam laporan kewangan, butiran kewangan dari Exact Group hanya mula dicatat sejak pertengahan tahun 2018, maka tahun hadapan akan menunjukkan angka revenue yang lebih banyak dalam laporan kewangan akan datang. CEO juga menjangka revenue akan meningkat untuk tahun 2019. Ini adalah berdasarkan pasaran kren yang akan menjadi lebih stabil dan jumlah buku pesanan sebanyak RM 637 juta setakat 29 Mac 2019. Revenue dari Exact Group pula dijangka sebanyak RM 120 hingga RM 140 juta untuk tahun kewangan yang penuh.

Favco menjangka pasaran yang lebih stabil pada masa hadapan. Dengan pemerolehan Exact Group, ia membolehkan kren Favco disepadukan dengan fungsi IoT. Namun buat masa ini, teknologi ini masih diteroka untuk kegunaan bisnes. Pasaran kren pula semakin bergerak ke arah sewaan berbanding jualan. Potensi sewaan juga adalah besar dan Favco melihat trend ini dalam pandangan yang positif.


< kembali ke laman blog utama