UMUM

13-DEC-2019

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023


 


speech by Tun Mahathir
Gambar: BNM

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir telah melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023. Inisiatif ini dilancarkan untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dan menggalakkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Ia diterajui di bawah gabungan Bank Negara Malaysia dan Securities Commission dalam satu platform yang dinamakan sebagai Financial Education Network (FEN).

Kadar hutang isi rumah adalah tinggi

“Hutang isi rumah di Malaysia adalah tinggi pada kadar 82.1% daripada KDNK”. Itulah yang disebut dalam ucapan Perdana Menteri. Peratusan ini adalah lebih tinggi dari negara-negara yang mempunyai KDNK tinggi seperti Italy, Jepun dan Amerika Syarikat. Walaupun risiko hutang isi rumah (household debt) keatas kestabilan domestik masih dalam keadaan terkawal, namun terdapat tanda-tanda kesukaran peminjam untuk bayar balik hutang. Ini adalah lebih ketara bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM 5000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar.

Mengupayakan keputusan kewangan yang bijak

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan
Gambar: Buku Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan

Dalam persekitaran kewangan yang semakin kompleks, literasi dan kemahiran kewangan adalah penting untuk melindungi diri dari sebarang tawaran yang tidak adil atau sebarang penipuan. Ia adalah first line of defence dari aktiviti pasaran yang tidak adil mahupun yang bersifat jenayah. Selain itu, Terdapat beberapa strategi utama yang digariskan FEN untuk mencapai objektif literasi kewangan dalam masyarakat, antaranya:

Strategi ini akan disasarkan bagi setiap peringkat kehidupan termasuklah peringkat sekolah, bekerja, berkeluarga dan persaraan. Usaha ini akan dijalankan secara konsisten oleh ahli-ahli FEN, dan mereka juga mengalu-alukan kerjasama sektor awam yang lain dan juga sektor swasta.

Memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan

Antara hasil strategik yang ingin dicapai adalah supaya masyarakat bijak untuk menyimpan, mengurus dan melindungi wang. Selain itu, usaha ini ingin memperkasakan keupayaan rakyat untuk merancang dan melabur untuk masa depan yang mampan. Buat masa ini, pemerhatian menunjukkan tidak ramai yang bersedia untuk menghadapi situasi di luar jangkaan.

Sebanyak 52% rakyat Malaysia sukar untuk menyediakan RM1,000 sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Mengejutkan juga, 17% rakyat Malaysia sahaja yang mempunyai insurans hayat dan perlindungan takaful. Pelbagai lagi data yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan di masa susah dan juga pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan kewangan. Oleh itu, strategi di bawah FEN ini juga bertujuan untuk memperkasakan rakyat untuk melindungi harta mereka sendiri daripada penipuan kewangan.

Pelbagai inisiatif FEN sedang dijalankan

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan
Gambar: Financial Education Network

Pada masa ini, inisiatif pendidikan kewangan telah pun bermula dalam pelbagai bentuk. Antaranya E-Pembelajaran Sektor Awam buat penjawat awam yang dijalankan oleh BNM. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengaplikasi elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah melalui subjek-subjek matapelajaran. Integrasi elemen literasi kewangan adalah dilaksanakan menurut tema atau bidang pembelajaran yang bersesuaian.

SC pula membawa inisiatif pendidikan kewangan dengan InvestSmart(R) yang bertujuan mewujudkan pelabur yang lebih bermaklumat. Seorang pelabur yang bijak perlulah pandai menilai sesebuah pelaburan dari segi kesahihan dan potensi yang boleh didapati. Banyak lagi inisiatif yang telah dijalankan oleh ahli-ahli FEN, antara yang belum disebut ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan
Ahli-ahli FEN

Dalam masa yang sama juga, Strategi Kebangsaan ini turut berganding usaha dalam bidang penyelidikan dan perkongsian data. Data dan penyelidikan ini akan menyumbang kepada penggubalan dasar supaya lebih efektif dan menepati objektif. Hasil kajian ini juga boleh dikongsi secara terbuka sebagai pengetahuan kewangan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

Sebuah inisiatif yang bagus

Kami berpendapat inisiatif ini adalah suatu usaha yang bagus ke arah kemantapan ekonomi rakyat Malaysia. Kami di iSaham juga berterusan menjalankan bahagian kami untuk mencelikkan orang ramai tentang ilmu pelaburan terutamanya saham Bursa Malaysia. Di iSaham, kami menyediakan kelas yang mampu dibayar oleh semua dengan ilmu yang berkualiti. Ini adalah selaras dengan visi kami untuk membantu orang ramai melabur dengan lebih maher.


< kembali ke laman blog utama