IPO

10-AUG-2022

SNS - Mengembangkan Perkhidmatan Berasaskan Langganan DaaS


 


SNS Network

SNS Network Technology Berhad terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan.

Harga IPO:
RM 0.25
Status syariah:
Dinilai syariah oleh SAC
Pasaran:
ACE
Permodalan pasaran:
RM 403.2 juta
Nisbah PE:
11.21
Permohonan ditutup:
18 Ogos 2022
Cabutan saham:
22 Ogos 2022
Tarikh penyenaraian:
2 September 2022

Bisnes SNS Network

SNS Network Technology Berhad diperbadankan pada 26 Januari 2016 secara privated limited company dan kemudian ditukarkan kepada public limited company pada 30 Julai 2021. Syarikat ini mempunyai sejarah operasi selama 24 tahun dalam industri produk dan perkhidmatan ICT di Malaysia. Struktur syarikat adalah seperti berikut:

Struktur syarikat
Struktur syarikat SNS Network

SNS Network, melalui anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT seperti:

  1. Penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT
  2. Penyediaan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan untuk syarikat Apple, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar.

Model perniagaan syarikat SNS Network adalah seperti berikut:

Model perniagaan SNS
Model perniagaan SNS Network

Pasaran di Malaysia adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat, dimana menyumbang antara 67.1% hingga 89.3% untuk FYE 2019 hingga 2022. Pendapatan selebihnya diperoleh terutamanya dari Hong Kong dan Singapura.

Kesan COVID-19 terhadap bisnes

Disebabkan pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia telah mengenakan pelbagai fasa sekatan pergerakan di seluruh negara. Perniagaan dan operasi SNS Network menghadapi gangguan sementara akibat wabak pandemik COVID19, dimana syarikat SNS tidak dapat beroperasi semasa PKP Pertama. Namun begitu, SNS Network dibenarkan beroperasi semula bermula PKP tempoh kedua dengan mematuhi perubahan dalam SOP yang digariskan oleh MITI dan pihak berkuasa.

Semasa PKP pertama, kedai fizikal SNS Network tidak dapat beroperasi dan telah memberikan kesan kepada jualan syarikat. Namun, selepas PKP pertama, hasil jualan syarikat beransur pulih dan secara tidak langsung pendapatan meningkat bagi tahun kewangan yang ditinjau. Peningkatan pendapatan ini didorong oleh peningkatan jualan secara online. Tambahan pula, pandemik COVID-19 telah membawa kepada perubahan dalam tingkah laku pengguna, yang membawa kepada peningkatan dalam amalan kerja dari rumah (work from home) dan kelas maya yang membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk produk ICT dan perkhidmatan jalur lebar.

Prestasi kewangan

SNS Network Technology Berhad menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 13.65% iaitu daripada RM 594.14 juta pada tahun 2019, menjadi RM 675.28 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun fiskal 2021 dan 2022, dengan peningkatan masing-masing sebanyak 6.84% dan 54.13%.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan

Pendapatan syarikat SNS Network dibahagikan kepada 2 segmen iaitu penjualan produk ICT dan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar.

Prestasi kewangan mengikut segmen
Prestasi kewangan mengikut segmen

Jika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT. Sepanjang FYE 2019 hingga 2022, penjualan produk ICT menyumbang 98.0%, 98.2%, 98.5% dan 98.9% kepada jumlah pendapatan syarikat.

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:

Penggunaan hasil daripada IPO

Dana Nilai (juta) Peratusan (%)
Mengembangkan perkhidmatan berasaskan langganan DaaS 30.9 34.1
Membuka kedai runcit baharu 2.5 2.8
Pembinaan hab serantau 18.0 19.8
Aktiviti pemasaran 1.5 1.7
Pembayaran balik pinjaman bank 20.0 22.0
Modal kerja 13.12 14.5
Perbelanjaan penyenaraian 4.7 5.1
Jumlah 90.72 100.0

Majoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 30.9 juta bersamaan 34.1% daripada dana IPO akan digunakan untuk perbelanjaan modal bagi pengembangan perkhidmatan berasaskan langganan DaaS (DaaS subscription-based service). Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan syarikat untuk subscribe (cth. subscription content, pelbagai ICT devices, software content dan perkhidmatan nilai tambah) mengikut keperluan perniagaan dan operasi mereka. SNS Network merancang untuk menggunakan RM2.50 juta untuk menubuhkan 10 kedai baharu di Malaysia, terutamanya 8 kedai di Lembah Klang, 1 kedai di Johor Bahru dan 1 kedai di Pulau Pinang.

Selain itu, RM 18 juta (19.8% daripada dana IPO) akan digunakan untuk pembinaan hab serantau, manakala RM 1.5 juta pula diperuntukkan untuk aktiviti pemasaran. Syarikat SNS Network memperuntukkan RM20 juta untuk membayar sebahagian pinjaman syarikat, iaitu berjumlah RM 14.65 juta pada CIMB Islamic Bank Berhad dan baki selepas itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dari RHB Islamic Bank Berhad. Lebihan dana IPO ini akan dimanfaatkan sebagai modal kerja dan juga perbelanjaan penyenaraian.

Analisis bisnes dan industri SNS Network

Mengikut laporan IMR, SNS Network terlibat terutamanya dalam industri produk dan perkhidmatan ICT. Syarikat SNS Network terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan. Selain itu, mereka juga adalah penyedia perkhidmatan pembaikan peranti dan yang berkaitan, serta menjual perkhidmatan jalur lebar.

Industri produk dan perkhidmatan ICT

Industri produk dan perkhidmatan ICT merujuk kepada pemain industri yang menawarkan produk ICT dimana digunakan untuk berkomunikasi, networking, penghantaran dan penerimaan maklumat.

Produk ICT termasuk komputer riba, desktop, monitor, earphones, radio, telefon bimbit dan lain-lain lagi. Perkhidmatan ICT pula termasuk penyediaan produk, software installation, perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan lain.

Segmen produk dan perkhidmatan ICT boleh digambarkan seperti berikut:

Segmen produk dan perkhidmatan ICT
Segmen produk dan perkhidmatan ICT. Gambar: Prospektus

Prestasi industri

ICT, internet dan teknologi lain telah menjadi kepentingan dalam kehidupan seharian, di mana ia digunakan untuk komunikasi, sosial dan networking, e-dagang, e-sukan dan hiburan serta kerja dan pembelajaran. Peratusan individu yang menggunakan internet di Malaysia meningkat daripada 81.20% pada 2018 kepada 96.77% pada 2021.

Carta individu menggunakan internet di Malaysia
Gambar: Prospektus

Peningkatan dalam aktiviti dalam talian ini mendorong permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan ICT. Jika dilihat, peningkatan peratusan individu menggunakan komputer riba/ desktop meningkat daripada 70.50% pada 2018 kepada 83.45% pada 2021, dan peratusan individu menggunakan telefon bimbit/telefon pintar yang meningkat daripada 97.90% pada 2018 kepada 98.73% pada 2021.

Saiz industri produk dan perkhidmatan ICT diwakili oleh jualan produk ICT dan nilai tambah kasar perkhidmatan ICT. Jualan produk ICT meningkat daripada RM52.03 bilion pada 2018 kepada RM54.18 bilion pada 2019, tetapi menurun kepada RM50.98 bilion pada 2020. Jualan ini kemudian meningkat kepada RM54.63 bilion pada 2021. CAGR keseluruhan dari 2018 hingga 2021 ialah 1.64%.

Saiz industri
Sumber: Prospektus syarikat

Sementara itu, nilai tambah kasar perkhidmatan ICT meningkat daripada RM17.63 bilion pada 2018 kepada RM19.53 bilion pada 2020, pada CAGR 5.25%. Smith Zander menganggarkan nilai tambah kasar perkhidmatan ICT ini telah meningkat daripada RM19.53 bilion pada 2020 kepada RM20.69 bilion pada 2021 pada tahun ke tahun dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.94%.

Saiz industri
Sumber: Prospektus syarikat

Persaingan

SNS Network ialah dealer/reseller, terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT.

Berdasarkan prospektus, persaingan SNS Network Technology di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti dibawah:

Antara pesaing SNS Network yang menepati kriteria-kriteria di atas adalah seperti berikut:

Pesaing syarikat

Pesaing syarikat SNS Network

Pesaing syarikat
Pesaing syarikat SNS Network

Perbincangan

Prestasi kewangan SNS Network menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021. Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan ICT disebabkan aktiviti dalam talian meningkat sejak wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.

Melalui penyenaraian IPO ini, SNS Network akan menggunakan jumlah besar dana yang dikumpul bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat terutamanya perkhidmatan berasaskan langganan DaaS. Saiz pasaran DaaS di Malaysia meningkat daripada RM139.95 juta pada 2018 kepada RM376.17 juta pada 2021, pada CAGR sebanyak 39.04%. Oleh itu, perancangan ini adalah langkah yang positif bagi meningkatkan lagi pendapatan dan keuntungan syarikat. Namun begitu, mereka perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia nanti.


< kembali ke laman blog utama