Cara Setup Telegram untuk Masuk ke Kumpulan Sokongan iSaham


Setelah proses pendaftaran akaun CDS anda telah berjaya, anda akan diberikan akses kepada screener iSaham dan juga kumpulan sokongan iSaham secara percuma.

Ikuti langkah-langkah di dalam video ini untuk masuk ke kumpulan sokongan iSaham. Penerangan bertulis juga turut disertakan di bawah.

1. Mencipta nama samaran (username).

Android:

  • Buka aplikasi Telegram
  • Klik Menu di bahagian atas-kiri skrin
  • Klik pada bahagian Settings
  • Klik pada Username
  • Isikan username pilihan anda
  • Klik tanda semak pada bahagian atas kanan skrin untuk simpan username anda
  • IOS:

  • Buka aplikasi Telegram
  • Klik Settings di bahagian bawah kanan skrin
  • Klik Edit di bahagian atas kanan skrin
  • Klik pada Username dan isikan username pilihan anda
  • Klik Done untuk menyimpan username tersebut
  • Aplikasi Telegram Desktop:

  • Buka aplikasi Telegram
  • Klik Menu di bahagian atas-kiri aplikasi
  • Klik pada bahagian Settings
  • Klik pada Edit Profile
  • Klik Username dan isikan username pilihan anda
  • Klik Save untuk menyimpan username tersebut
  • 2. Menyimpan iSaham Support ke dalam senarai kenalan (contacts) anda.

    Nombor telefon iSaham Support: +60173368191

    Nota: Hanya untuk kegunaan Telegram sahaja.

    3. Tukar aturan (settings) Telegram.

    Bagi membenarkan iSaham Support untuk memasukkan anda ke dalam kumpulan sokongan iSaham, anda perlu menukar aturan pada akaun Telegram anda terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Pergi ke Settings
  • Klik pada Privacy and Security
  • Kemudian klik Groups & Channels
  • Pilih My Contacts jika anda telah melakukan langkah 2
  • Pilih *Everybody jika anda belum melakukan langkah 2
  • Klik Save
  • *Peringatan: Bagi menjaga privasi dan mengelakkan dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan yang tidak diingini, elakkan memilih Everybody.

    Maklumkan semula kepada @iSahamSupport di Telegram jika semua langkah di atas telah diambil.