UMUM

10-FEB-2021

Syarikat Gergasi dan Kenderaan Elektrik Mereka


 


Menjelang abad ke-21 jenama syarikat automotif terkemuka berlumba-lumba untuk menghasilkan kenderaan elektrik. Perubahan ini dikatakan mampu mengurangkan karbon yang dikeluarkan daripada kenderaan bahan petroleum dan diesel. Industri automotif akan menunjukkan perubahan ketara sekiranya kereta elektrik dapat dikormesialkan besar-besaran dan mengurangkan kereta konvensional.

Tesla

Pada tahun 2008, Tesla Motors secara rasminya melancarkan model pertama yang dikenali Tesla Roadster. Model ini dijual sekitar $110,000 dan terjual sebanyak 2400 unit sepanjang pengeluaran dihasilkan. Model pertama inilah bermulanya titik permulaan Tesla maju ke hadapan. Kini dengan keupayaan teknologi berkualiti, Tesla semakin berkembang dengan melebarkan pasaran di Asia dan Eropah seperti China, India, Jerman, Belanda dan lain-lain. Antara model Tesla mendapat sambutan seperti Model 3, Model S dan Model X.

Kekuatan Tesla bukan sahaja dalam bidang penghasilan kenderaan elektrik, malah dalam penghasilan bateri sebagai sumber tenaga kenderaan. Tidak hairanlah Tesla telah memperkenalkan bateri elektrik (EV) baharu yang dikenali sebagai "Tables'. Bateri ini mampu menyimpan 6 kali lebih banyak tenaga elektrik dan mengurangkan kos sebanyak 14% kilowatt per jam.

tesla motors roadster

Gambar: Tesla Motors

Toyota

Jika dilihat Toyota merupakan salah satu sektor automotif paling berdaya saing dalam setiap jenis pengeluaran kenderaan. Model Prius generasi pertama yang berkonsepkan kenderaan elektrik mula diperkenalkan peringkat global sekitar tahun 1997. Sepanjang tempoh berkenaan model ini telah terjual sebanyak 15 juta unit di seluruh dunia.

Toyota telah memperkemaskan dan meningkatkan prestasi, penggunaan minyak serta kecekapan emisi dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) terhadap model baru hibrid elektrik. Bermula awal tahun 2020, Toyota mula mempergiatkan dan penyelidikan terhadap pengunaan sepenuhnya kenderaan elektrik. Model yang dijangkakan iaitu Toyota Mirai yang menggunakan sistem enjin hydrogen dalam kategori fuel cell electric vehicle (FCEV) .

toyota mirai 2021
Gambar: Toyota Mirai (Fullcellworks.com)

Hyundai Motor

Hyundai mengamalkan satu polisi iaitu pemanduan biru dengan membangunkan teknologi berkualiti berkaitan penjagaan alam sekitar dan dalam masa sama, mengurangkan pencemaran dalam sektor automotif. Tidak hairanlah syarikat terkemuka dari Korea Selatan ini telah diiktiraf sebagai pengeluar pertama menawarkan kepada pelanggan sistem eko-teknologi termasuk model "Blue Drive" di semua barisan kenderaan termasuk model IONIQ.

Model IONIQ bermaksud gabungan ion dan unique semasa pengumuman Projeq IONIQ. Hyundai telah menlancarkan model ini sekitar tahun 2016, satu-satunya model di dunia mempunyai rangkaian elektrikfikasi iaitu hibrid elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik bateri (EV).

hyundai ioniq
Gambar: Hyundai IONIQ

Nissan

Nissan Leaf mula diperkenalkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 2010. Model ini merupakan kenderaan elektrik pertama keluaran Nissan yang menggunakan bateri elektrik (BEV) sebagai bahan kuasa. Apa yang menariknya, Nissan Leaf merupakan kenderaan (BEV) elektrik pertama mengatasi rekod jualan 400,000 unit terjual sepanjang pengeluaran dihasilkan.

nissan leaf white
Gambar: Nissan Leaf generasi kedua tahun 2017

BYD

BYD merupakah salah satu pemain utama syarikat gergasi China yang bersaing dengan syarikat automotif terkemuka dalam pembuatan kenderaan elektrik. BYD juga pernah terlibat dalam pembekalan bateri lithium kepada Motorola dan Nokia. Apa yang menariknya, "Warren Buffet" juga melabur sebanyak $225 juta pegangan saham BYD pada tahun 2008 sehingga sekarang. Pada Ogos tahun 2015 jualan model BYD Qin telah berjaya mengatasi jualan Tesla model S dan Nissan Leaf dalam segmen kenderaan elektrik dunia.

byd han
Gambar : Model terkini kenderaan elektrik BYD Han (carscoops.com)

Apple

Siapa sangka dari sebuah syarikat yang menghasilkan teknologi cip pemprosesan dan dikenali dengan beberapa model seperti iPhone dan Mac telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan kenderaan elektrik. Perkara ini bukan rahsia lagi, apabila Apple sendiri telah merancang menjalinkan kerjasama dengan syarikat Hyundai Motors dan Kia menjelang bulan Mac 2021.

Kenderaan elektrik ini dijangka memulakan pengeluaran sekitar tahun 2024 di Amerika Syarikat. Apa yang menarik, projek yang dikenali sebagai Titan telah menjalinkan pembangunan kenderaan sejak tahun 2014 di bawah pengurusan Tim Cook. Kerjasama ini akan memudahkan Apple untuk memasarkan kenderaan elektrik secara global.

apple titan
Gambar: elektrek.co

Dyson

Awal tahun 2014, Dyson telah berhasrat menghasilkan penyelidikan kenderaan elektrik dengan komitmen pelaburan (RM11.83 billion) melibatkan 500 orang pekerja. Syarikat ini lebih dikenali dengan produk pembersihan dan produk vakuum. Namun, bukan semua syarikat mampu menghasilkan kenderaan elektrik yang melibatkan pelaburan yang besar.

Projek ini akhirnya menemukan titik noktah apabila pengasasnya Sir James Dyson menamatkan projek EV pada bulan Oktober 2019 disebabkan tidak mampu bersaing dengan syarikat syarikat besar. Disebalik itu, Dyson telah meneruskan usaha untuk membangunkan teknologi bateri kenderaan elektrik.

dyson ev car
Gambar : Model kenderaan elektrik dyson

< kembali ke laman blog utama