UMUM

30-JAN-2026

Apa itu Reverse Take-Over Atau Backdoor Listing Dalam Saham


AA    


 

Untuk tersenarai di Bursa Malaysia, kebanyakan syarikat memilih laluan Initial Public Offering (IPO). IPO adalah cara tradisional di mana syarikat menawarkan saham kepada orang awam untuk kali pertama dan melalui proses kelulusan yang ketat. Namun, terdapat alternatif yang membolehkan syarikat persendirian disenaraikan iaitu Reverse Take-over (RTO) atau Backdoor Listing. Dalam blog ini, kita akan bincangkan secara terperinci konsep Reverse Take-over dan apa perbezaan dengan Take-over biasa yang kita bincangkan dalam blog kali ini. 

 

Maksud Reverse Take-over (RTO) atau Backdoor Listing 

 

Reverse Take-over merujuk kepada situasi di mana syarikat persendirian mengambil alih syarikat yang telah tersenarai. Pengambilalihan ini biasanya dilakukan melalui:

Tujuan utama RTO adalah untuk membolehkan syarikat persendirian mendapat status tersenarai tanpa melalui proses IPO yang panjang dan mahal.

 

Ciri Utama RTO

 

RTO membolehkan syarikat persendirian “masuk” ke pasaran modal dengan cepat, sambil mengekalkan status tersenarai syarikat asal. Namun, kebiasannya syarikat yang berjaya melakukan RTO akan melakukan rebranding dan kebiasaannya nama syarikat penawar.

 

Kenapa Syarikat Memilih Untuk Melaksanakan RTO

 

Syarikat memilih RTO kerana beberapa faktor strategik:

RTO juga sering digunakan sebagai laluan untuk memasuki sektor baru atau mengubah fokus perniagaan syarikat, contohnya daripada perniagaan tradisional ke teknologi atau sektor pertumbuhan tinggi.

 

Contoh RTO di Malaysia: JTIASA

 

 

Salah satu contoh awal Reverse Take-over (RTO) dan Backdoor Listing di Malaysia ialah transaksi yang melibatkan Berjaya Textiles Berhad dan Jaya Tiasa  Sdn Bhd. 

Dalam kes yang berlaku pada tahun 1995 ini, Berjaya Textiles merupakan syarikat tersenarai yang asalnya terlibat dalam industri tekstil. Melalui pelaksanaan RTO, aset dan perniagaan milik Jaya Tiasa disuntik ke dalam Berjaya Textiles, menyebabkan berlaku perubahan yang sangat ketara dari segi saiz aset, hala tuju perniagaan, struktur pemilikan syarikat dan juga syarikat dijenamakan semula kepada pemilik baru Jaya Tiasa Holdings Berhad (JTIASA).

Selepas penstrukturan selesai, perniagaan tekstil tidak lagi menjadi fokus utama. Sebaliknya, syarikat beralih kepada sektor perladangan dan perniagaan berasaskan sumber, selaras dengan operasi teras Jaya Tiasa. Walaupun status penyenaraian dikekalkan, entiti yang terhasil adalah berbeza sepenuhnya daripada syarikat asal.

Kes ini menunjukkan bagaimana Reverse Take-over dan Backdoor Listing digunakan sebagai mekanisme untuk membawa perniagaan berskala besar ke pasaran awam melalui syarikat tersenarai sedia ada, tanpa perlu melalui proses IPO tradisional. Ia juga menggambarkan bagaimana RTO boleh mengubah asas perniagaan sesebuah syarikat secara menyeluruh.

 

Peranan SC

 

Di Malaysia, RTO dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi memastikan integriti pasaran dan perlindungan pelabur.

Syarikat perlu mendapatkan kelulusan SC jika berlaku perubahan sangat signifikan, seperti:

Selain itu, aset atau perniagaan baru juga perlu memenuhi kriteria penyenaraian yang ditetapkan oleh SC. Dalam keadaan tertentu, SC boleh memberi pengecualian, contohnya untuk:

Rangka kawal selia ini memastikan pelabur mendapat maklumat lengkap dan transaksi RTO tidak disalahgunakan untuk tujuan spekulatif semata-mata.

 

Maklumat Tambahan

 

SC juga mewajibkan syarikat mendedahkan maklumat tambahan supaya pelabur dapat menilai risiko dan potensi keuntungan. Pendedahan biasanya termasuk:

Maklumat ini membolehkan pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan hanya bergantung kepada naratif transformasi.

 

Risiko RTO

 

Pelabur perlu menilai beberapa risiko penting sebelum membuat keputusan pelaburan dalam syarikat yang melakukan RTO:

Pemahaman risiko ini penting supaya pelabur tidak terperangkap dalam hype jangka pendek.

 

Kesimpulan

 

Reverse Take-over dan Backdoor Listing adalah mekanisme alternatif yang sah dan dikawal selia bagi syarikat persendirian tersenarai di Bursa Malaysia. Apabila sesebuah syarikat melaksanakan RTO, syarikat yang tersenarai akan menjadi shell company kepada syarikat persendirian. Pemindahan aset yang dilakukan akan menyebabkan berlakunya pertukaran struktur syarikat sama ada dari segi pengurusan, jenama dan juga operasi syarikat. 

 

Rujukan: Listing Requirements of Bursa Malaysia Securities Berhad

 


< kembali ke laman blog utama