UMUM

12-NOV-2020

Bagaimana Operator Memanipulasi Pasaran Saham


 


Pasaran saham merupakan antara saluran pelaburan yang boleh memberikan sebuah pulangan yang banyak. Potensi pulangan daripada pelaburan ini adalah tak terhingga, namun begitu juga boleh dikatakan dengan risiko yang ada. Oleh itu, dunia pasaran saham ini tidak terlepas dari penglibatan pihak yang ingin mengawal pasaran. Mereka memanipulasi pasaran supaya ia bergerak seperti yang dikehendaki dan sudah tentu untuk meraih keuntungan dari pergerakan ini.

Saham yang mudah dimanipulasi

Micro Cap

manipulasi micro cap

Dalam kebanyakan kes, saham yang dicari oleh pemanipulasi pasaran atau juga disebut sebagai operator ialah saham-saham yang bersaiz kecil. Saiz syarikat boleh dilihat pada Market Capitalization atau Market Cap yang dikira berdasarkan jumlah saham dalam syarikat dan harga sesaham.

Sesebuah syarikat yang mempunyai Market Cap yang rendah seperti RM 100 juta dan ke bawah adalah lebih mudah untuk digerakkan. Saham ini dikategorikan sebagai Micro Cap dan menjadi target operator untuk dimanipulasi. Bilangan saham dalam kategori ini juga bukan sedikit yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Saham berspekulasi

manipulasi spekulasi

Kebanyakan saham yang bagus mempunyai satu liputan yang aktif dari pihak penganalisa saham. Maka pelabur mempunyai sebuah perspektif yang agak konsisten untuk saham-saham ini. Namun kebanyakan saham syarikat bersaiz kecil tidak menerima liputan analisis seperti ini. Maka ia terdedah kepada pelbagai andaian dan khabar angin yang boleh jadi berdasarkan berita palsu.

Saham bervolume rendah

manipulasi spekulasi

Saham yang kurang didagangkan mempunyai kecenderungan untuk dimanipulasi. Bayangkan sekiranya kita mempunyai dua akaun dagangan, dan kita berdagang dalam saham yang tidak bertransaksi. Kita boleh jual dan beli dengan diri sendiri. Namun kebiasaannya volume beratur sentiasa ada, walaupun sedikit. Dengan volume yang kecil ini, modal yang kecil sahaja diperlukan untuk menggerakkan harga saham.

Siapakah Operator?

Operator ialah satu sebutan yang digunakan kepada pihak yang mempunyai kuasa membeli yang besar dan mampu menggerakkan pasaran. Pihak ini boleh jadi sama ada individu, organisasi, sindiket atau insider (orang dalam).

Cara Pasaran dimanipulasi

Seperti yang disebut tadi, saham dimanipulasi supaya operator ini boleh mendapatkan keuntungan. Dalam kes ini, operator itu mestilah memiliki saham tersebut terlebih dahulu sebelum mereka operasi mereka dijalankan. Pegangan ini dikumpul dalam satu jangka waktu yang tertentu.

Sekiranya harga saham semakin menurun, operator ini boleh menambah pegangan untuk "average down" kos pegangan mereka pada harga yang rendah. Apabila mempunyai pegangan yang banyak, maka mereka bertindak dengan menyebarkan berita palsu untuk meningkatkan keyakinan terhadap syarikat ini. Ini bertujuan tak lain untuk mewujudkan persepsi yang optimis supaya harga saham semakin naik.

saham permainan operator

Apabila harga saham sudah cukup tinggi, maka mereka boleh jual saham ini pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Situasi ini bukan suatu yang asing dalam pasaran, dan ia dipanggil sebagai "pump and dump".

Adakah mengikut operator strategi yang baik?

Kebiasaannya saham yang dimanipulasi ini berada dalam kategori micro cap. Secara umumnya, saham ini bukanlah yang terbaik. Banyak lagi saham yang boleh memberikan keuntungan dan kenaikan secara konsisten dalam market cap yang lebih besar. Operator yang memanipulasi pasaran ini tidak mengenal anda. Maka apabila mereka jual pegangan mereka, sekelip mata sahaja harga saham boleh turun tanpa menunggu anda.

Satu cara yang kami boleh cadangkan ialah untuk tidak mengikut kaunter-kaunter seperti ini. Anda boleh rujuk pada Manipulation Indicator yang kami sediakan dalam page setiap saham untuk mengenal saham yang mudah dan susah dimanipulasi.

isaham manipulation indicator

< kembali ke laman blog utama