UMUM

15-FEB-2021

Axiata - Syarikat Telekomunikasi Gergasi dari Malaysia


 


axiata profile picture

Axiata merupakan syarikat telekomunikasi dari Malaysia yang memberikan perkhidmatan data kepada telefon bimbit di Malaysia dan di negara-negara berikut:

  1. Bangladesh (Robi)
  2. Kemboja (Smart)
  3. India (Vodafone)
  4. Nepal (Ncell)
  5. Indonesia (XL)
  6. Malaysia (Celcom)
  7. Sri Lanka (Dialog)

Nama syarikat yang berada dalam kurungan di atas merupakan syarikat tempatan di negara tersebut di mana Axiata mempunyai kepentingan saham yang signifikan. 

axiata profile picture 2

Sejarah Axiata

Axiata sebenarnya dahulu merupakan syarikat Telekom Malaysia, iaitu dikenali sebagai TM International Berhad yang ditubuhkan pada 1992 merupakan cabang mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia. Di Malaysia, Axiata lebih dikenali dengan nama Celcom, iaitu anak syarikatnya. Celcom pula popular dengan kempen pemasarannya: "Ini Wilayah Celcom". Susulan kempen itu, Celcom dikenali sebagai syarikat telekomunikasi yang memberikan capaian atau liputan internet dan telefon yang terbaik.

CEO yang meneraju Celcom di kala syarikat telekomunikasi ini mencatatkan keuntungan yang membanggakan merupakan Shazalli Ramli, seorang alumni UiTM.

Operasi Serantau Axiata

Axiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Thailand dan Iran.

Axiata mempunyai visi untuk menjadi syarikat digital menjelang 2024. Ini termasuk menjadi syarikat infrastruktur digital iaitu membina menara-menara telekomunikasi. Pada hari ini terdapat 150 juta pelanggan Axiata. Pada 2008, hanya 40 juta pelanggan.

Sehubungan dengan itu, pertambahan pelanggan itu disumbangkan oleh pelanggan data dan bukannya pelanggan suara sekaligus menjadikan Axiata syarikat digital.

peta axiata

Keputusan Kewangan Axiata

Pada Q3 2020, Axiata telah mencatatkan keuntungan 353 juta ringgit. CEO barunya, Dato' Izzaddin berkata, akibat fenomena kerja dari rumah dan juga digitisasi SME, perniagaan data Axiata akan berkembang maju. Hal ini kerana akan terdapat lebih banyak permintaan untuk internet yang dibekalkan Celcom. Ini termasuklah telefon bimbit korporat yang pelanggannya membeli pelan data dari Celcom.

axiata keputusan kewangan

Rumusan

Axiata beroperasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Thailand, dan Iran. Selain dari menyediakan perkhidmatan data, Axiata terlibat dalam perniagaan membina menara telekomunikasi melalui edotco. CEO juga mengatakan prospek masa depan Axiata adalah sangat cerah kerana faktor seluruh dunia beralih kepada bekerja dari rumah dan menggunakan lebih data.


< kembali ke laman blog utama