ASAS

19-MAR-2019

Cara Buka Akaun Saham (CDS)


 


Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya Central Depository System merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.

Dengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham.



Bagaimana cara membuka akaun CDS?


Anda hanya perlu mengisi dan menandatangi 2 jenis borang (broker dan bursa).

Dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan (5 keping) dan salinan penyata bank (bank statement) (4 keping).

Serahkan kepada dealer atau remisier yang memberikan borang kepada anda (rujuk di bawah).

Itu sahaja! Cukup mudah kan?


Kat mana nak dapatkan borang?


Untuk mendapatkan borang CDS, anda boleh dapatkan daripada dealer atau remisier.

Dealer ialah mereka yang bekerja sepenuh masa di broker dan anda boleh terus walk-in ke mana-mana broker berlesen (rujuk senarai broker berlesen di sini). Dealer tidak mendapat apa-apa komisyen secara direct untuk akaun yang dibuka dan transaksi trade.

Remisier pula ialah mereka yang bekerja secara komisyen dengan broker-broker berlesen (dalam senarai di atas juga) dan mereka berada di mana-mana dan tidak semestinya di branch broker. Kelebihan buka akaun dengan remisier ialah, mereka akan cuba memberikan added value supaya anda buka akaun dengan mereka dan trade menggunakan akaun tersebut.

Team iSaham juga mempunyai remisier (broker Mplus - Malacca Securities Sdn Bhd) yang boleh membantu anda, dan anda akan diberikan akses percuma screener-screener premium iSaham yang telah diuji keberkesanan dan prestasi apabila anda membuka akaun CDS dan aktif bersama remisier kami.

Sekiranya anda berminat untuk membuka akaun CDS bersama remisier kami, sila hubungi team support kami.


Adakah saya akan membeli saham melalui remisier atau online?


Tidak kira anda buka akaun dengan dealer atau remisier, anda boleh membuat jual beli saham secara online tanpa memberitahu remisier anda.


Kos Membuka Akaun CDS


Kos membuka akaun CDS cuma RM10 dan sekali bayar sahaja.


Ada Risiko ke Buka Akaun CDS?


Tidak ada kecuali perlu bayar RM10 diatas. Anda tidak perlu deposit apa-apa jumlah sebelum akaun anda siap. Selepas akaun siap, risiko ada semasa anda jual beli saham sebab harga saham boleh naik dan boleh turun.


Bolehkah Saya Memiliki Lebih Daripada Satu Akaun CDS?


Boleh. Anda boleh ada satu akaun CDS daripada Maybank, satu daripada CIMB, satu daripada Mplus, dan lain-lain.

Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh hubungi terus team kami untuk buka akaun CDS dan dapatkan screener dan panduan premium secara percuma


< kembali ke laman blog utama