UMUM

04-SEP-2020

Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong


 


Bank Hong Leong adalah anak syarikat kepada Hong Leong Group yang merupakan konglomerat besar di Malaysia. Antara syarikat lain yang dimiliki oleh Hong Leong Group adalah Hong Leong Industries, Malaysian Pacific Industries, Southern Steel, Hume Industries dan beberapa lagi syarikat dengan nama Hong Leong dalam perkhidmatan kewangan.

Hong Leong Bank Berhad merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia dengan saiz syarikat bernilai RM 32.5 bilion. Di bawah ini adalah cara-cara untuk mendapatkan penyata kewangan sekiranya anda gunakan bank Hong Leong.

1. Login ke HL Connect

Pertama sekali yang anda perlu buat ialah login ke HL Connect.

hong leong connect frontpage

2. Pergi ke menu penyata

Anda akan dibawa ke dashboard HL Connect seperti di bawah.

hong leong bank dashboard

Dari dashboard, anda perlu lihat atas di bahagian menu. Tekan pilihan Statement / Invoice. Menu lanjutan akan terbuka dan pilih sahaja Online Statement.

hong leong menu - account statement

3. Muat turun penyata

Anda akan dibawa ke laman penyata online. Lihat pada akaun yang anda gunakan untuk kegunaan harian sama ada Savings atau Current Account. Tekan pada Download Statement di bahagian kanan untuk muat turun penyata terbaru. Sekiranya anda ingin tukar tempoh penyata untuk dilihat, boleh tekan pada anak panah kecil di sebelah butang tadi dan pilih View History.

hong leong statement download

Anda akan dibawa ke laman penyata dengan pilihan tempoh waktu yang ingin diperhatikan. Tekan butang Download Statement di bawah ruangan transaksi untuk muat turun penyata.

hong leong statement history

< kembali ke laman blog utama