FUNDAMENTAL

5-OCT-2018

6 Kategori Saham Menurut Peter Lynch


 


Work investment

Saham ialah sebahagian daripada pemilikan aset dalam sesebuah syarikat. Nilai satu unit saham bergantung kepada saiz syarikat dan prestasi sesebuah syarikat serta berkait rapat dengan yang lain di dalam sebuah industri. Selain daripada itu, perkembangan sesebuah syarikat itu boleh diukur dari segi peningkatan dalam jualan, peningkatan dalam keuntungan yang diperoleh, peningkatan dalam pendapatan dan sebagainya.

Peter Lynch Face

Sumber: Opinionesbroker.org

Terdapat enam kategori saham yang dihuraikan dalam buku terbitan seorang pelabur tersohor analisa fundamental, Peter Lynch, iaitu ‘One Up On Wall Street’. Ada kategori yang perlu diberi fokus, ada kategori perlu dielakkan dan ada kategori yang memerlukan strategi tersendiri untuk membeli dan menjual. Dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan enam kategori tersebut.

Slow Growers


Slow growers ialah syarikat yang pada mulanya fast-growers, tetapi growth perkembangan syarikat mencapai paras “stagnant” atau “slow down”. Fasa ini selalunya berkait rapat dengan fasa perubahan atau revolusi industri. Petanda syarikat masuk dalam kategori ini ialah syarikat lebih pemurah memberi dividen, dan tidak menggunakan duit lebihan untuk dipam semula kedalam syarikat. Kategori ini sepatutnya dielakkan oleh para pelabur.

Stalwarts


Stalwarts lebih pantas daripada ‘slow-growers’ dan dijangka tidak mudah tenggelam dalam dunia perniagaan. Saham jenis ini selalu mempunyai pertumbuhan lebih kurang 10-12% setahun. Harga saham pula selalu naik secara tiba-tiba diikuti dengan perlahan yang lama, dan berulang-ulang dalam corak ini. Peter Lynch biasanya membeli saham seperti ini untuk jangkaan untung 30-50%, kemudian menjual, dan ulang pada saham yang belum naik atau sudah lama perlahan. Contoh yang diberikan oleh Peter Lynch: Coca-Cola, Procter and Gamble, the Bell telephone sisters, Hershey’s, Colgate-Palmolive. Syarikat selalunya berada dalam kategori consumer tetapi mempunyai growth yang memberangsangkan.

Fast Growers


Kategori ini ialah antara kategori paling diminati Peter Lynch: saham saiz kecil, syarikat baru, agresif dan berkembang lebih kurang 20 ke 25 peratus setahun. Saham ini boleh bagi pulangan 10-40 kali ganda, juga 200 kali ganda. Syarikat dalam kategori fast grower tidak bermakna perlu berada dalam industri fast growing juga, sebab kebanyakan fast grower ialah saham yang bangkit, berkembang dengan kuat dan menjadi disrupter dalam sesuatu industri yang perlahan atau biasa. Contoh Marriott berkembang 20%, tetapi industri hotel berkembang 2% sahaja. Tumpukan pada syarikat yang mempunyai penyata imbangan (balance sheet) yang bagus dan sedang membina keuntungan besar. Trick untuk syarikat seperti ini ialah menjangka bila syarikat akan berhenti berkembang dan berapa yang perlu dibayar untuk growth yang dijangkakan.

Cyclicals


Sesebuah syarikat yang kebiasaanya mengalami naik turun dalam perniagaanya digelar ‘cyclicals’ sebagai contohnya syarikat penerbangan, pembuat besi, pembuatan tayar serta minyak dan gas. Syarikat kategori ini berkaitan dengan ‘demand & supply’ dalam pasaran berkaitan. Contohnya, apabila permintaan minyak tinggi, harga minyak sedunia akan naik, seterusnya harga saham. Begitu juga sebaliknya. Timing ialah segala-galanya untuk kategori cyclicals. Masuk apabila anda dapat kesan petanda awal kenaikan industri, jual apabila anda dapat kesan petanda awal kelembapan industri.

Turnarounds


Saham ‘turnaround’ ialah saham yang jatuh mendadak dalam jangka masa yang agak lama. ’Restructuring’ atau membaikpulih syarikat itu dengan tujuan untuk mengurangkan kos yang tidak baik, meningkatkan produktiviti dan menyingkirkan anak-anak syarikat yang tidak menguntungkan yang sepatutnya dilakukan sejak dari awal lagi. Kebanyakan syarikat membeli pelbagai anak syarikat dengan niat untuk ‘diversify’ dan membuat keuntungan lebih, tetapi bak kata Peter Lynch, kebanyakannya ialah hanya ‘diworsification’ dan berakhir dengan kerugian dan kos pengendalian yang tinggi.

Asset Plays


‘Asset play’ bermaksud syarikat mempunyai aset yang berharga tetapi pelabur terlepas pandang. Apabila terlalu banyak ‘analyst’ mengeluarkan ‘research report’ setiap hari, ramai yang berfikir semua maklumat telah dilaporkan oleh ‘analyst’, tetapi hakikatnya masih ada aset bernilai yang dimiliki syarikat yang tidak dikesan. Peluang ini perlu dicari, tetapi perlukan kerja dan pemahaman yang lebih berkaitan syarikat dan jenis aset tersebut. Sekiranya anda jumpa dan beli, anda cuma perlu bersabar untuk harga naik berganda-ganda.

Kesimpulannya, sebelum memilih saham untuk dilabur, selidik dahulu jenis saham dan kategorikan mereka agar lebih senang untuk menyusun strategi dalam pelaburan. Lain jenis saham memerlukan strategi dan tumpuan yang berbeza, dan dengan fokus yang lebih, anda boleh membuat keuntungan besar dalam pelaburan saham.


< kembali ke laman blog utama