IPO

28-APR-2023

SkyWorld - Pembangun Hartanah Kediaman dan Komersial Bertingkat Tinggi


 


1. Butiran IPO syarikat SkyWorld

Butiran IPO SkyWorld

2. Latar belakang perniagaan syarikat

SkyWorld melalui anak syarikatnya terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, perkhidmatan pengurusan, pengurusan kewangan, perniagaan e-dagang dan perkhidmatan perundingan pengurusan.

Syarikat ini memfokuskan kepada pembangunan kediaman dan komersial bertingkat tinggi dengan penawaran harga yang berpatutan. Setakat ini, semua pembangunan hartanah mereka berpusat di bandar raya Kuala Lumpur.

SkyWorld Business Model

3. Berjaya menyiapkan 7 pembangunan kediaman, komersial dan mampu milik semenjak 2014

Sejak permulaan perniagaan SkyWorld pada tahun 2014, mereka mempunyai rekod prestasi selama 8 tahun dalam pembangunan hartanah dan prestasi ini disokong oleh penyelesaian 7 pembangunan hartanah termasuk hartanah kediaman, komersial dan mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM 3.05 bilion.

Completed Projects

4. Sedang dalam proses untuk menyiapkan 5 pembangunan hartanah

Mereka juga sedang dalam proses untuk menyiapkan 5 pembangunan hartanah yang sedang berjalan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM2.28 bilion yang dijangka akan selesai pada tahun 2026.

Antara projek tersebut ialah pembangunan SkyVogue Residences di Taman Desa, SkySierra di Setiawangsa, EdgeWood Residences di Setapak dan SkyAwani V Residences di Sentul.

On-Going Projects

5. Skor QLASSIC melebihi purata industri

Berdasarkan data yang diperoleh daripada CIDB, syarikat SkyWorld mencatatkan skor QLASSIC yang melebihi purata keseluruhan industri yang bernilai antara 69% hingga 73% pada tahun 2017 dan 2020.

QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard. Secara mudahnya, lagi tinggi QLASSIC skor, lagi tinggi kualiti sesuatu bangunan tersebut.

QLASSIC Score

6. Mencatatkan pertambahan pendapatan dari tahun 2020 hingga 2022

Mereka berjaya mencatatkan peningkatan dalam pendapatan syarikat sebanyak 50.89% iaitu dari RM 523.86 juta pada tahun 2020 hingga RM 790.43 juta pada tahun 2022. Peningkatan pendapatan ini dibantu oleh penyiapan projek kediaman, komersial dan mampu milik.

Pada tahun 2022, segmen kediaman mampu milik menyumbang sebanyak 41.62% kepada seluruh pendapatan syarikat. Ini berkesinambungan dengan matlamat SkyWorld iaitu bukan sahaja untuk menyediakan penempatan yang bukan sesuai dengan pendapatan purata rakyat Malaysia, bahkan lokasi bangunan yang strategik di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Financial Highlights

7. Menempa nama dalam Malaysia Book of Records

SkyWorld telah mencapai dua pencapaian penting dengan bangunan SkyAwani 3 Residences. Pencapaian pertama mereka ialah penyelesaian projek perumahan mampu milik yang tepat pada masanya di Setapak.

Yang kedua, SkyBridge yang terletak di tingkat 52 telah dianugerahkan dengan gelaran Jambatan Langit Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records.

8. Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan oleh syarikat untuk pembelian tanah untuk pembangunan, modal kerja untuk penyiapan projek dan lain-lain.

Utilisation of Proceeds

9. Strategi perniagaan dan rancangan masa hadapan

Salah satu perancangan SkyWorld adalah untuk melancarkan 11 pembangunan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 41.61 ekar secara berperingkat bermula dari tahun 2023 hingga 2026.

Ini akan memberikan peningkatan kepada nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak sebanyak RM 4.61 bilion.

Future Plans

10. Kadar jualan melebihi 90%

SkyWorld secara puratanya berjaya menjual lebih 90% unit rumah kepada pembeli untuk projek yang sudah siap dan juga projek yang sedang dalam pembangunan.

Take-up Rate Summary

11. Berdepan dengan risiko "Overhang Properties".

"Overhang Properties" merujuk kepada hartanah kediaman yang telah siap dan bersedia digunakan tetapi masih belum terjual selepas sembilan bulan.

Pada tahun 2021, jumlah kelebihan hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 29.8% manakala pelancaran unit kediaman bertingkat tinggi menurun sebanyak 41.0%.

Sementara itu, untuk kelebihan hartanah komersial bertingkat tinggi pada tahun 2021, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan sebanyak 10.2% berbanding dengan 81.4% pada tahun 2020.

Overhang Properties

 


< kembali ke laman blog utama