IPO

06-JAN-2022

Senheng Melihat Peluang dalam Pasaran Industri E&E


 


Senheng New Retail Berhad
Senheng New Retail Berhad

Senheng New Retail Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan peruncitan eletrik dan eletronik (E&E) yang terbesar di Malaysia. Butiran IPO Senheng adalah seperti berikut:

 
Harga IPO:
RM 1.07
Status syariah:
Dinilai syariah oleh SAC
Pasaran:
Utama
Permodalan pasaran:
RM 1.6 bilion
Nisbah PE:
28.84 (FY 2020)
Permohonan ditutup:
10 Januari 2022
Cabutan saham:
12 Januari 2022
Tarikh penyenaraian:
25 Januari 2022

Bisnes Senheng

Senheng telah diperbadankan sebagai syarikat awam pada 21 Mei 2021 di bawah nama Senheng New Retail Berhad. Syarikat ini menjalankan perniagaan peruncitan untuk barangan eletrik dan eletronik.

Syarikat Senheng menawarkan penjualan peralatan digital, audio dan perkakas rumah. Selain itu, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan seperti pemasangan, penyelenggaraan dan penghantaran. Sehingga kini, syarikat Senheng telah memasarkan lebih 280 jumlah jenama terkenal di kedai mereka.

Senheng New Retail Berhad
Senheng, peruncit barangan eletrik dan eletronik terbesar di Malaysia

Syarikat ini pernah diiktiraf sebagai syarikat peruncit elektrik terbesar di Malaysia oleh Malaysian Book of Records pada tahun 1998 dan mencapai bilangan outlet yang ke-100 pada tahun 2008. Setakat ini, keseluruhan rangkaian kedai Senheng telah mencapai 105 buah.

Kesan Covid-19 terhadap bisnes

Pada 18 Mac 2020 yang lalu, kebanyakan perniagaan terutamanya yang bukan keutamaan diarah untuk tutup bagi mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. Ini termasuklah kedai-kedai fizikal milik Senheng di seluruh negara.

Meskipun dengan penutupan sementara premis, pendapatan Senheng untuk FYE 2020 dan FPE 2021 meningkat sebanyak 13.1% dan 20.9% berbanding FYE 2019 dan FPE 2020. Hal ini terjadi kerana terdapat permintaan yang tinggi dari pelanggan untuk barangan eletrik dan eletronik sewaktu PKP dijalankan.

Antara penyumbang kepada peningkatan pendapatan Senheng termasuk program kesetiaan PlusOne yang menarik pelanggan baru dan sedia ada, serta penjualan secara atas talian dan secara telemarketing.

Prestasi kewangan

Pendapatan syarikat dan EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) Senheng mengalami kenaikan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM 149.91 juta dan RM 12.66 juta berbanding tahun 2019 walaupun dengan penutupan kedai fizikal semasa PKP. Tambahan lagi, pada 6 April 2020, CDC dan hub serantau telah dibenarkan beroperasi dengan kebenaran MOT untuk memenuhi permintaan atas talian. Kesemua kedai mula dibuka sepenuhnya pada 4 Mei 2020 di Semenanjung Malaysia dan 10 Mei 2020 bagi Sabah dan Sarawak.

Peningkatan pada FPE 2021 sebanyak RM 116.38 juta dan EBITDA sebanyak RM 13.22 juta berbanding FPE 2020 pula adalah disebabkan kelonggaran PKP pada tahun 2021.

Prestasi kewangan Senheng
Prestasi kewangan Senheng

Pendapatan Senheng melalui segmen perniagaannya dibahagikan kepada dua, iaitu melalui penjualan peralatan eletrik dan eletronik, serta perkhidmatan waranti. Pendapatan daripada penjualan produk eletrik dan eletronik ini pula boleh dibahagikan kepada peralatan digital, peralatan audio, peralatan rumah, lain-lain produk, dan perkhidmatan selepas jualan.

Pada FYE 2020, pendapatan penjualan barang eletrik dan eletronik terutamanya adalah yang tertinggi berbanding FYE 2019 dan FYE 2018. Ini kerana, terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan sewaktu PKP disebabkan ramai yang tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah, walaupun ke tempat kerja.

Peningkatan pada FPE 2021 menjadi RM 640.68 juta berbanding RM 526.23 juta pada FPE 2020 pula adalah disebabkan oleh kedai-kedai fizikal Senheng yang sudah mula beroperasi semula.

Pendapatan mengikut segmen
Pendapatan Senheng mengikut segmen.

Pada tahun 2021, kesemua segmen ini mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya kerana pembukaan penuh kedai fizikal dan juga disebabkan kebanyakan aktiviti ekonomi yang sudah mula beroperasi. Antara peningkatan yang dapat dilihat adalah segmen peralatan digital yang memperoleh keuntungan sebanyak RM 55,821 iaitu bersamaan 30.6% peningkatan berbanding tahun 2020.

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:

Dana Nilai (Juta) Peratusan (%)
Menaik taraf dan mengembangkan cawangan 160.5 60
Pembayaran hutang bank 46 17.2
Membangunkan jenama baru perniagaan 22 8.22
Menambahbaik dan mengembangkan gudang dan logistik 20 7.48
Meningkatkan infrastruktur digital 9.7 3.63
Perbelanjaan penyenaraian 9.3 3.47
Jumlah 267.5 100.0

Majoriti dana sebanyak RM 160.50 juta akan dimanfaatkan dengan menaik taraf kedai Senheng kepada Grand Senheng atau Grand Senheng Elite, melancarkan kedai dengan konsep baru bernama Grand SenQ dan membuka cawangan di kawasan yang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Oleh itu, dana sebanyak 60% itu akan digunakan untuk pemilikan hartanah yang baru, bayaran sewa dan kos penyediaan untuk membuka kedai baru dan menaik taraf kedai yang sedia ada.

Selain itu, 17.2% atau RM 46 juta dana akan digunakan untuk membuat pembayaran pinjaman kepada bank. Tujuan pembayaran hutang dilakukan adalah untuk memberi impak positif kepada kewangan syarikat dan juga untuk mendapatkan penjimatan faedah pembayaran sebanyak RM 1.67 juta iaitu 3.62% setahun.

Selebihnya, dana yang diperolehi melalui tawaran awam awal ini akan digunakan untuk membangunkan jenama dan perniagaan baru (8.22%), membangunkan dan menaiktaraf gudang dan logistik (7.48%), serta meningkatkan infrastruktur digital syarikat (3.63%). Baki dana sebanyak RM 9.3 juta pula akan digunakan untuk menanggung kos penyenaraian.

Analisis bisnes dan industri Senheng

Mengikut Laporan IMR, Senheng adalah peruncit rangkaian eletrik dan eletronik terbesar di Malaysia mengikut pendapatan, dengan jumlah penjualan sebanyak RM 1.29 bilion pada FYE 2020. Kedai fizikal Senheng sebanyak 105 buah juga boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga secara atas talian.

Industri E&E

Produk E&E pada masa kini adalah antara produk yang sering digunakan oleh orang ramai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Selain peralatan eletrik asas seperti peti ais dan mesin basuh, telefon bimbit juga telah menjadi suatu keperluan bagi setiap individu. Tanpa kita sedari, peralatan-peralatan ini telah membantu untuk memudahkan kerja seharian kita.

Produk E&E terbahagi kepada pelbagai jenis dan berbeza mengikut fungsinya. Jika sebelum ini produk E&E hanya bertumpu kepada fungsi yang tertentu, kini kebanyakan peralatannya mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti penjimatan tenaga dan penggunaan teknologi pintar.

Antara contoh produk E&E. Gambar: Prospectus Senheng

Kebanyakan pemain industri E&E mempunyai kedai fizikal dan juga atas talian. Hal ini memudahkan pengguna untuk menjadi lebih fleksibel dalam membeli peralatan eletrik dan elektronik.

Prestasi industri E&E

Saiz pengguna industri E&E diwakili oleh penjualan peralatan digital, audio dan peralatan rumah. Bagi tahun 2020, industri E&E telah menunjukkan kenaikan CAGR sebanyak 3.99% semenjak tahun 2018, iaitu daripada RM 54.56 bilion kepada RM 54.56 bilion. Manakala untuk YOY pula, terdapat penurunan penjualan sebanyak 6.16%, akibat kesan dari pandemik COVID-19. Aktiviti ekonomi yang terjejas turut menggangu pendapatan orang ramai, justeru menyebabkan penurunan kuasa membeli dari pengguna. PKP juga adalah salah satu faktor yang telah menyumbang kepada penurunan ini kerana ia telah menyebabkan pengguna mengelak untuk keluar rumah melainkan jika perlu.

Gambar: Prospectus Senheng

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, industri E&E masih lagi stabil pada tahun 2020 ini atas permintaan yang tinggi terutamanya terhadap peralatan digital serta peralatan rumah akibat PKP. Selain itu, bantuan kerajaan dan kebenaran mengeluarkan dana dari akaun KWSP juga telah membantu pengguna untuk berbelanja.

Persaingan

Disebabkan Senheng terlibat dalam peruncitan produk E&E di Malaysia secara fizikal dan atas talian, pesaingnya juga dipilih berdasarkan kriteria yang sama, iaitu penglibatan dalam penjualan produk E&E, menggunakan platform yang sama dengan Senheng (fizikal dan atas talian) dan mempunyai pendapatan lebih RM 50 juta pada penyata kewangan terkini.

Antara pemain industri E&E di Malaysia (termasuk syarikat Senheng New Retail Berhad) boleh dilihat di dalam senarai di bawah.

Gambar: Prospectus Senheng

Perbincangan

Senheng adalah pemain industri E&E terbesar di Malaysia dengan pendapatan melebihi RM 1 bilion bagi FYE 2020. Secara keseluruhan, syarikat ini mencatatkan penumbuhan yang sihat walaupun dikala pandemik dan perintah kawalan pergerakan yang berulang.

Meskipun pendapatan Senheng bagi 3QFY21 dilaporkan jatuh 22% berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan keuntungan selama 9 bulan sehingga September 2021, syarikat ini masih lagi mempunyai pendapatan yang positif dengan peningkatan sebanyak 21.22% iaitu RM 34.05 juta berbanding tahun sebelumnya. (Sumber: The Edge)


< kembali ke laman blog utama