ASAS

10-JUL-2019

5 Persediaan untuk Pelabur Saham yang Baru


 


Kali ini kami menulis tentang persediaan yang perlu dibuat untuk pelabur saham baru. Disebabkan post kali ini agak bersifat nasihat, kita akan banyak bermain dengan peribahasa supaya sebati di dalam hati. Artikel ini bagaikan sediakan payung sebelum hujan kepada pelabur-pelabur baru. Ataupun mungkin kena tukar kepada sediakan pedang sebelum berperang sebab persediaan kita bukan saja untuk bersenang-senang kemudian, ia juga melibatkan proses bersusah-susah dahulu. Apapun, baca selanjutnya persediaan yang pelabur baru kena tahu.

Buka Akaun CDS


graf saham

Central Depository System adalah sistem simpanan pelaburan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia. Sistem inilah yang akan digunakan untuk memasukkan transaksi ekuiti secara elektronik seperti jual beli saham, bon, warrant, dividen dan sebagainya. CDS ni umpama bank tapi dia akaun yang memegang unit saham.

Anda tak perlu pergi ke Bursa untuk buka akaun. Cukup untuk berurusan dengan broker yang berlesen kerana mereka adalah ejen yang sah untuk membuka akaun CDS. Kos yang terlibat untuk buka akaun CDS adalah RM 10 sahaja.

Baca: Cara buka akaun CDS

Deposit ke Akaun CDS

Seperti juga bank, anda perlu ada cash dalam akaun CDS untuk membeli saham (bagi akaun jenis upfront account). Sekiranya belum deposit disebabkan belum ada modal, boleh lah cepat-cepat menyimpan untuk kumpul modal melabur. Kalau tak ada cash dalam akaun CDS, umpama berperang dengan senapang, tapi peluru takde.

Baca: Cara deposit ke dalam akaun CDS

Modal Pelaburan


modal

Seperti disebut di atas, sekiranya belum ada modal, cepat-cepatlah menyimpan. Di sini kita sebut sebagai sikit-sikit, lama-lama jadi modal. Modal ni pula pastikan bukan duit keperluan harian. Kalau situasi macam ni, umpama sediakan payung sebelum hujan, payungnya dah dipegang lama, tangan pun sudah menggigil.

Ilmu Asas Melabur

Sebelum anda mulakan pelaburan, pastikan anda tahu di mana entry yang bagus dan bagaimana nak cut loss. Pastikan tahu resistance dan support. Jangan nanti masuk bila saham tengah tinggi, lepas tu terus jatuh tak tahu nak buat apa. Ibarat mati di pucuk. Cukupkan dulu ilmu asas barulah melabur saham. Kata pepatah, jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Di sini kami nak promote kelas anjuran kami. Kosnya rendah saja. Tapi manfaatnya fuhh banyak sekali. Anda akan diajar dari asas ke advance dan macam-macam lagi ilmu dalam saham.

Mengendali Risiko

Walaupun sudah cukup persediaan, anda kena tahu bahawa pelaburan saham ini penuh dengan risiko. Kata pepatah, walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. Maksudnya belum tentu akan berhasil dengan baik walaupun dah cukup persediaan. Tapi jangan pula terus patah semangat. Risiko kerugian tu memang ada, namun peluang keuntungan juga ada.


< kembali ke laman blog utama