UMUM

30-MAY-2019

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2019


 


New Shariah November 2018

Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/sc-releases-updated-list-of-shariah-compliant-securities-by-shariah-advisory-council

Saham Bursa Malaysia Berhad (BURSA) dah patuh syariah


Bursa Malaysia Building

Bursa Malaysia Berhad merupakan syarikat yang pasti dikenali oleh semua pelabur, sebab semua akaun CDS di Malaysia dibuka di bawah Bursa Malaysia Berhad. Setiap transaksi pelabur akan memberi pulangan kepada Bursa Malaysia Berhad. Sekiranya market bertambah rancak dan lebih ramai melabur di Bursa Malaysia, pastinya saham syarikat ini akan dapat merasai kesan positif tersebut.

Dengan penukaran status syariah, kini pelabur saham syariah boleh mengkaji saham ini dan membeli menggunakan strategi masing-masing.

Jom melabur syariah


Selamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, "Live responsibly, invest responsibly, invest shariah" - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah.


< kembali ke laman blog utama