UMUM

29-NOV-2018

Saham Terkini Patuh Syariah November 2018


 


New Shariah November 2018

Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/data-statistics/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/



Kajian saham baru patuh syariah - Formosa Prosonic Industries (FPI)


Web FPI

Sumber: fp-group.com

Kajian FPI November 2018

Saham FPI merupakah saham yang terlibat dalam perniagaan sistem pembesar suara. Saham ini mempunyai fundamental yang konsisten dan baik, dengan FCON ~0.60, kesihatan kewangan yang baik dan ROE diatas 15%. Dari segi teknikal, saham mempunyai momentum yang kuat dengan melepasi pattern ascending triangle (segi tiga menaik) dan juga downtrend line yang terbentuk sejak awal 2018. Saham juga berada di paras entry yang sesuai sekiranya menggunakan strategi buy on dip. Target price chart pattern ialah RM2.00 dan kemudiannya RM3.00.

Penafian / Disclaimer: Sila buat kajian anda sebelum membeli dan menjual sesuatu saham, dan fahami risiko yang terlibat dalam pelaburan saham.



Jom melabur syariah


Selamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, "Live responsibly, invest responsibly, invest shariah" - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah.


< kembali ke laman blog utama