TEKNIKAL

31-JUL-2018

Beli pada Permulaan Trend Menaik


 


Permulaan Uptrend

Ada pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan dalam saham seperti membeli pada fasa raging bull dimana saham terus menaik dan menaik, juga membeli pada fasa saham menurun dengan kaedah bottom fishing (tidak disarankan untuk beginner) dan strategi membeli saham dalam fasa mendatar sideway.

Setiap strategi mempunyai emotional experience yang berbeza dan sesuai mengikut jenis profil masing-masing. Strategi membeli saham yang menaik dan menaik (uptrend) ialah strategi yang dinamik dan versatile dan sesuai digunakan oleh hampir kesemua pelabur kerana sifat uptrend yang tidak memeningkan pelabur sekiranya jatuh, dan kekuatan membelian yang boleh terus menerus menaikkan harga saham.

Strategi membeli saham menurun ialah strategi paling berisiko dan bahaya kepada pelabur baru kerana dikhuatiri sekiranya harga saham terus jatuh, pelabur baru tidak tahu bagaimana nak respon dengan cut loss dan akhirnya terus peram dan peram.

Salah satu strategi yang kami sangat sarankan ialah membeli sejurus selepas saham keluar dari fasa sideway (dibincangkan secara ringkas di post yang lepas - 3 Strategi Membeli Saham Sideway) dan memasuki fasa permulaan uptrend. Dengan menggunakan strategi ini, pelabur dapat mengurangkan potensi beli harga terlalu tinggi, dan lebih yakin dengan pembelian kerana momentum penurunan sudah pun pudar.

Kelebihan strategi ini ialah sekiranya anda berjaya membeli pada permulaan uptrend, potensi kenaikan harga saham sangat tinggi, dan apabila saham berjaya naik ke peringkat seterusnya dan seterusnya, anda boleh hold dengan lebih tenang, sebab kebarangkalian jatuh semula ke bawah harga belian agak rendah.

Strategi ini nampak mudah dipraktikkan tetapi sebenarnya betul-betul menguji disiplin entry pelabur, sebab seringkali harga saham bergerak dalam keadaan "sekejap nampak macam nak naik, sekejap macam nak turun", menyebabkan emosi pelabur terkacau dan akhirnya tidak membeli pun saham-saham ini. Kalau tak sempat beli, selalu menyesal bila dah naik banyak dan time tu baru la mula nak tekan beli dan akhirnya sangkut.

Bagaimana cara detect saham-saham dalam fasa permulaan uptrend? Selalunya saham akan menunjukkan pattern-pattern berikut:

1. Breakout downtrend line (DTL) - Kelas TA Level 1.

2. Breakout mid term uptrend (XMA50) - Kelas TA Level 2.

3. Breakout chart pattern - Kelas TA Level 3.

Sekiranya salah satu atau kesemua pattern diatas boleh dilihat, maka jangan tunggu emosi buat keputusan untuk anda, tetapi anda yang buat keputusan untuk masuk ke dalam saham-saham ini sebelum terlambat. Ini bukan seruan membeli (buy call) tetapi idea perdagangan (trading idea).

Permulaan Uptrend

Dalam contoh diatas, market kita (FBMKLCI) baru sahaja berjaya melepasi mid term uptrend (XMA50), seakan-akan boleh berlaku keadaan yang sama seperti XMA50 pada dua sesi sebelum ini. FBMKLCI juga berjaya breakout dengan pattern double bottom pada kali ini (sebelum ini breakout rounding bottom, H&T pattern dan juga sebelum itu lagi breakout double bottom). Market perlu melepasi 1800 (DTL) untuk terus membara keatas.

Antara screener yang anda boleh rujuk untuk strategi ini ialah Price cross MA50, Rounding Bottom, dan Mid Term Sideway.

*Breakout - melepasi paras resistance


< kembali ke laman blog utama