TUTORIAL

12-MAY-2023

Cara Baharu Mendaftar Akaun CDS Mplus


 


Mplus telah melancarkan M+ Global yang membolehkan para pelabur untuk terlibat dalam pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.

Kini, pendaftaran akaun CDS Mplus dan akaun Mplus Global boleh dilakukan secara atas talian melalui satu pautan yang sama.

Blog ini akan menerangkan cara baharu mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global bagi anda yang belum mempunyai akaun CDS M+.

Secara ringkas:

  1. Untuk buka akaun CDS M+ dan akaun M+ Global, pergi ke pautan isaham.my/cds dan ikuti panduan yang dinyatakan dalam laman ini.
  2. WAJIB isi Invitation Code DVBJ pada borang M+ Global untuk mendapatkan akses iSaham Pro Global.
  3. WAJIB isi Invitation Code DVBJ pada borang M+ Global dan memilih jenis akaun Islamic Cash Account untuk mendapatkan akses iSaham Pro.
  4. Rujuk blog ini untuk langkah pendaftaran akaun secara terperinci.
Sumber: Mplus

Pendaftaran akaun CDS M+ dan akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier kami akan membolehkan anda mendapatkan manfaat akses iSaham Pro dan akses iSaham Pro Global. 

Untuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh mengikuti langkah yang dinyatakn dalam laman pendaftaran CDS kami.

Garis Mula: Laman CDS iSaham

Pada laman pendaftaran CDS iSaham, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:

Borang ini akan memudahkan kami untuk melakukan rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan iSaham Referral, anda boleh menulis nama wakil yang memperkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, anda boleh mengosongkan ruangan ini dan tekan butang Hantar.

Anda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Global. Sila baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya mendaftar melalui iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang Buka Akaun. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Global. 

Bahagian 1: Sign Up

Pada laman ini, anda perlu memasukkan emel atau nombor telefon untuk mendaftar. Pilih Email/User ID jika anda ingin mendaftar menggunakan e-mel atau pilih Phone Number jika anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon. 

Tekan butang Log in or Sign up untuk langkah seterusnya. 

Selepas itu, anda diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan pengesahan (confirmation code) melalui nombor telefon atau e-mel.

Masukkan kod pengesahan yang diterima melalui nombor telefon atau e-mel. Kemudian, cipta kata laluan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan teakn butang Sign Up.

Selepas itu, laman Account Opening Progress akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Tekan butang Continue untuk langkah seterusnya.

Bahagian 2: Contact Information

Isikan maklumat yang diperlukan. Maklumat Username akan digunakan sebagai User ID untuk log masuk ke akaun CDS M+.

Pada ruangan Invitation Code, pastikan anda mengisi kod DVBJ. Kod ini wajib diisi dan merupakan syarat untuk anda mendapatkan akses iSaham Pro dan akses iSaham Pro Global.

Bahagian 3: Market Account Type

Pada ruangan MY Market, tandakan pada kotak Islamic Cash Account bagi pasaran Malaysia. Jenis akaun ini merupakan syarat wajib untuk anda mendapatkan akses iSaham Pro

Pastikan anda juga menanda pada kotak US Market dan HK Market dan tidak menanda pada kotak Share Margin Financing Account. 

Nota: Bagi jenis akaun Islamic Cash, hanya saham Bursa Malaysia yang berstatus shariah sahaja yang dibenarkan untuk anda membuat dagangan. 

Bahagian 4: Identity Verification

Dalam bahagian ini, isikan maklumat yang diperlukan dan tekan butang Identify Verification untuk dibawa ke halaman yang mempunyai kod QR.

Anda perlu menggunakan telefon bimbit untuk mengimbas kod QR ini. Pastikan anda mempunyai internet yang stabil dan tidak menutup halaman ini sehingga proses pengesahan tamat. 

Selepas anda berjaya mengimbas kod QR, anda akan dibawa ke halaman yang memerlukan anda memuat naik gambar kad pengenalan (depan dan belakang) dan mengambil swafoto (selfie).

Pastikan anda menyemak nama penuh dan nombor kad pengenalan anda. Jika maklumat ini tidak betul, anda perlu tekan butang My Input Name or NRIC is incorrect. Jika maklumat ini betul, sila tekan butang Continue pada halaman ini. 

Bagi mengelakkan permohonan ditolak, anda boleh mengikuti panduan yang dinyatakan seperti di bawah:

Pastikan gambar kad pengenalan yang dimuat naik:

  • dalam format PNG, JPEG atau JPG 
  • jelas dan boleh dibaca
  • tidak gelap, tiada bayang dan sebarang pantulan cahaya pada gambar
  • tiada kesan gegaran daripada kamera
  • tiada sebarang gambar latar belakang lain 

Pastikan gambar swafoto yang diambil:

  • jelas dan tidak gelap
  • tiada kesan gegaran daripada kamera

Contoh pengambilan swafoto yang betul boleh dilihat pada contoh gambar di bawah:

Selepas anda berjaya melakukan proses pengesahan identiti, anda akan dibawa ke halaman log masuk untuk langkah selanjutnya.

Bahagian 5: Log In

Pilih Email/User ID dan masukkan User ID yang telah anda tetapkan dalam bahagian Contact Information sebelum ini. Kemudian, tekan butang Log in or Sign up.

Nota: Selepas anda berjaya log masuk, maklumat yang perlu diisi dalam bahagian-bahagian seterusnya perlu diisi dengan betul untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Bahagian 6: Identity Verification

Sekiranya pengesahan identiti anda berjaya, maklumat nama penuh anda, jenis dokumen dan nombor kad pengenalan anda akan dipaparkan. Tekan butang Next untuk langkah seterusnya. 

Bahagian 7: Personal Details

Dalam bahagian ini, anda perlu mengisi maklumat yang berkaitan dengan diri anda. Pastikan anda mengisi maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul.

Sekiranya status anda berkahwin, anda akan diminta untuk melengkapkan butiran pasangan. Sekiranya tidak, anda boleh melengkapkan butiran peribadi yang lain.

Dalam bahagian Race, anda boleh memilih pilihan mengikut panduan seperti di bawah:

  • Bumiputera - Melayu, Sabah atau Sarawak
  • Chinese - Cina
  • Indian - India
  • Foreigner - Jika pilih PR of Malaysia
  • Others - Bukan warganegara

Pastikan anda mengisi alamat yang didaftarkan adalah sama dan mengikut barisan alamat seperti alamat pada kad pengenalan anda. 

Bahagian 8: Employment and Spouse Details

Bagi butiran Estimated Net Worth, anda boleh meletakkan jumlah anggaran seperti jumlah anggaran Gross Annual Income. Jika anda tidak pasti, anda boleh memilih pilihan amaun terendah.

Nota: Bagi pemohon yang bergelar suri rumah atau tidak bekerja, anda boleh masukkan maklumat "Homemaker" pada ruangan Employment Status manakala bagi pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas, anda boleh masukkan maklumat "Retired".

Bahagian 9: Financial Profile

Dalam bahagian ini, anda perlu melengkapkan butiran bank dan memuat naik penyata bank. Anda boleh menggunakan maklumat mana-mana bank yang didaftarkan di bawah nama anda (pemohon) sendiri. 

Anda juga boleh merujuk blog cara mendapatkan penyata bank yang disediakan oleh team kami melalui pautan di bawah:

Pada ruangan ini, anda hanya perlu memuat naik potongan penyata bank yang mengandungi maklumat berikut:

  • Nama penuh pemegang akaun seperti kad pengenalan
  • Nombor akaun bank
  • Nama dan logo bank

Nota: Jangan screenshot keseluruhan skrin atau transaksi kewangan. Anda hanya perlu screenshot pada bahagian yang mengandungi butiran diri anda sahaja (rujuk gambar di bawah). Permohonan anda mungkin akan ditolak sekiranya perkara ini tidak dilakukan.

Bagi mengelakkan masalah yang mungkin berlaku ketika anda memuat naik fail penyata, anda boleh mengikuti panduan yang dinyatakan seperti di bawah:

  • pastikan fail dalam format yang ditetapkan
  • potongan screenshot mestilah mempunyai nama dan logo bank, nama pemegang dan nombor akaun bank
  • jelas, tidak gelap dan tiada bayang atau pantulan pada gambar
  • jika menggunakan penyata bank daripada cawangan bank, penyata mestilah mempunyai cop dan tandatangan pegawai bank.

Bahagian 10: Investment Risk Profile

Dalam bahagian ini, anda hanya perlu membuat pilihan mengikut toleransi risiko yang anda selesa. Selepas itu, tekan butang Next untuk bahagian seterusnya. 

Bahagian 11: Tax Residency

Isikan maklumat yang diperlukan mengikut kriteria yang menepati diri anda.

Bagi soalan pertama, pilih Yes sekiranya anda ada membayar cukai negara lain atau No jika sebaliknya. 

Bagi soalan Tax Identification Number (TIN) pula, pilih Yes sekiranya anda ada berdaftar dengan LHDN dan masukkan Tax ID atau pilih No jika anda tidak mempunyai akaun LHDN.

Jika anda memilih No pada soalan TIN tadi, anda perlu memilih sebab yang berkaitan. Untuk pilihan ini, anda boleh memilih pilihan C

FEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Anda boleh merujuk pautan di BNM ini untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya, jika anda mempunyai pinjaman peribadi melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan kedua (I have domestic ringgit borrowings ...). Jika tiada, boleh pilih pilihan pertama (I do not have domestic ringgit borrowings ...).

Bahagian 12: Declarations

Tandakan maklumat mengikut kriteria yang menepati diri anda. Kemudian, tekan butang Next untuk langkah selanjutnya. 

Bahagian 13: Agreement and Disclosure

Anda boleh membaca dokumen CDS Statement dan Terms of Service yang dilampirkan. Selepas itu, tandakan pada kedua-dua kotak dan tekan butang Sign and Submit.

Nota: Sebelum menghantar permohonan, pastikan anda membuat semakan nama remisier dan kod remisier di ruangan Dealer's Representative.

Bagi memastikan akaun CDS Mplus (M+ Online) dibuka bawah rakan kongsi remisier di iSaham, maklumat yang akan dipaparkan adalah nama remisier Anas Bin Ahmad Faris dan kod remisier R389.

Bahagian 14: Sign

Turunkan tanda tangan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang Confirm

Bahagian 15: Payment

Dalam bahagian ini, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM 11 sebagai yuran pembukaan akaun CDS M+. Pembayaran ini mestilah dilakukan melalui akaun bank yang didaftarkan di bawah anda (pemohon). Anda tidak boleh membuat pembayaran melalui akaun pihak ketiga (suami/ isteri/ saudara/ keluarga/ syarikat) kerana pembayaran melalui pihak ini akan menyebabkan permohonan akaun CDS M+ anda ditolak.

Tekan Proceed to Payment untuk meneruskan pembayaran.

Jika ada telah membuat pembayaran, proses pembukaan akaun CDS M+ dan M+ Global anda telah selesai. 

Anda akan menerima emel dan mesej daripada pihak Mplus apabila akaun anda telah berjaya diluluskan. Proses kelulusan akaun M+ Global biasanya mengambil masa sehingga 3 hari manakala proses kelulusan akaun CDS M+ biasanya mengambil masa sehingga 1 minggu.

Sekiranya anda mengalami kesulitan dalam mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global, boleh menghubungi team iSaham Support untuk bantuan.

 


< kembali ke laman blog utama