Butiran IPO
Latar Belakang Perniagaan Syarikat
Syarikat Sin-Kung ditubuhkan pada 25 Oktober 1994 sebagai syarikat sendirian berhad dengan nama Sin-Kung Logistics Sdn Bhd. Kemudian, pada 1 Ogos 2022, syarikat ini bertukar kepada syarikat awam berhad dengan menggunakan nama Sin-Kung Logistics Berhad.
Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:
Prestasi Kewangan Syarikat
Berdasarkan graf di atas, kita dapat lihat bahawa syarikat Sin-Kung mencatatkan kenaikan dan penurunan jumlah pendapatan serta keuntungan selepas cukai sepanjang tahun kewangan berakhir 2020-2023.
Pendapatan mereka meningkat secara konsisten dari tahun 2021 hingga 2022. Walaubagaimanapun, keuntungan selepas cukai mereka menurun pada tahun 2022 disebabkan oleh pertambahan kos pentadbiran serta penurunan pendapatan-pendapatan lain secara mendadak.
Pada tahun 2023, keuntungan selepas cukai mereka juga menurun. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti penurunan jumlah pendapatan, pertambahan kos pentadbiran, serta kos kewangan yang tinggi.
Pendapatan Mengikut Segmen
Syarikat Sing-Kung beroperasi dalam 4 segmen iaitu:
- Penyediaan perkhidmatan trak
- Penyediaan pengangkutan kontena
- Penyediaan pergudangan dan pengedaran
- Penyediaan perkhidmatan lain berkaitan logistik
Jika kita lihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan syarikat Sin-Kung adalah dari segmen perkhidmatan trak yang terdiri daripada perkhidmatan pengumpan jalan lapangan terbang-ke-lapangan terbang dan perkhidmatan trak dari tempat ke tempat. Segmen ini menyumbang sebanyak 72.3% kepada pendapatan syarikat pada tahun 2023.
Penggunaan Dana IPO
Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM26 juta akan digunakan oleh syarikat untuk tujuan seperti berikut:
Majoriti daripada dana yang diperoleh daripada penyenaraian IPO akan digunakan untuk mengembangkan perkhidmatan pergudangan dan pengedaran iaitu sebanyak 38.6%. Kemudian, sebanyak 37% daripada dana IPO tersebut akan digunakan untuk membayar balik pinjaman kepada bank.
Baki selebihnya akan digunakan untuk keperluan modal kerja, pembelian kenderaan komersial, serta perbelanjaan penyenaraian.