UMUM

07-APR-2020

Semak Laporan Kredit Secara Percuma dengan CTOS


 


Banyak sektor pekerjaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan menjejaskan sumber kewangan golongan pekerja. Berikutan hal ini, BNM memberikan moratorium secara automatik kepada peminjam yang termasuklah dalam kalangan rakyat jelata. Mungkin tak ramai yang nak buat pinjaman bank buat masa ini, tapi anda boleh semak rekod kredit anda secara percuma untuk waktu terhad. Promosi ini dianjurkan oleh CTOS yang merupakan salah satu Credit Reporting Agency (CRA) atau agensi pelaporan kredit yang sah di Malaysia.

Dalam hari biasa, anda perlu belanjakan sebanyak RM 25 untuk dapatkan laporan kredit anda, tak termasuk SST. Hari ini, anda boleh dapatkan laporan ini secara percuma. Kenapa dan bagaimana boleh percuma? Sebab bermula 1 April 2020, CTOS memberikan 100,000 laporan kredit skor CTOS secara PERCUMA. Ini adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia menilai keupayaan kewangan mereka di kala pandemik COVID-19 ini berlaku.

ctos free score report

Anda cuma perlu daftarkan akaun CTOS ID dan beli laporan dengan memasukkan kod promo untuk dapatkan laporan kredit ini secara percuma. Kami akan tuliskan cara-caranya dan anda boleh mengikut langkah-langkah seperti di bawah.

1. Pergi ke laman web CTOS

Layari laman web CTOS di https://ctoscredit.com.my.

2. Daftarkan CTOS ID

Tekan butang Sign Up. Sekiranya anda sudah pun mendaftarkan CTOS ID, boleh langkau ke poin ke-3.

ctos website

a. Isi maklumat yang diperlukan

Isikan maklumat yang diperlukan. Isi nombor telefon bimbit dan sahkan dengan kod TAC. Tekan "Continue".

ctos id form

Dalam skrin yang berikutnya, anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat beberapa lagi maklumat akaun. Ikut sahaja langkah yang digariskan.

ctos id step 1 ctos id step 2

b. Tunggu pengesahan akaun

Pengesahan akaun boleh jadi mengambil masa, boleh juga siap dengan segera. Apabila berjaya, pihak CTOS akan menghantar email kepada anda yang memberitahu akaun anda sedia untuk digunakan.

ctos processing application ctos success email

3. Log masuk akaun

Dah ada akaun, bolehlah log masuk ke dalam akaun anda. Isikan maklumat log masuk yang ditetapkan tadi.

ctos dashboard

4. Beli laporan dengan kod promo

Dari dashboard, anda boleh lihat pelbagai maklumat diri. Dari sini juga, anda boleh beli laporan kredit. Tekan Buy Report untuk pesanan belian.

ctos dashboard

a. Masukkan kod promosi

Gunakan kod promosi kempen CTOS Cares sempena pandemik COVID-19 ini. Kod promosinya ialah FREEMCO20. Isikan ke dalam ruangan voucher, dan tekan "Apply". Sekiranya berjaya, harga akan dikemaskini kepada RM 0 iaitu percuma.

ctos promo checkout

b. Hantarkan pesanan

Untuk Payment method, gunakan sahaja mana-mana kaedah. Tekan "Checkout", anda akan terus boleh dapatkan akses kepada laporan yang dipesan tadi.

ctos promo checkout

Laporan kredit boleh dilihat di ruangan dashboard atau pada email yang didaftarkan tadi.


< kembali ke laman blog utama