IPO

07-JUL-2023

SSF Home - Penyedia Kelengkapan Rumah


 


Butiran IPO syarikat SSF Home

Butiran IPO SSF
Butiran SSF Home

Latar belakang perniagaan syarikat

SSF Home Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam peruncitan perabot, hiasan rumah dan produk kediaman melalui saluran runcit dan e-dagang. Syarikat ini menawarkan rangkaian perabot, hiasan rumah dan produk kelengkapan rumah untuk pelbagai kegunaan di bawah jenama SSFHOME, SSF - Great Lifestyle Made Affordable dan SSF. 

Setakat 31 Disember 2022, SSF Home telah mempunyai sebanyak 41 buah cawangan di dalam pusat beli belah dan kawasan komersial di Malaysia. 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, pendapatan syarikat menunjukkan peningkatan dari tahun kewangan 2020 hingga 2021 disebabkan oleh amalan kerja dari rumah (work from home) yang telah menyumbang secara positif dalam jualan segmen produk syarikat.

Walau bagaimanapun, pendapatan syarikat mengalami penurunan dari tahun kewangan 2021 hingga 2022 kerana fasa perubahan Perintah Kawalan Pergerakan yang membenarkan pelanggan syarikat kembali semula bekerja secara fizikal di pejabat. Hal ini menyebabkan amalan kerja dari rumah telah berkurang dan memberi kesan terhadap jumlah jualan segmen produk syarikat.

Kewangan SSF Home
Prestasi Kewangan SSF Home

Pendapatan syarikat SSF Home terdiri daripada empat segmen perniagaan di mana segmen perabot merupakan segmen utama yang menyumbang lebih daripada 50% kepada pendapatan syarikat. 

Segmen perniagaan SSF Home
Segmen perniagaan SSF Home

Peratusan SSSG yang berubah-ubah

Pada tahun kewangan 2021, SSF Home mencatat nilai SSSG sebanyak 35.1% sebelum ia menurun kepada -29.6% pada tahun 2022. Hal ini demikian kerana syarikat mengalami penurunan dalam pendapatan yang disebabkan oleh faktor permintaan perabot yang berkurang pada tahun tersebut. 

SSSG

Same-store sales growth (SSSG) merupakan satu kaedah untuk mengukur pertumbuhan dalam pendapatan yang dijana oleh cawangan runcit yang sama dalam satu tempoh dan dibandingkan dengan tempoh yang sepadan pada tahun sebelumnya. 

Secara ringkas, semakin positif nilai SSSG, semakin baik prestasi semasa bagi cawangan runcit yang sama. Ia juga menunjukkan permintaan terhadap produk bagi cawangan tersebut itu sedang meningkat. 

Pangkalan pelanggan yang melebihi 70,000

Dengan cawangan operasi yang melebihi 40 buah, SSF Home berjaya mencapai jumlah pelanggan yang besar dalam negara. Program keahlian yang merupakan salah satu strategi pemasaran mereka telah menarik minat pelanggan dan berjaya mengumpulkan seramai 75,620 pelanggan aktif. Dengan jumlah bilangan ini, ia mampu menyumbang sebanyak RM 152.86 juta kepada pendapatan syarikat pada tahun kewangan 2022 atau RM 2,178 bagi purata perbelanjaan setiap pelanggan.

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Penggunaan dana IPO

SSF Home berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran mereka dengan membuka 18 cawangan runcit baru di seluruh negara dalam masa tiga tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 cawangan runcit. 

Risiko berkaitan perniagaan dan operasi

SSF Home mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap reputasi dan jenama mereka yang menyumbang secara signifikan terhadap pertumbuhan syarikat. Reputasi dan jenama syarikat ini adalah penting untuk menarik minat pelanggan dan mengekalkan hubungan dengan pihak pembekal. Sekiranya terdapat sebarang peristiwa negatif, ia boleh memberi kesan terhadap pelanggan dan perniagaan syarikat. 

Perbincangan

SSF Home merupakan syarikat peruncitan perabot yang mempunyai jumlah cawangan yang besar di Malaysia. Dengan reputasi dan jenama yang kukuh, SSF Home mampu mengumpulkan pelanggan aktif melebihi 70,000 pelanggan yang turut menyumbang secara signifikan terhadap pendapatan syarikat. 

Dari segi pendapatan syarikat, SSF Home mencatatkan pertumbuhan yang positif pada tahun 2021 disebabkan permintaan produk yang tinggi kerana amalan kerja dari rumah. Namun, pendapatan syarikat mengalami penurunan kerana perubahan amalan kerja dari rumah yang berkurang. 

Melalui dana IPO yang bakal diperoleh, SSF Home akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran mereka melalui pembukaan 18 cawangan runcit baru dalam masa tiga tahun.

 


< kembali ke laman blog utama