TUTORIAL

11-FEB-2020

Cara Semak Status Permohonan IPO dengan Maybank2u


 


Sebelum ni kami pernah tulis pasal cara beli IPO dengan Maybank2u. Mungkin ada juga yang dah pun mohon dengan panduan tu. Tapi lepas dah mohon IPO, dah tentu anda nak tahu sama ada permohonan berjaya ataupun tidak. Jadi anda boleh baca lebih lanjut untuk tahu cara semak status permohonan IPO tengan Maybank2u.

Tarikh cabutan saham

Pertama sekali anda kena tahu bila tarikh cabutan dibuat. Apabila sampai tarikh ini, cabutan akan dibuat untuk menentukan permohonan siapa yang berjaya dengan agihan berdasarkan jadual tier di sini. Bermula dengan tarikh ini, anda dah boleh semak permohonan melalui bank anda, ataupun Maybank khususnya dalam blog kali ni.

Semak dalam Maybank2u

Seperti biasa, anda kena login ke dalam akaun anda. Selepas login, pergi ke Apply > Investment.

Dari sini, anda perlu scroll ke bawah sikit untuk cari View IPO Status. Kemudian klik pada Apply Now.

Anda akan dibawa ke page “Application for View IPO Status”. Dari sini anda boleh lihat pada Share Name iaitu nama saham yang dipohon dan semak pada column Status.

status permohonan IPO - Maybank2u

Berdasarkan jadual ini, Reimburse Amount adalah jumlah yang dimasukkan semula ke dalam akaun bank (baki sebahagian yang tak berjaya dibeli). Manakala Partial/Successful Amount pula adalah nilai saham yang berjaya dibeli.

Untuk column Status pula, di bawah ini kami senaraikan kesemua status yang boleh terpapar dalam jadual permohonan anda, berserta penerangan status.

Status Penerangan
Pending Proses agihan masih berjalan
Unsuccessful Tidak berjaya dan belum dapat refund
Waiting list Berjaya dengan agihan sebanyak successful amount dan menunggu proses refund baki selebihnya
Auto reversed Berjaya dengan agihan sebanyak successful amount dan refund sebanyak reimburse amount
Cleared Berjaya dapat 100% daripada jumlah yang dipohon

Anda boleh dapatkan kepastian dengan semakan dalam rekod transaksi akaun bank anda dengan keterangan "MIDF/MIH Reimbursement". Semak jumlah amaun bayaran semula ke dalam akaun bank anda. Amaun ini adalah nilai saham yang tak berjaya dibeli.

Semak dalam Bursa Anywhere

Selepas cabutan saham dibuat, agihan saham akan dibuat untuk memasukkan unit saham yang berjaya ke dalam akaun CDS anda. Anda boleh semak unit saham yang dibeli dalam aplikasi Bursa Anywhere bermula tarikh agihan saham ini.

Semak dalam platform dagangan

Bermula tarikh agihan saham juga anda boleh semak unit saham dalam portfolio anda. Namun ianya hanya boleh didagang pada hari penyenaraian.

Nak jual atau pegang?

Strategi yang kami syorkan adalah jual pada market open pada hari penyenaraian. Namun, sekiranya anda yakin saham yang dibeli boleh pergi lebih jauh, anda boleh pegang mengikut strategi sendiri. Anda juga boleh lihat rekod prestasi IPO di page IPO Analysis sebagai rujukan.


< kembali ke laman blog utama