UMUM

26-FEB-2020

Beli Saham: Masuk di Best Buy atau Best Sell?


FN    


Soalan nak beli di best buy atau best sell ni agak popular untuk pelabur-pelabur yang baru berjinak-jinak dengan saham. Maka kali ini kita akan bincangkan macam mana nak beli saham - adakah masuk di Best Buy atau Best Sell?

Perkara pertama yang anda kena buat ialah kaji saham dahulu. Lepas dah kaji saham menggunakan iSaham, maka baru lah merancang untuk beli. Tapi bila masuk ke page saham yang nak dibeli, ada banyak pula info yang memusingkan kepala. Ada panel senarai di sana, graf sini, Order Queue situ dan info keseluruhan di sinun dengan macam-macam nombor dan warna. Jangan panik, jangan cemas. Kita imbas lalu satu per satu.

Senarai Transaksi

Paparan utama laman saham akan menunjukkan senarai transaksi. Senarai ini akan menunjukkan setiap transaksi yang berlaku dengan maklumat seperti bilangan transaksi, masa, harga, volume, nilai dan indicator transaksi. Senarai ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda gambaran sekerap mana dan sebanyak mana saham ini didagangkan, melihat dari segi masa dan volume.

digi in mplus default interface

Warna juga memainkan peranan penting untuk menilai apa yang berlaku pada saham yang diperhatikan. Ada beberapa petunjuk warna yang digunakan dalam platform dagangan M+ Online ni dan maksudnya boleh dirujuk di bawah:

Perkara Warna Maksud
Harga Hijau Harga transaksi lebih tinggi dari harga tutup hari sebelum
Merah Harga transaksi lebih rendah dari harga tutup hari sebelum
Putih Harga transaksi sama dengan harga tutup hari sebelum
Volume Hijau Transaksi berpadanan dengan Best Sell
Merah Transaksi berpadanan dengan Best Buy
Ungu Transaksi bukan berpadanan dengan Best Buy atau Best Sell (contohnya padanan harga buka, harga tutup)

Order Queue

Di sebelah kanan laman saham, ada maklumat simbol saham, harga terkini, perubahan harga, carta volume-harga, dan pesanan yang beratur untuk saham ini. Di atas carta, anda akan nampak ruangan Best Buy dan Best Sell.

digi in mplus default interface

Melihat pada ruangan Best Buy dari kiri, anda akan lihat nombor berwarna kelabu yang membawa bilangan pelabur atau pesanan yang beratur. Seterusnya adalah nombor berwarna kuning yang mewakili jumlah volume yang beratur.

Di tengah jadual iaitu antara volume Best Buy dan Best Sell ialah harga beratur untuk belian dan jualan yang boleh jadi berwarna putih, merah atau hijau. Sama juga dengan penanda warna untuk harga di senarai transaksi tadi, putih adalah harga yang sama dengan harga tutup hari sebelumnya. Hijau adalah harga yang lebih tinggi dan merah adalah harga yang lebih rendah dari harga tutup tadi.

Urutan harga dalam Order Queue

Ruangan Best Buy akan susunkan harga paling tinggi di atas dan harga paling rendah di bawah. Sebaliknya, Best Sell menyusun harga dari paling rendah kepada paling tinggi, dari atas ke bawah. Simboliknya, permintaan paling tinggi diletakkan pada Best Buy tertinggi, dan tawaran paling murah diletakkan pada Best Sell tertinggi. Kedudukan paling atas ini boleh diandaikan sebagai tawaran permintaan dan bekalan pada harga terbaik untuk saham tersebut.

order queue

Maksud tawaran terbaik tadi ialah harga inilah yang akan dipadankan terlebih dahulu berbanding harga-harga yang beratur di bawahnya. Contohnya, apabila pesanan jualan diletakkan pada RM 2.50, pesanan ini akan dipadankan dengan Best Buy RM 2.51 terlebih dahulu walaupun pesanan jualan diletakkan pada RM 2.50. Sebaliknya untuk jualan, harga RM 2.52 yang akan dipadankan terlebih dahulu sehingga habis lot yang beratur untuk harga ini.

Untuk mendalami proses padanan harga saham, boleh baca:
Bagaimana Pesanan Saham Dipadankan

Bagaimana harga saham bergerak?

Apabila banyak permintaan untuk belian suatu saham, ramai pelabur akan membeli secara lebih agresif. Kecenderungan pelabur untuk membeli di Best Sell adalah lebih tinggi dan lot ini akan terus terjual dengan pesanan belian tadi. Sebagai contoh dari Order Queue tadi:

Asal: Harga semasa: RM 2.51

Best Buy Best Sell
20 1,143 2.510 2.520 344 10
15 435 2.500 2.530 708 9
6 134 2.490 2.540 471 5
5 123 2.480 2.550 1,276 12
3 19 2.470 2.560 1,512 12

Kita ambil contoh pesanan yang asal di atas. Katakan input baru dimasukkan dengan belian pada RM 2.52 sebanyak 350 lot.

Input: Beli pada RM2.52, 350 lot

Hasil: Harga semasa: RM 2.52

Best Buy Best Sell
1 6 2.520 2.530 708 9
20 1,143 2.510 2.540 471 5
15 435 2.500 2.550 1,276 12
6 134 2.490 2.560 1,512 12
5 123 2.480

Dalam contoh yang dibuat di atas, pesanan belian sebanyak 350 lot telah dihantar sebagai input. Pada Best Sell, sebanyak 344 lot sedia dijual dan akan dipadankan dengan input tadi. Baki sebanyak 6 lot tidak lagi dapat dipadankan kerana kehabisan tawaran jualan pada harga tersebut. Pesanan belian tadi pula akan menunggu untuk jualan diletakkan pada harga RM 2.52 tadi.

Apabila lot Best Sell habis dijual, maka permintaan akan berlaku pada Best Sell seterusnya iaitu pada harga yang lebih tinggi. Sekiranya momentum ini berterusan, harga akan terus menaik kepada tawaran Best Sell yang seterusnya. Inilah mekanisme di sebalik kenaikan harga saham. Dari segi fundamental pula, mungkin terdapat berita yang menyebabkan pelabur menjadi optimis terhadap saham tersebut.

Masuk di Best Buy atau Best Sell?

Akhirnya, kita kembali semula pada soalan asal - adakah kita beli di Best Buy atau Best Sell? Jawapan yang sebenar adalah masuk pada paras support. Namun, ada masanya anda akan merasakan support yang dipelajari selama ini berada agak jauh dari harga semasa. Dalam kes ini, anda boleh cari intraday support.

Dari segi maksud masuk di Best Buy itu sendiri, anda sebenarnya beratur bersama-sama pelabur lain yang ingin membeli saham. Di sini, anda menunggu jurujual untuk datang kepada anda untuk tawarkan jualan mereka. Jika masuk di Best Sell, anda ibarat terus berjumpa dengan jurujual untuk selesaikan urusniaga.

Ada masanya, bila beratur di Best Buy, volume pesanan yang beratur adalah sangat banyak (juga disebut tebal). Kalau rasa volume agak tebal untuk sampai pada giliran anda, boleh lah beli secara agresif iaitu beli di Best Sell sekiranya anda memang optimis dengan saham yang dikaji.


< kembali ke laman blog utama