Menggunakan Stop Loss / Limit Feature


1. Pilih saham yang nak set stop loss, dan tekan butang SELL

2. Tukarkan setting LIMIT ke STOP LIMIT seperti gambar di bawah



3. Ada dua jenis price yg anda kena faham - PRICE dan STOP PRICE

4. Set PRICE dan STOP PRICE. STOP PRICE ialah trigger price, dimana apabila harga mencapai harga ini, sistem akan queue sell menggunakan harga dalam kotak PRICE.

5. Sebagai contoh seperti gambar di bawah, saya set STOP PRICE pada 0.295. Apabila harga mencapai STOP PRICE 0.295, sistem akan queue sell pada harga PRICE 0.295.

6. Kalau anda takut harga terlalu cepat jatuh selepas trigger STOP PRICE, anda boleh setkan PRICE kepada 0.290 untuk potong queue. Kalau pening, gunakan saja nombor yang sama untuk PRICE dan STOP PRICE.



7. Feature ini juga boleh digunakan untuk buy, dimana anda nak beli sekiranya harga naik ke sesuatu paras (buy on breakout)