ASAS

25-FEB-2020

Asas Analisis Fundamental dan Teknikal


 


Analisis saham terbahagi kepada dua aspek utama iaitu analisis fundamental dan teknikal. Kedua-dua aspek ini mempunyai perspektif berbeza untuk membantu kita buat keputusan pelaburan. Dalam tajuk ini, anda akan belajar asas mengenai kaedah analisis ini dan bagaimana menggunakan analisis tersebut menggunakan iSaham.

Analisis Fundamental

Analisis fundamental ialah kaedah mengkaji nilai sebenar atau nilai wajar (fair value) suatu saham. Dalam analisis untuk pembelian saham, ia digunakan untuk mencari saham yang berada di bawah nilai sebenar pasaran. Kaedah ini melibatkan kajian segala faktor yang boleh menyumbang kepada nilai saham seperti situasi ekonomi, pihak pengurusan syarikat, kedudukan kewangan, ratio kewangan dan sebagainya.

Dalam iSaham, anda boleh lihat data fundamental syarikat pada bahagian iSaham Fundamental Trend dan Financial Ratios di bawah carta saham. Dari situ, anda boleh kaji financial consistency, peratusan peningkatan pendapatan, keuntungan, pulangan pelaburan dan sebagainya.

Anda juga boleh cari saham yang mempunyai fundamental yang bagus dengan menggunakan screener dalam iSaham. Antara screener yang anda boleh tengok adalah Fundamental Score dan screener-screener dalam kategori Value Screeners.

Analisis Teknikal

Analisis Teknikal pula ialah kaedah mengkaji pergerakan carta saham untuk menjangka pergerakan saham ke hadapan. Kaedah ini menumpukan perhatian kepada sejarah pergerakan saham dengan mengambil kira harga dan volume transaksi. Berdasarkan carta saham, kawasan support dan resistance boleh dikenal pasti untuk dijadikan sebagai isyarat untuk titik masuk atau titik keluar pegangan saham.

Support dan resistance ini merupakan suatu kawasan yang dianggap sebagai lantai atau siling dalam pergerakan saham. Konsep ini dapat membantu pelabur supaya tak terbeli saham yang mendekati kawasan siling di mana pergerakan saham itu cenderung untuk menghadapi kesukaran menaik.

Selain support dan resistance, pelbagai lagi sudut analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengkaji suatu saham syarikat. Antaranya Moving Average, Bollinger Band, Ichimoku dan pelbagai lagi istilah-istilah yang akan dibincangkan pada waktu akan datang. Isyarat-isyarat teknikal ini dipaparkan dalam bahagian Trading Signals

Dalam iSaham, anda boleh lihat screener-screener teknikal dalam Moving Average Screener, Indicator Screener, Sideway Screener dan pelbagai lagi dari senarai screener kami. Sekiranya anda ingin mencari saham yang mempunyai kekuatan teknikal yang baik pula, boleh cari berdasarkan Technical Score.

Perbandingan analisis fundamental dan teknikal

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan analisis saham dari segi fundamental dan teknikal.

Kriteria Fundamental Teknikal
Bentuk kajian Latar belakang syarikat dan perniagaan secara menyeluruh Pergerakan carta harga saham
Matlamat Membeli saham yang di bawah harga pasaran Membeli saham yang berpotensi bergerak lebih tinggi
Tokoh terkenal Warren Buffett, Peter Lynch John Bollinger, Dan Zanger

Bagaimana menggunakan instrumen analisis saham

Sekarang ni kita dah tahu apa itu analisis dari aspek teknikal dan fundamental. Tapi macam mana nak guna dalam analisis saham? Pertama, kita kena tahu bahawa tak ada satu cara mutlak untuk mengkaji saham. Namun, ramai tokoh-tokoh pelabur besar yang membuat nama dengan menggukan analisis fundamental, antaranya Warren Buffett, Peter Lynch, Benjamin Graham dan Joel Greenblatt. Antara tokoh yang membuat nama dengan analisis teknikal pula adalah Dan Zanger dan John Bollinger.

Dalam iSaham, kami berikan pemarkahan untuk setiap saham dari segi fundamental dan teknikal. Dari pemarkahan ini, anda boleh cari syarikat yang mempunyai skor yang tinggi supaya anda pilih saham yang bagus. Dengan ini, anda boleh kurangkan risiko daripada beli saham syarikat yang kurang bagus. Pun begitu, untuk optimumkan pelaburan, haruslah kita cari entri yang bagus. Inilah datangnya analisis teknikal untuk memudahkan kita cari entri tersebut.


< kembali ke laman blog utama