1.
Kempen Siri Tips Saham Grand Prize ("Kempen") bermula daripada 6 September 2023 sehingga 31 Disember 2023 ("Tempoh Kempen").
2.
Kempen anjuran iSaham ("Penganjur") ini dibuka kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas dan membuka akaun CDS dengan Mplus di bawah rakan kongsi remisier iSaham, Anas bin Ahmad Faris atau akaun CDS CGS-CIMB di bawah rakan kongsi remisier iSaham, Muhamad Syahmi bin Kamaruzzaman ("Peserta") pada tahun 2023.
3.
Penganjur boleh menamatkan atau menggantung Kempen pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak Penganjur dan boleh memilih untuk tidak memberikan sebarang Hadiah. Sebarang tuntutan oleh Peserta tidak akan diterima sekiranya berlaku penamatan atau penggantungan. Jika Penganjur menyambung semula Kempen, Peserta hendaklah mematuhi keputusan Penganjur berkenaan penyambungan semula Kempen dan pelupusan Hadiah.
4.
Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan penyertaan Peserta yang layak bagi tujuan Kempen ini tanpa perlu memaklumkan Peserta berdasarkan perkara berikut:.
a) Penyertaan diterima sebelum dan selepas Tempoh Kempen yang ditetapkan.
b) Butiran dan pendaftaran yang tidak tepat atau tidak lengkap.
5.
Kelayakan untuk menyertai Kempen ini adalah seperti berikut:
a)
Membuka akaun CDS Mplus atau CGS-CIMB di bawah rakan kongsi remisier iSaham sahaja pada tahun 2023.
b)
Melakukan transaksi jualan atau belian di platform Mplus atau CGS-CIMB sekurang-kurangnya sekali dalam Tempoh Kempen yang berlangsung. Transaksi belian dikira sebagai 1 transaksi dan transaksi jualan dikira sebagai 1 transaksi yang lain.
c) Mendaftar dan menghadiri sesi Siri Tips Saham secara live lebih 5 kali.
6.
Hadiah yang akan disediakan untuk Kempen ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Hadiah. Berikut adalah Hadiah yang akan disediakan:
7.
Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memadam, menambah atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.
1.
Mendaftar dan menghadiri sesi Siri Tips Saham secara live lebih 5 kali.
2.
Melakukan transaksi belian atau jualan sekurang-kurangnya sekali sepanjang Tempoh Kempen yang berlangsung.
3.
Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, tidak boleh dipindah milik dan hanya akan diberikan kepada Pemenang yang memenuhi syarat untuk menuntut Hadiah yang dinyatakan di atas.
4.
Semua Hadiah mestilah dituntut atau dikutip dalam tempoh 7 hari bekerja ("Tempoh Kutipan") di pejabat Penganjur seperti yang dimaklumkan oleh Penganjur. Kegagalan untuk menuntut Hadiah boleh mengakibatkan Hadiah digugurkan daripada Pemenang.
5.
Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka dan/atau di luar kawalan Penganjur, Penganjur berhak untuk menawarkan Hadiah alternatif yang mempunyai nilai hampir sama dengan Hadiah yang disediakan.
6.
Penganjur berhak untuk menyediakan Hadiah alternatif dengan nilai yang setara dan tidak akan bertanggungjawab ke atas Hadiah hilang, rosak atau dicuri semasa atau selepas proses kutipan dan/atau penghantaran.
1.
Penganjur berhak untuk menimbang tara dan memilih Pemenang.
2.
Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan sebarang tarikh dan masa untuk membuat pengumuman kepada Pemenang yang berpotensi.
3.
Pemenang yang memenangi Hadiah akan dihubungi oleh Penganjur atau Pemenang perlu menghubungi Penganjur melalui Telegram iSaham Support dalam Tempoh Kutipan selepas sesi cabutan nama Pemenang dilakukan.
4.
Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur menafikan semua jaminan secara tersirat atau nyata berhubung dengan keselamatan Hadiah. Semua risiko yang berkaitan dengan penggunaan Hadiah akan ditanggung oleh Pemenang.
5.
Sebarang kos untuk menebus Hadiah akan ditanggung oleh Pemenang. Penganjur tidak akan menanggung perbelanjaan yang ditanggung oleh Pemenang.