UMUM

02-NOV-2021

Belanjawan 2022 - Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera


 


Saban tahun, setiap rakyat di Malaysia akan dihidangkan mengenai intipati bajet belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia. Belanjawan ini ibarat satu tonik perancangan yang bakal memberikan manfaat kepada urus tadbir negara. Bajet 2022 memperuntukkan sebanyak RM 332.1 bilion, merupakan jumlah terbesar dalam sejarah belanjawan negara.

Bajet kali ni telah dirangka dengan mendapatkan maklum balas daripada sesi perbincangan, cadangan diterima sebanyak 50 ribu melalui portal Bajet 2022 dan 80 sesi sumbang saran melibatkan ahli-ahli Berhormat tanpa mengira pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Matlamat utama belanjawan 2022

Matlamat utama Belanjawan 2022

Bajet 2022 didokong berdasarkan Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Matlamat bajet kali ni kekal dengan 3 Fokus Induk: 

Peruntukan Belanjawan 2022

jumlah peruntukan belanjawan Malaysia 2022

Keseluruhan : RM 332.1 bilion

Penerima tertinggi:

Paras Garis Kemiskinan 

Untuk memelihara kebajikan golongan rentan, syarat kelayakan kebajikan telah dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 sebanyak RM 1,169 berbanding sebelum ini PGK 2016 iaitu RM 980. Oleh itu, kenaikan PGK ini menyebabkan lebih ramai golongan layak menerima bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan kewangan 2022. Sebanyak RM 2.4 bilion disediakan sebagai pemberian bantuan kebajikan yang memberi manfaat kepada lebih 440 ribu isi rumah.

Dana Covid-19 diteruskan

bajet sektor kesihatan

Kerajaan telah meperuntukkan 4 billion ringgit untuk menangani wabak pandemik Covid-19. Ia merangkumi 2 bilion ringgit bagi membiayai program vaksinasi. Manakala baki 2 bilion ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan dan meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti

Selain itu, kerajaan berhasrat melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19. Pengenalan ini adalah salah satu cara kerajaan mencegah dan melawan Covid-19.

Pasaran industri dan pelaburan

bajet 2022 galakan pelaburan

Dalam meningkatkan semula ekonomi di kala menghadapi pandemik Covid-19, kita dapat lihat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui bajet ini. Kerajaan telah memperuntukkan dana khas pelaburan strategik sebanyak RM 2 bilion bertujuan menarik pelaburan asing strategik terutamanya dalam kalangan syarikat multinasional.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga menyediakan dana sebanyak RM 25 juta untuk menghasilkan pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport baharu melalui "Misi Perdagangan dan Pelaburan".

Bagi tahun 2022 Sabah dan Sarawak telah menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 5.1 bilion ringgit dan 4.5 bilion ringgit. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan. Daripada keseluruhan peruntukan ini, sebahagian besar iaitu 1.5 bilion ringgit disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak.

Sektor Industri yang terlibat

Melalui bajet belanjawan yang dibentangkan, ada beberapa sektor syarikat yang anda boleh kaji berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.

Program Imunisasi Covid-19

bajet 2021 cukai farmaseutikal

Pihak kerajaan telah komited dengan memperkasakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan membekalkan dos ketiga. Dos ketiga ini diguna sebagai vaksin penggalak kepada golongan dewasa dan juga kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Oleh sebab itu, kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos tambahan meliputi sekitar 140 peratus penduduk. Ia juga mencukupi untuk pemberian dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun ke atas.

Sektor terlibat: Farmaseutikal

Amalan Rendah Karbon

Bajet 2022 amalan rendah karbon

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menyatakan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada karbon menjelang tahun 2050. Bagi memenuhi hasrat ini, inisiatif Volutary Carbon Market akan diperkenalkan di bawah kelolaan Bursa Malaysia. Ia akan bertindak sebagai platform sukarela bagi dagangan kredit karbon antara pemilik aset hijau dengan mana-mana syarikat yang ingin ke arah amalan rendah karbon.

Selain itu, kenderaan elektrik berupaya meminimumkan pencemaran asap kenderaan ke udara dengan menggunakan teknologi energy efficient vehicle. Pasaran EV semakin mendapat permintaan dalam kalangan negara maju. Oleh sebab itu, kerajaan telah melihat potensi segmen EV ini dengan memperkenalkan dan menyokong pembangunan industri EV tempatan. Antaranya:

Sektor terlibat : Electric Vehicle

Projek pembangunan infrastruktur

Bajet 2022 projek pembangunan infrastruktur

Dalam bajet kali ni, kerajaan telah meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara sebanyak RM 3.5 bilion, antaranya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan Central Spine Road. Seterusnya, juga meneruskan projek kecil dan sederhana  bernilai RM 2.9 bilion yang memberi manfaat kepada kontraktor kelas G1 dan G4 di seluruh negara.

Kerajaan juga memperuntukkan RM 2.5 bilion untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah. Daripada jumlah ini, hampir RM 1.5 bilion akan digunakan untuk pembangunan projek jalan luar bandar dan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer. Ia bakal memberi manfaat hampir 130 ribu penduduk setempat.

Sektor terlibat : Pembinaan, Property

Peluasan perkhidmatan 5G

Peluasan perkhidmatan 5G

Pengenalan perkhidmatan 5G akan mengubah landskap dan mencetuskan teknologi baharu terutamanya kepada pengguna mengakses maklumat di laman sesawang dengan lebih baik serta pantas. Bukan setakat itu sahaja, ia berupaya merapatkan jurang digital dan mecipta peluang pekerjaan.

Menjelang tahun 2022, perkhidmatan 5G ini akan diperluaskan sebanyak 36% di beberapa kawasan kepadatan tinggi terutamanya di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sektor terlibat: Kelengkapan telekomunikasi, Penyedia perkhidmatan telekomunikasi

Pemulihan semula sektor pelancongan

Pemulihan semula sektor pelancongan

Dalam bajet kali ni, kerajaan memperuntukkan dana sekitar RM 1.6 bilion dalam industri pelancongan. Kerajaan juga mengecualikan duti hiburan termasuklah hiburan di taman tema dan panggung wayang di kawasan Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan sehingga 31 Disember 2022. 

Sektor terlibat: Pelancongan

Pasaran Bursa Malaysia

Terdapat juga beberapa langkah dan inisiatif yang melibatkan pasaran Bursa Malaysia adalah seperti berikut:

Secara keseluruhannya, belanjawan yang dibentangkan diharapkan jadi penawar dan memulihkan semula ekonomi negara di sebalik ancaman pandemik Covid-19. Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan berkembang antara 3 hingga 4 peratus pada tahun ini.


< kembali ke laman blog utama