Sejak kembalinya musim IPO ni, ramai yang ingin memohon unit atau tier yang lebih tinggi untuk tingkatkan peluang agihan. Untuk mereka yang ada modal yang besar, benda ni mungkin mudah. Tapi apa yang boleh dibuat untuk mereka yang ada modal yang tak terlalu besar. Salah satu pilihan yang ada ialah menggunakan fasiliti Mplus IPO Financing. Dalam blog ni, iSaham akan akan menerangkan cara memohon IPO menggunakan IPO Financing yang ditawarkan di aplikasi M+ Global.
Apa itu IPO Financing?
IPO Financing adalah satu bentuk pembiayaan pelaburan di bawah Malacca Securities (Mplus) yang membolehkan pelabur meminjam dana tambahan untuk melanggan lebih banyak saham dalam sesuatu IPO. Dengan adanya pembiayaan ini, anda boleh meningkatkan peluang peruntukan dengan memohon jumlah atau tier yang lebih tinggi. Penerangan terperinci anda boleh membaca blog Mplus Global IPO Financing.
Siapa yang boleh memohon IPO Financing?
1. Semua pelanggan Mplus termasuk yang berdaftar bersama rakan remisier iSaham, Encik Anas Faris.
2. Mempunyai akaun yang aktif dengan baki dana dalam akaun trust yang melebihi kelayakan minimum.
| Leverage | Financing Ratio | Minimum Dana Diperlukan | Minimum Nilai Permohonan |
|---|---|---|---|
| 2x | 50% : 50% | RM 10,000 | RM 20,000 |
| 5x | 20% : 80% | RM 20,000 | RM 100,000 |
| 10x | 10% : 90% | RM 50,000 | RM 500,000 |
Cara Memohon IPO Financing Melalui Mplus Global
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Mplus Global
Pergi ke bahagian IPO yang anda ingin mohon. Klik "Subscribe"

Langkah 2: Pada bahagian "Subscription Method" klik pilihan "Financing".

Langkah 3: Financing Ratio
Pada bahagian ini anda akan dapat melihat Financing Ratio yang dibuka. By default, anda akan dipaparkan dengan pilihan 2x Leverage.

Bagi pelanggan yang berdaftar di bawah rakan remisier iSaham, Encik Anas Faris, untuk permohonan 5x Leverage & 10x Leverage anda perlu berhubung dengan team iSaham Support di Telegram: https://t.me/isahamsupport
Sertakan maklumat seperti berikut:
Client code:
Nombor akaun CDS Mplus:
Saham IPO:
Leverage:
Permohonan anda akan dihantar ke pihak Mplus dan option 2x akan berubah kepada 5x atau 10x berdasarkan permohonan anda. Contoh seperti di bawah:

Maklumat tambahan:
Penutupan atau pembukaan semula IPO Financing 2x/5x/10x adalah berdasarkan konsep first comes, first served. Anda perlu menyemak dari semasa ke semasa sekiranya ada pertambahan kuota dari pihak Mplus.
Untuk memastikan permohonan anda lebih lancar, kami amat menggalakkan anda memohon lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan menjelang tarikh tutup IPO dan juga memahami risikonya.
Langkah 4: Masukkan jumlah lot
Jumlah nilai lot saham yang dimasukkan perlulah melebihi jumlah minimum yang ditetapkan, iaitu lebih RM20,000 untuk 2x Leverage, RM100,000 untuk 5x Leverage, dan RM500,000 untuk 10x Leverage.
Lot yang dimasukkan juga perlu dibundarkan kepada nombor bulat seperti contoh yang diberikan.

Langkah 5: Semak caj yang dikenakan
Selepas anda masukkan jumlah lot yang ingin dimohon dengan IPO Financing, anda akan melihat butiran permohonan termasuk kos yang dikenakan.
Kos-kos ini akan disekalikan dalam jumlah caj (Financing Profit + SST) yang ditolak daripada akaun trust anda. Jadi, pastikan anda mempunyai baki trust yang cukup (principal + jumlah caj) sebelum memohon.

Anda boleh menggunakan kalkulator IPO Financing untuk membantu anda membuat pengiraan.

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, semua dana termasuk caj yang ditolak akan dikembalikan semula.

Langkah 6: Baca terma dan syarat kemudian klik "Subscribe"

Langkah 7: Sahkan Permohonan
Klik "I have read and agree to the IPO Subscription". Klik butang "Submit".

Langkah 8: Permohonan anda selesai.
Anda boleh menyemak status permohonan anda pada hari balloting.

Kesimpulan
Jadi, begitulah cara-cara untuk memohon IPO Financing yang ditawarkan Mplus. Inisiatif ini sewajarnya digunakan bagi memohon IPO yang berkualiti setelah anda membuat kajian bagi mengurangkan risiko caj tambahan dikenakan. Sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan team iSaham Support di Telegram: https://t.me/isahamsupport
FAQs
1. Siapa yang layak memohon IPO Financing?
Semua pelanggan Mplus termasuk yang berdaftar di bawah rakan remisier iSaham, Encik Anas Faris layak memohon tertakluk kepada baki minimum dan prinsip first come, first served.
2. Berapa baki minimum yang diperlukan untuk IPO Financing?
RM10,000 untuk 2x, RM20,000 untuk 5x dan RM50,000 untuk 10x Financing + jumlah caj.
3. Berapakah caj yang dikenakan?
By defaulf: Financing Amount x Financing Rate (8% p.a.) / 365 x Interest Bearing Days
Maklumat lanjut berkaitan kos boleh rujuk ke Mplus Global IPO Financing
4. Apa akan berlaku jika permohonan IPO saya tidak berjaya?
Jika tiada peruntukan diterima, pembiayaan dibatalkan dan wang termasuk caj yang dikenakan akan dipulangkan semula.
5. Siapa boleh dihubungi untuk 5x dan 10x Financing?
Hubungi iSaham Support untuk permohonan atau semakan.