TUTORIAL

27-MAY-2019

Strategi IPO untuk Peluang Keuntungan yang Lebih Tinggi


 


Ramai yang cakap kalau beli IPO ni senang buat untung. Statement ni ade betulnya, dan boleh juga jadi salah sebab untung ruginya belum tentu. Sebenarnya ada strategi untuk meningkatkan peluang anda untuk buat untung dengan IPO. Dalam iSaham, kita ada IPO Analysis. Analisis ini dibuat untuk mendapatkan yang terbaik dari pelaburan dalam IPO.

IPO Analysis

Dalam page IPO analysis ni, pertamanya iSaham ada senaraikan IPO yang masih boleh dibeli berserta maklumat seperti harga, tarikh tutup, skor dan status syariah. Bahagian kedua pula ada kalkulator yang akan membuat pengiraan berapa jumlah yang anda patut laburkan untuk dapatkan nilai yang optimum. Ketiga adalah statistik IPO yang menunjukkan prestasi IPO ni pada hari pertama tarikh penyenaraian (listing date) untuk dijadikan rujukan strategi.

isaham ipo analysis

Memahami agihan IPO

Sebelum anda beli IPO, fahami cara agihan IPO dulu. IPO ini diagihkan melalui cabutan. Untuk setiap cabutan pula, jumlah agihan saham pula sudah ditentukan seperti jadual di bawah.

IPO allocation

Merujuk kepada jadual di atas, pelabur yang ingin membeli saham dari 100 sehingga 200 unit akan diagihkan sebanyak 100 unit saham. Mengikut panduan ini, adalah memadai sekiranya anda beli sebanyak 100 unit sahaja. Jadi, anda boleh gunakan column No. of Shares / Successful Applicant atau bilangan saham untuk setiap pemohon sebagai panduan membeli. Dan bilangan ini telah pun kami gunakan dalam IPO analysis kami, sedia untuk digunakan.

Menuruni jadual pula, kita boleh lihat bilangan agihan saham yang lebih besar. Jika kita lihat pada peratusan pemohon yang berjaya dicabut, kita boleh lihat peratusan yang semakin tinggi. Jadi, semakin banyak lot yang anda beli, semakin tinggi peluang untuk anda dapat saham yang dipohon. Namun, terdapat juga kes di mana anda dimasukkan dalam tangga atau tier yang lebih rendah.

Membeli IPO

Dalam kalkulator IPO, masukkan harga IPO dan bajet, kemudian tekan Calculate untuk tahu di tangga mana ataupun tier mana anda berada.

ipo tier calculator

Dalam kalkulator ini, pengiraan dibuat untuk mencari kelas ataupun tier anda. Contohnya bagi 6100 hingga 11099 unit (ataupun 61 hingga 110 lot) saham yang dibeli, anda berada dalam tier 7. Pelabur yang berada dalam tier ini akan dapat jumlah yang sama iaitu sebanyak 6000 unit saham.

Maka kami cadangkan untuk mohon IPO mengikut jadual tier agihan IPO. Contoh lain, sekiranya ada modal RM3,000 untuk beli IPO Mestron, cukup sekadar laburkan RM1,776 untuk dapatkan 110 lot saham. Kalau beli 190 lot pun anda masih akan diberikan sebanyak 110 lot saham juga. Kalau nak saham lebih, cukupkan modal untuk sampai ke tier seterusnya.

Menjual IPO

Kita mulakan strategi jualan dengan info statistik dulu. Bahagian ketiga dalam page ni ada senaraikan statistik IPO. Dari sini, anda boleh nampak prestasi IPO ketika hari pertama penyenaraian adalah sangat memberangsangkan. Tak dinafikan ada juga IPO yang harganya jatuh pada hari pertama. Sebab itu iSaham membuat tapisan dengan kriteria skor IPO. Bila keluar IPO baru, cari IPO yang diberi skor 4/4 oleh iSaham supaya peluang keuntungan tu lebih tinggi.

ipo analysis statistic

Anda boleh buat perbandingan untuk saham dengan skor 4/4 dari segi kenaikan harga dan juga sama ada nak tunggu sampai market close atau nak hold lama. Rekod statistik sudah ada, anda cuma perlu setkan target. Kalau anda rasa nak target tinggi sebab ada rekod mencatatkan lebih 100% keuntungan, tak ada masalah. Anda punya plan, anda punya strategi.

Penjelasan IPO ini juga kami ada terangkan dalam channel Youtube kami. Anda boleh pergi ke link video di sini.


< kembali ke laman blog utama