FUNDAMENTAL

16-JUL-2018

3 Strategi Membeli Saham Sideway


 


Ada 3 jenis trend dalam market iaitu uptrend (menaik), sideway (mendatar), downtrend (menurun). Kami selalu tekankan betapa pentingnya memberi fokus kepada saham uptrend (saham dalam keadaan menaik).

Antara sebabnya ialah untuk mengelakkan peram kerana kesilapan bottom fishing, kesilapan menganggap saham jatuh itu diskaun, dan saham yang mempunyai momentum menaik, selalu lebih mudah dan cepat menaik.

Fokus kali ini ialah pada saham sideway. Saham sideway ialah saham dalam keadaan mendatar dimana kenaikan dan penurunan harga berada di paras lebih kurang sama.

Apakah strategi yang berkesan untuk membeli saham sideway?

1. Beli saham fundamental yang bagus dalam keadaan sideway - Untuk mengelakkan bias bila harga saham naik baru nampak fundamental & untuk mengelakkan bias bila harga turun rasa diskaun saja - akan dikupas lebih lanjut dalam post akan datang

2. Beli saham uptrend untuk jangka masa lebih panjang, dan sideway untuk jangka masa lebih pendek - Contoh (long term uptrend, mid term sideway) atau (mid term uptrend, short term sideway) untuk mendapatkan entry yang selamat dan tenang dan mengelakkan sangkut diatas

3. Beli saham yang baru bangkit selepas lama tidur - saham permulaan uptrend selalu boleh memberi pulangan yang lumayan dan kebangkitan tidak akan berlaku tanpa belian yang kuat dari bawah.

Antara contoh saham yang baru bangkit selepas tidur ialah POS, TAMBUN dan PIE.

Tambun Sideway Pos Sideway Pie Sideway

Untuk mencari saham-saham sideway, anda boleh dapatkan di screener baru iSaham:



1. Long Term Sideway Screener

2. Mid Term Sideway Screener

3. Short Term Sideway Screener

Boleh gabungkan screener sideway ini dengan strategi dan kaedah masing-masing. Contohnya, gabungkan volume untuk smart money semasa saham dalam keadaan sideway dan sebelum saham terbang.


< kembali ke laman blog utama