UMUM

22-MAR-2023

Siapakah itu Pelabur Sofistikated?


 


Mungkin ramai daripada kita yang pernah mendengar tentang istilah Pelabur Sofistikated bukan? Kalau anda hendak tahu, selain layak memohon peruntukan saham IPO secara tawaran persendirian, pelabur sofistikated juga ialah satu-satunya kategori pelabur yang dibenarkan terlibat dalam transaksi jual beli saham syarikat yang tersenarai di Pasaran LEAP. 

Apakah itu Pasaran LEAP?

Perkataan LEAP merujuk kepada (Leading, Entrepreneur, Accelerated, Platform). Pasaran LEAP adalah pasaran ketiga yang ada di Bursa Malaysia selepas pasaran Utama dan ACE.

Pasaran ini merujuk kepada pasaran baharu yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat permulaan terutamanya syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengumpul dana bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

 

Najib Razak

Foto perasmian pasaran LEAP oleh Dato' Seri Najib pada tahun 2017

Pelaburan dalam saham-saham di pasaran LEAP dianggap agak berisiko kerana kecairan yang rendah berbanding dengan saham-saham dalam pasaran lain. Oleh itu, pasaran ini hanya tersedia untuk Pelabur Sofistikated yang dikatakan mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai potensi dan risiko pulangan pasaran ini.

Saham-saham ini tidak banyak ditawarkan di Bursa Malaysia dan biasanya terpapar dengan warna kuning dalam platform dagangan.

Pasaran LEAP di Bursa Malaysia

Siapakah itu Pelabur Sofistikated?

Pelabur Sofistikated dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu pelabur bertauliah, entiti bernilai bersih tinggi dan individu yang bernilai tinggi. Antara kriteria utama untuk menjadi Pelabur Sofistikated adalah seperti berikut:

Cara mendaftar sebagai Pelabur Sofistikated

Individu atau entiti yang ingin mendaftar sebagai Pelabur Sofistikated perlulah menyediakan dokumen berkaitan kepada broker saham untuk membolehkan broker tersebut melakukan proses penilaian dan semakan "Kenali Klien Anda". Jika mencukupi segala syarat yang diperlukan, Pelabur Sofistikated ini boleh mula berdagang di pasaran LEAP dengan menggunakan akaun CDS sedia ada.

Memohon IPO secara Tawaran Persendirian

Peruntukan saham IPO biasanya diagihkan kepada 4 pihak iaitu awam, Tawaran Persendirian, peruntukan saham khas Bumiputera di MITI dan pekerja syarikat yang terlibat. Sebagai contoh, anda boleh melihat struktur peruntukan saham IPO syarikat SFPTECH Berhad di bawah:

 

Struktur Peruntukan Saham IPO SFPTECH
 

Pelabur Sofistikated yang juga dikenali sebagai "High Net Worth Clients" sebenarnya layak untuk memohon saham-saham IPO secara Tawaran Persendirian atau (Private Placement). Kebiasaannya, saham IPO jenis ini ditawarkan secara blok dan setiap blok mempunyai nilai saham terkumpul berjumlah RM 250,000 atau sebanyak 1,000,000 unit saham. Ini adalah jumlah minima yang perlu dilanggan oleh Pelabur Sofistikated.

Kesimpulan

Pelabur Sofistikated ialah salah satu kategori pelabur yang terlibat dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Sesiapa juga boleh menjadi Pelabur Sofistikated dengan syarat mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti memiliki aset bersih peribadi bernilai RM 3,000,000 atau pendapatan kasar tahunan bernilai RM 300,000 dan ke atas.

Pelabur Sofistikated merupakan satu-satunya jenis pelabur yang mendapat akses untuk membeli dan menjual saham-saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, mereka juga layak memohon saham IPO secara Tawaran Persendirian.


< kembali ke laman blog utama