UMUM

16-NOV-2021

Status Syariah dalam Penggunaan Pembayaran Shopee Pay Later


 


Pada zaman dahulu, penggunaan sistem barter mula digunapakai dalam kalangan masyarakat untuk menukarkan barangan yang dikehendaki secara persetujuan antara dua pihak. Namun, dalam era kemajuan teknologi telah menyebabkan dunia pembelian mempunyai pilhan kepada pengguna sama ada membeli secara bersemuka atau secara dalam talian. Kini, pelbagai platform membeli-belah secara dalam talian e-dagang diperkenalkan seperti Shopee, Lazada, Amazon dan pelbagai lagi.

Aplikasi Shopee

Platform secara dalam talian Shopee telah memberikan pelbagai pilihan dan penjimatan masa kepada pengguna untuk membeli barangan. Pengguna hanya perlu memilih barangan dan kemudian membuat pembayaran serta menunggu barangan tersebut dihantar melalui rangkaian penghantaran kurier ke rumah anda. Aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan produk sehingga pengguna rambang mata terutamanya pada hari Jualan Shopee. Dalam aplikasi Shopee terdapat pelbagai pilihan pembayaran sama ada melalui cash on delivery, online banking, Shopee wallet dan Shopee Pay Later.

Apa itu Shopee Pay Later?

Pihak Shopee telah memperkenalkan satu mekanisme pembayaran baharu kepada pelanggan mereka. Pembayaran ini dikenali sebagai Shopee Pay Later atau SpayLater. Ia menggunakan konsep pengguna membeli barangan terlebih dahulu dan membayarnya pada kemudian hari. 

Seterusnya pengguna mempunyai pilihan sama ada membayar sekaligus pada bulan hadapan atau memilih pelan ansuran selama beberapa bulan. Ia melibatkan 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan pembayaran.  Ansuran ini akan melibatkan yuran servis sebanyak 1.25% sebulan.

Gambar: Shopee

Pengguna yang lewat membuat pembayaran ansuran akan dikenakan caj lewat sebanyak 1.5%. Pihak Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd untuk menguruskan sistem pembayaran ansuran Shopee.  Pihak SeaMoney akan bayar terlebih dahulu jumlah ansuran oleh pembeli kepada penjual Shopee.

Kemudian, pembeli tersebut akan perlu membayar kepada pihak SeaMoney sama ada secara pembayaran sekaligus sebulan atau ansuran. Konsep ini dianggap pembeli akan berhutang terlebih dahulu untuk mendapatkan barangan tersebut.

Timbulnya isu Syariah

Isu ini timbul apabila kaedah pembayaran ini melibatkan pembayaran hutang dan caj berlebihan yang dikenakan. Terdapat pelbagai persoalan melibatkan hukum sama ada ia halal atau haram menggunakan Spay Later terutamanya melibatkan pengguna Islam.

Gambar: Shopee

Persoalan ini telah dijawab secara mendalam oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan. Menurut pandangan yang dinyatakan terdapat beberapa perkara syariah yang telah timbul dalam sistem pembayaran Shopee Pay Later adalah seperti berikut:

Kesimpulan

Oleh itu, kita sebagai masyarakat beragama Islam perlulah mengelakkan sebarang aktiviti atau pun perkara yang melibatkan riba. Hal ini demikian kerana riba adalah haram dan berdosa besar dalam agama Islam. Melalui firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Surah al-Baqarah (275) 

Rujukan


< kembali ke laman blog utama