UMUM

28-APR-2021

Cara Membeli IPO Menggunakan CIMB Clicks


 


Ada tiga perkara yang anda perlu ada sebelum membeli IPO. Anda perlu ada akaun CDS, akaun bank, dan modal dalam bank. Dalam tutorial ini, kita akan lihat cara-cara membeli IPO menggunakan CIMB Clicks. Sebelum itu anda disarankan ikut panduan strategi IPO iSaham dulu sebelum membuat belian untuk mengoptimumkan modal pelaburan anda. Teruskan bacaan di bawah untuk cara membeli IPO menggunakan CIMB Clicks.

1. Log masuk ke CIMB Clicks

Pergi ke CIMB Clicks, masukkan User ID dan password untuk log masuk.

cimb clicks frontpage

2. Pergi ke Appy & Invest

Selepas login, anda akan dibawa ke Dashboard CIMB Clicks. Lihat di menu sisi kiri. Anda akan nampak menu Apply & Invest. Tekan Apply & Invest untuk lihat pelbagai servis yang ditawarkan dalam menu ini. Scroll sedikit ke bawah dan anda akan dapat lihat pilihan eIPO.

cimb clicks dashboard

3. Tetapkan CDS

Sekiranya ini adalah pertama kali anda menggunakan eIPO, tetapkan dahulu nombor CDS. Fungsi ini adalah untuk menyimpan nombor CDS anda dalam CIMB Clicks supaya memudahkan proses permohonan di masa akan datang. Kalau anda buat step ni, boleh langkau ke step 4, mengisi permohonan IPO.

cimb clicks cds maintenance

Di kotak menu eIPO, tekan pada butang bertitik tiga sebelah butang Invest. Menu CDS Maintenance akan keluar. Tekan link ini dan anda akan dibawa ke laman CDS Maintenance.

cimb clicks cds maintenance add cds

Sekiranya anda telah memasukkan akaun CDS sebelum ini, ia akan terpapar di laman CDS Maintenance ini. Untuk menambah akaun CDS baru ke dalam CIMB Clicks, tekan butang Add yang terletak di bawah kotak senarai ini.

cimb clicks cds maintenance submit cds

Masukkan 15 angka nombor CDS dan nama untuk disimpan untuk akaun CDS ini. Akaun CDS yang ingin dipautkan mestilah di bawah nama pemilik yang sama dengan akaun bank.

Sekiranya anda kurang yang mana nombor CDS anda, boleh lihat di post: Macam Mana Nak Cari Nombor Akaun CDS.

4. Mengisi permohonan IPO

Dari menu perkhidmatan Apply & Invest tadi, tekan butang Invest pada kotak eIPO. Anda akan dibawa ke laman eIPO. Pertamanya, anda akan ditanya sekiranya anda bukan pembayar cukai di negara luar, atau seorang warga Amerika. Pilih Yes jika anda menepati pernyataan ini atau No jika sebaliknya, dan tekan Submit.

cimb eipo tax declaration

Anda kemudiannya akan dibawa ke senarai IPO yang boleh dipohon. Tandakan [✓] pada saham yang ingin dibeli dan tekan Apply.

cimb clicks eipo application

CIMB akan bertanya satu senarai pengisytiharan. Tekan Yes sekiranya anda menepati pengisytiharan ini, pilih Yes dan tekan Agree & Apply untuk ke input permohonan IPO.

Dalam kotak input pembelian, masukkan berapa banyak lot saham yang ingin dibeli dalam bahagian bernombor (1) dalam gambar di bawah. Dalam bahagian (2), pilih nombor CDS dari senarai CDS yang disimpan dalam akaun CIMB Clicks anda. Untuk bahagian (3), pilih akaun bank yang berkaitan untuk permohonan ini. Dalam bahagian (4), isikan maklumat peribadi anda (seperti bangsa, alamat).

cimb eipo form

5. Semak, ubahsuai atau sahkan pembelian

Semak kesemua maklumat yang dimasukkan dari atas ke bawah. Semak jumlah saham, ianya dikira mengikut lot ('00 unit). Pastikan nombor akaun CDS betul dan nama yang sama dengan pemilik bank. Sekiranya tiada masalah, tekan Confirm.

cimb clicks eipo confirmation

6. Permohonan berjaya

Selepas tekan Confirm di langkah sebelum ini, anda akan lihat laman bertajuk eIPO Acknowledgement dengan status Successful.

cimb clicks eipo successful

Maka anda telah pun berjaya menghantar permohonan untuk membeli IPO. Proses permohonan IPO ini adalah berasaskan cabutan undi. Maka anda cuma perlu tunggu sehingga cabutan undi diumumkan.

7. Semak permohonan

Untuk CIMB, keputusan cabutan kebiasaannya sedikit lewat dari tarikh cabutan undi. Berikan masa beberapa hari selepas tarikh cabutan IPO dan boleh semak di Apply & Invest > Application Status > eIPO Application Status.

cimb clicks eipo application status

Anda akan dibawa ke laman eIPO Application Status. Namun, CIMB mungkin tidak begitu cekap dalam memaparkan status permohonan IPO ini. Anda akan lihat semuanya berstatus pending. Cara terbaik ialah untuk semak akaun anda sekiranya terdapat wang yang dikembalikan dari modal yang anda berhajat untuk laburkan ke IPO tadi.

Sekiranya wang anda dikembalikan sepenuhnya, bermakna permohonan anda gagal. Sekiranya sebahagian jumlah dipulangkan, bermakna anda telah berjaya mendapat sebahagian daripada jumlah yang dipohon.

cimb clicks eipo application status ipo list

< kembali ke laman blog utama