TUTORIAL

6-SEP-2019

Bagaimana Pesanan Saham Dipadankan?


 


puzzle matching

Order matching atau pemadanan pesanan adalah ketika saham yang anda pesan sudah berjaya dibeli atau dijual kepada pemegang saham yang lain. Pemadanan ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria dan mengikut keutamaan dalam queue. Kali ini, kita akan lihat lebih mendalam tentang cara pemadanan pesanan ini.


Keutamaan mengikut harga dan masa


Setiap pesanan (order) yang ditempatkan dalam buku pesanan (order book) mempunyai keutamaannya mengikut harga pesanan dan masa pesanan dibuat. Sesebuah pesanan boleh diletakkan pada harga yang sama, namun bukan detik masanya yang terdiri daripada tarikh dan waktu. Maka untuk suatu harga yang sama, keutamaan diberikan kepada yang lebih awal membuat pesanan.

Keutamaan pesanan mengikut harga di buku pesanan pula adalah seperti berikut:

Sebelah Belian Sebelah Jualan
Keutamaan mengikut harga tertinggi kepada terendah Keutamaan mengikut harga terendah kepada tertinggi

Pesanan boleh dipadankan dengan harga lain


Untuk pelabur runcit, jenis pesanan yang dimasukkan adalah dinamakan sebagai Limit Order. Pesanan ini bermaksud harga yang dimasukkan adalah harga yang paling tinggi untuk belian, dan yang paling rendah untuk jualan. Dalam erti kata lain, harga pesanan yang anda masukkan akan menjadi seperti bajet untuk belian, atau harga paling murah yang anda sanggup jual. Transaksi tidak semestinya berlaku pada harga yang anda masukkan dan boleh dipadankan kepada lebih daripada satu harga. Untuk memahami lebih lanjut, kita akan lihat beberapa contoh.


Contoh Situasi


Situasi 1

Sebelum Transaksi:

Buku Pesanan Belian Buku Pesanan Jualan
# Pesanan Kuantiti Harga Harga Kuantiti # Pesanan
001 20 7.00 7.10 5 003
002  10 6.50  7.20 10 004
      7.50 5 005

Input Transaksi: Pesanan belian #006 pada harga 7.20, kuantiti 20

Output:

Nota: Pesanan #003 dipadankan terlebih dahulu kerana keutamaan dari segi harga. Kemudian diikuti dengan pesanan #004. Pesanan #005 tak dipadankan kerana melebihi had harga belian maksimum 7.20

Selepas transaksi:

Buku Pesanan Belian Buku Pesanan Jualan
# Pesanan Kuantiti Harga Harga Kuantiti # Pesanan
006 5 7.20 7.50 5 005
001 20 7.00      
002  10 6.50       



Situasi 2

Sebelum Transaksi:

Buku Pesanan Belian Buku Pesanan Jualan
# Pesanan Kuantiti Harga Harga Kuantiti # Pesanan
001 20 6.50 9.00 5 003
002  10 6.00  9.50 10 004

Input Transaksi: Pesanan jualan #005 pada harga 6.00, kuantiti 30

Output:

Selepas transaksi:

Buku Pesanan Belian Buku Pesanan Jualan
# Pesanan Kuantiti Harga Harga Kuantiti # Pesanan
      9.00 5 003
      9.50 10 004

Situasi dunia sebenar


TM order book

Anda mungkin akan lebih faham bila lihat pada situasi sebenar. Merujuk kepada buku pesanan di atas, kami akan tuliskan contoh-contoh input dan output yang akan terjadi.

Input Output
Beli pada harga 4.45, kuantiti 10 Padanan penuh pada harga 4.42
Beli pada harga 4.41, kuantiti 10 Tiada padanan, harga menjadi 'Best Buy' teratas
Beli pada harga 4.40, kuantiti 10 Tiada padanan, beratur pada harga 4.40
Jual pada harga 4.48, kuantiti 10 Tiada padanan, beratur pada harga 4.48
Jual pada harga 4.35, kuantiti 1000 Padanan penuh dengan 465 padanan pada 4.40, 386 padanan pada 4.39, 149 padanan pada 4.38

< kembali ke laman blog utama