IPO

19-MAY-2022

Unitrade: Meningkatkan Pengembangan Perniagaan Syarikat


 


Thumbnail

Unitrade Industries Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan perniagaan pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan. Butiran IPO adalah seperti berikut:

Harga IPO:
RM 0.32
Status syariah:
Dinilai patuh syariah oleh Elzar Shariah
Pasaran:
ACE
Permodalan pasaran:
RM 500 juta
Nisbah PE:
11.9
Permohonan ditutup:
30 Mei 2022
Cabutan saham:
2 Jun 2022
Tarikh penyenaraian:
14 Jun 2022

Bisnes Unitrade Industries Berhad

Unitrade Industries Berhad, melalui anak syarikatnya terlibat dalam pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan untuk kerja-kerja pembinaan seperti paip, injap, kelengkapan dan aksesori untuk kerja-kerja Mechanical & Electrical (M&E). Selain itu, Unitrade juga terlibat dengan pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.

Berikut adalah sebahagian barangan dan bahan binaan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut:

Produk ditawarkan oleh syarikat
Produk ditawarkan oleh syarikat

Rajah di bawah merupakan model perniagaan Unitrade Industries Berhad:

Model perniagaan syarikat

Secara ringkasnya, perniagaan mereka terutamanya adalah wholesale dan distribution pelbagai bahan binaan, bermaksud syarikat ini tidak membuat barang-barang tersebut tetapi membeli secara borong dan supply kepada pelanggannya. Pelanggan mereka pula datang daripada pelbagai industri iaitu kontraktor bangunan, kontraktor M&E, pengeluar produk keluli hiliran, peruncit perkakas dan sebagainya.

Kesan COVID-19 terhadap bisnes

Perniagaan dan operasi syarikat Unitrade Industries Berhad menghadapi gangguan sementara disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda dan pelaksanaan fasa PKP sejak 18 Mac 2020 lalu. Tempoh penutupan memberikan kesan kepada operasi syarikat dan anak syarikatnya.

Justeru, syarikat Unitrade merekodkan pendapatan yang lebih rendah pada FYE 2021 disebabkan oleh tempoh penutupan tersebut, di mana prestasi jualan mereka lebih rendah direkodkan semasa PKP pertama. Keuntungan juga berkurang dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, prestasi kewangan syarikat untuk FYE 2021 dan FPE 2022 tidak terjejas secara ketara yang disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran produk syarikat kepada pelanggan mereka, kerana pesanan yang tertangguh akhirnya dipenuhi.

Prestasi kewangan

Pendapatan syarikat Unitrade Industries Berhad diperolehi daripada pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaaan, pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.

Unitrade mengalami kenaikan pendapatan semenjak FYE2019, iaitu dari RM 1.05 bilion menjadi RM 1.08 bilion pada FYE 2020. Kenaikan ini didorong oleh segmen pemborongan dan pengedaran bahan binaan untuk kerja-kerja binaan terutamanya dalam kegunaakn projek infrastruktur untuk Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang, Lebuhraya Damansara -Shah Alam dan Jambatan Sungai Pulai dan sebagainya. Kenaikan ini terbantut sedikit pada FYE 2021, dimana syarikat mengalami penurunan dalam pendapatan sebanyak RM 52.59 juta bersamaan 4.88%, menjadikan jumlah pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 1.03 bilion.

Namun, terdapat kenaikan pendapatan sebanyak 33.22% bagi FPE 2022 (RM 756.38 juta) berbanding FPE 2020 (RM 567.77 juta). Kenaikan ini terutamanya disumbangkan oleh peningkatan dalam harga besi yang mempengaruhi peningkatan harga jualan barangan syarikat.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan syarikat

Pendapatan Unitrade dibahagikan melalui 3 segmen, iaitu pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaaan, pembuatan dan penjualan paip pra-penebat, dan penyewaan peralatan sokongan struktur sementara.

Pada FYE 2020, pendapatan syarikat untuk ketiga-tiga segmen ini meningkat berbanding FYE 2019. Manakala, untuk FYE 2021, pendapatan untuk semua segmen perniagaan Unitrade Industries Berhad mengalami sedikit penurunan.

Prestasi kewangan mengikut segmen
Prestasi kewangan mengikut segmen

Namun, secara keseluruhannya, segmen pemborongan dan pengedaran bahan binaan adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat Unitrade Industries Berhad iaitu sebanyak 96% disumbangkan kepada pendapatan syarikat itu.

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diterima dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 100 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana Nilai (Juta) Peratusan (%)
Modal kerja 50.5 50.5
Pembayaran balik pinjaman bank 39.8 39.8
Modal untuk pusat fabrikasi paip 5.0 5.0
Perbelanjaan penyenaraian 4.7 4.7
Jumlah 100.0 100.0

Jika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan syarikat. Majoriti dana sebanyak RM 50.5 juta akan diperuntukkan untuk mebiayai modal kerja syarikat. Selain itu, 39.8% daripada dana tersebut akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank. Manakala 5% daripada dana IPO itu akan digunakan sebagai modal untuk pusat fabrikasi paip. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Analisis bisnes dan industri Unitrade

Mengikut laporan IMR, Unitrade terlibat terutamanya dalam industri bahan binaan iaitu khususnya pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan untuk kerja-kerja pembinaan.

Industri bahan binaan

Bahan binaan merujuk kepada bahan yang digunakan dalam aktiviti pembinaan yang merangkumi pembinaan, pemasangan, pembaharuan, renovation dan sebagainya. Bahan binaan ini termasuk bahan binaan perkilangan yang diperbuat daripada logam, kayu, simen/konkrit, plastik, sintetik dan lain-lain.

Industri bahan binaan boleh dibahagikan dengan pelbagai bentuk, salah satunya dalah seperti berikut:

Industri bahan binaan
Sumber: Prospektus

Jika dilihat, bahan binaan ini boleh dibahagikan kepada dua kerja iaitu kerja M&E dan kerja sivil (civil works). Syarikat Unitrade Industries Berhad terlibat dengan kedua-dua kerja ini iaitu dengan menjual bahan binaan seperti pipes, valves, fittings, sanitary wares, cement, door and windows dan sebagainya.

Prestasi industri

Saiz industri bahan binaan di Malaysia diwakili dengan apparent consumption bahan binaan di Malaysia. Apparent consumption bahan binaan di Malaysia meningkat daripada RM 97.76 bilion pada 2018 kepada RM 102.68 bilion pada 2019 tetapi menurun pada tahun 2020 dan 2021. Penurunan ini akibat slowdown aktiviti pembinaan yang disebabkan oleh COVID-19 yang menyebabkan penutupan sementara aktiviti ekonomi.

Prestasi industri
Apparent consumption bahan binaan di Malaysia. Sumber: Prospektus

Nilai jualan pembuatan untuk bahan binaan telah meningkat pada 2019 hingga 2021 daripada RM 82.19 bilion pada CAGR sebanyak 2.14%. Selanjutnya, nilai import bahan binaan juga meningkat daripada RM 80.88 bilion pada 2018 kepada RM 91.03 bilion pada 2021 dengan CAGR 4.02%. Dalam tempoh yang sama, nilai eksport bahan binaan telah meningkat daripada RM 65.31 bilion kepada RM93.20 bilion pada CAGR 12.58%

Prestasi industri
Sumber: Prospektus

Persaingan

Berdasarkan prospektus, persaingan Unitrade di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti dibawah:

Antara pesaing Unitrade yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:

Pesaing syarikat

Pesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Unitrade

Pesaing syarikat
Pesaing yang terlibat dalam industri yang sama dengan Unitrade

Perbincangan

Kesimpulannya, bahan binaan digunakan sepanjang kitaran hayat mana-mana struktur seperti bangunan dan infrastruktur. Pada 2021, saiz industri bahan binaan di Malaysia direkodkan pada RM 85.41 bilion. Pendapatan syarikat bagi tahun berakhir 31 Mac 2021, telah direkodkan pada RM 1.03 bilion bersamaan market share sebanyak 1.21% di Malaysia.

Jika diperhatikan, walaupun syarikat ini hanya terlibat dengan pemborongan dan pengedaran bahan binaan, mereka menunjukkan pendapatan yang agak memberangsangkan. Pendapatan syarikat meningkat dari 2019 hingga 2020.

Melalui penyenaraian IPO ini, Unitrade menunjukkan jumlah besar dana akan dimanfaatkan sebagai modal kerja dimana untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat. Perancangan syarikat ini adalah satu langkah yang positif dalam usaha meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat. Walaubagaimanapun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia bulan hadapan.


< kembali ke laman blog utama